Haters Kecam Datin Kerana Jual Al-Quran Swarovski!

Wanita Ini Tak Melatah, Malahan Pergi Cari Ilmu Marketing Untuk Terus
Ajak Orang Ramai Cintai Al-Quran.

Kadang-kadang, apa yang kita perjuangkan tak semestinya boleh diterima oleh ramai orang. Ada saja orang yang membenci, tak bersetuju, menghina malahan ada yang membantah sekerasnya.

Tapi, jika Big Why atau sebab anda nak buat bisnes ‘tu sangat besar, anda akan sentiasa cari jalan untuk jadikannya kenyataan. Siapa pernah rasa macam ni?

Datin Nor Hafizah Saad, bukan kaleng-kaleng orangnya. Beliau pernah mewakili negara Malaysia dalam aktiviti sukan lasak Paint Ball sehingga ke peringkat dunia. Dia juga pernah menerima anugerah cemerlang dalam bidang Unit Trust, tetapi ada perkara yang berlaku menyebabkan beliau fokus untuk bantu tarik lebih ramai orang untuk mencintai Al- Quran.

Dulu, dia selalu pekak ‘kan telinga bila ibunya sentiasa menyuruhnya ‘mengaji’ ilmu-ilmu agama. “Mak nak belajaq, mak pi lah belajaq sendiri…jangan paksa saya..” Ceritanya kepada kami dengan loghat utaranya yang pekat.

Selama 15 tahun ibunya tak pernah jemu mengajak Datin Fiza untuk dekat dengan majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah agama dari ustazah terkenal di Malaysia. Namun ajakkan ibu dia buat tak endah je…

Sehinggalah pada satu malam di bulan Ramadhan, berlaku satu peristiwa di mana Datin Fiza terdengar suara mengejutkannya dari tidur. Dan ianya bukan hanya berlaku sekali, tetapi beberapa kali. Dari situ mula timbul pertanyaan dan rasa ingin tahu, yang seterusnya membuatkan dia mula jatuh cinta dengan majlis ilmu dan Al-Quran.

Sikapnya yang mula suka mendalami ilmu agama membuatkan beliau sanggup tinggalkan cara hidupnya yang lampau. Datin Fiza kagum dengan ilmu-ilmu dari Al-Quran dan mula menggunakan pelekat berwarna-warni untuk tag ayat-ayat Al-Quran. Dan bermulalah inspirasi untuk menubuhkan ArRayyan Hijrah Resources – yang mengeluarkan Al Quran bertagging yang dapat membantu orang ramai untuk memahami Al-Quran dengan lebih baik seterusnya mencintai Al-Quran.

Dan dia mula menerima kecaman dari Haters bila dia mula mengeluarkan Al-Quran bertatahkan Swaroski dan juga ada tagging khas. Ada orang mula menuduhnya menimbulkan rasa riak. Ada orang yang kata dia mahu menunjuk-nunjuk dan ajaran sesat!

“Tapi kalau hangpa pikiaq elok-elok, Al-Quran Swaroski ni orang tinggai di rumah, orang tak bawak pi market atau shopping compex, jadi nak riak macam mana…? Kalau nak riak, orang yang tak ada apa-apa pun boleh riak..” Betul jugak kan?

Untuk membantu dia menangani haters, Datin Fiza mula diajak oleh adiknya untuk hadir ke Program RichWorks dan berguru dengan Dr Azizan Osman, yang juga sering dikecam haters.

“Saya mula-mula sangat skeptikal, tapi saya nak tau macam mana Dr Azizan ni handle haters.. Dan bila saya dah pi program IMKK masa tu, saya mula kenal…siapa Dr Azizan Osman yang sebenarnya..”

Langkah ilmu seterusnya Datin Fiza ambil dengan hadir ke program Millionaire Marketing Mastery (MMM) di mana dia belajar sebenarnya haters adalah free marketing. Dari situ juga dia tau macam mana nak terus ‘showcase’ kan Al-Quran bertagging, dan terus komited untuk mengajak orang ramai untuk mencintai Al-Quran.

Konsisten dan komited dalam mempraktikkan ilmu marketing percuma yang beliau pelajari dari program Millionaire Marketing Mastery, Datin Fiza kini terus menerima banyak jemputan dari pihak media, dan dia juga selalu diminta membuat review produk orang lain, yang dalam masa sama bantu dia juga meramaikan bilangan followers di Media Socialnya.

Datin Fiza juga sangat bersyukur kerana mendapat sokongan kuat dari suaminya Dato Ramli Abd Manaff. Usahanya yang murni juga menyebabkan beliau sering menerima jemputan dari Majalah 3, Majalah Wanita, Persada Journal dan banyak lagi…

Semoga kesungguhan usaha murni Datin Fiza mengajak orang ramai jatuh cinta dengan Al-Quran dipermudahkanNya. Semoga kami di RichWorks juga dapat tempias rahmat dari Allah SWT atas usaha kami menyampaikan ilmu marketing yang berkesan.

Bak pesanan Dr Azizan Osman yang sentiasa dipegang oleh Datin Fiza “sebaik-baik insan adalah insan yang memberi sebanyaknya manfaat..” Datin Fiza nekad untuk terus sebarkan kebaikan.

Ada bisnes menarik tapi tak tahu nak buat marketing macam mana?
Ada bisnes kencang dan tak tahu macam mana nak handle haters?

#AzizanOsman
#TeamRichWorks
#ResultMatters
#NUH2020
#BangkitBerniagaBangsaku

Artikel terbaru

Leave a Reply