Hedy’s International : Jual Kuih Batang Buruk Saja, Capai RM1 Juta Pertama Ketika PKP

Hedy’s International : Jual Kuih Batang Buruk Saja, Capai RM1 Juta Pertama

Bulan Mac jualan jatuh ke RM18,000 tapi bangkit jadi RM200,000 pada April 2020

Ya, jual kuih batang buruk saja! Tak percaya ke?

Pemilik Hedy’s International Sdn. Bhd., Puan Nor Hedayah Kaulan berkata, memang bukan mudah untuk mencapai RM1 juta pertamanya pada 2020 dengan pandemik hingga menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

“Masa PKP saya rasa loss sekejap, tapi tak lama pun down. Bukan senang pada 2 minggu pertama PKP itu, sales drop sangat teruk dari hampir RM60,000 sebulan pada Februari jadi tinggal RM18,000 pada Mac 2020.

“Ketika itu dengan ada premis, nak bayar staf lagi, rasa macam tak boleh pergi dah…,” katanya.

Kebimbingan dan kesedihan beliau hanya dikongsi bersama suami dan team Spire RichWorks.

Batang buruk

Bagaimanapun, benda betul yang beliau lakukan ketika itu adalah terus bersama circle, ikuti bimbingan live Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan perkongsian Richworks yang dibuat dengan kerap bagi bantu bangsa usahawan.

“Saya tak tinggal kelas, masih stay dengan bergadai emas, pinjam duit orang bukan untuk bayar kereta suami nak kena tarik tapi untuk bayar yuran SPIRE.

“Betapa penting saya nak ilmu, sebab saya tahu dan sedar yang saya tak pandai (bisnes)! Kalau saya tak belajar tidak ada siapa nak ajar, macam mana nak ajar dan bantu ejen-ejen yang ada,” luahnya lagi.

Bila lihat MenThor yang sangat bagi support kepada kita dan bantu orang ramai timbul pertanyaan kepada beliau sendiri kenapa tak buat live untuk bantu team malah ejen-ejennya.

Menurutnya, apa yang MenThor cakap beliau buat dengan gila-gila. Beliau coaching ejen gila-gila macam tidak ada hari esok!

“Start dari situ, bulan 3 sales turun tapi pada April pula naik kepada RM200,000 sebulan. Ia menjadi jualan paling tinggi yang tak pernah capai, sebab sebelum itu hanya pernah cecah RM67,000.

“Alhamdulillah PKP juga beri 1,001 makna. Mengajar kami tetap terus sabar, tetap terus Trust The Process,” ujarnya.

Dan dalam tempoh 3 bulan beliau sudah capai jualan RM1 juta pertamanya dan sepanjang 2020 saja, jualannya sudah pun cecah RM2.7 juta berbanding RM387,000 pada 2019 dan RM6,000 saja pada 2018.

Darah bangsa usahawan dalam keluarga?

Tidak, Puan Nor Hedayah ini hanya berasal dari keluarga biasa-biasa dari kampung, bapanya hanya seorang buruh kasar dan mak suri rumah.

Beliau dulunya sudah sangat selesa, seorang penjawat awam dengan Gred agak tinggi. Ia yang menjadi kerjaya pertama dalam keluarganya kerana ia terjamin dan dapat bantu keluarga.

Tidak pernah ada hasrat pun jadi usahawan sebagai kerjaya sebaliknya hanya buat secara sampingan untuk cari duit tambahan.

Tapi macam-macam beliau jual dan jadi Founder produk seperti pomade, tudung, apa saja jual asal boleh dapat duit. Nampak macam hebat waktu itu namun semua bisnes itu tak pergi jauh malah duit banyak habis sebab banyak benda jual.

Tapi semuanya berubah selepas menyertai program IMKK 2018 selepas beliau hanya fokus kepada 1 produk sahaja iaitu kuih batang buruk.

Mulakan apa di tangan Datuk Wira beritahu, stok batang buruk ketika itu banyak jadi saya mula jual batang buruk -plan nak jual lepas raya yang tak jadi sebelum itu.

“MenThor cakap fast action and fast result, malah saya lihat semua usahawan berjaya dia fokus 100% berniaga. So saya fikir kena buat sesuatu dan kemudian ambil keputusan berhenti kerja,” katanya.

Perkara paling ‘gila’ dibuat Puan Nor Hedayah dan suaminya apabil mereka berhenti kerja serentak, beza cuma seminggu saja.

Bakar jambatan, tidak pandang ke belakang lagi

Bermula dari situ, beliau sudah tak boleh pandang belakang, tak boleh u-turn, kena survive nak bayar rumah, kereta, PTPTN, bagi ibu bapa dan sebagainya.

Sudahlah jual hanya kuih batang buruk saja, benda yang sinonim masa raya saja. Bolehklah bisnes ini pergi jauh?

“Tapi alhamdulillah bila saya buat dengan ilmu dapat daripada SPIRE, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan sokongan RichWorks saya dapat buat setiap hari itu seperti hari raya,” ujarnya.

Tahniah Puan Nor Hedayah, kini beliau juga telah berjaya menaik taraf status syarikat beliau ke Sdn Bhd dan memiliki sebuah MPV mewah Vellfire!

https://www.youtube.com/watch?v=wU2xhUwbdUk&ab_channel=AzizanOsman

Anda juga boleh berjaya seperti pemilik Hedy’s International Sdn. Bhd. ini. Sudah terbukti ketika tempoh PKP pun, usahawan itu boleh berjaya dengan adanya ilmu dan bimbingan yang dapat bawa mereka mendapatkan hasil lebih baik.

RichWorks bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman mahu bantu lebih ramai bangsa usahawan yang nak menjadi seperti Puan Nor Hedayah Kaulan bagi bina bisnes yang berjaya.

Jangan ketinggalan dan tangguhkan kejayaan bisnes anda walaupun dalam tempoh mencabar ini. Kita jaga kita, RichWorks jaga bangsa usahawan.

Artikel terbaru

5 Comments

  • Terima kasih richwork,artikel ini menaikkan semangat MamaHuda.nak contohi Mama Hedy♡

  • Syuzeira bt Mohd Shukeri

    Alhmdulillah. Terima Kasih ilmu yg diberi sangat2 memberi saya semangat untuk terus berusaha

  • Melita

    semoga saya mencapai…seperti orang lain dalam bimbingan Doc…
    Although saya FOCUS memang susah nak betulkan bcoz of long simpan anger pada sesuatu
    Now I beranikan diri melangkah my 2nd step
    InsyaAllah….i must only trust mentorship dan follow process…There is No difficult kalau usaha ada pada diri….

  • Askm wbt.. saya johari bisnis produk perubatan untuk kencing manis darah tinggi dan mencuci usus ..saya telah pun mengambil produk ni dlm 8 thn dan terbaik dan termurah mampu beli setiap orang, saya nk belajar utk buat sale kpd pasaran fb dll yg sesuai..saya tk pandai nk buat jualan online ..tksh

Leave a Reply