HASNURI : BEKAS GURU CIPTA REKOD CAPAI JUALAN RM40.5 JUTA SETAHUN JUAL BAJU KURUNG

richworks usahawan pengasas hasnuri

CEO Hasnuri Sdn Bhd, Hasbullah Awang dan isterinya, Nuriah Zakaria berkongsi kisah kejayaannya dengan kami. Mereka imbas kembali bagaimana Hasnuri terbina, kisah mereka bermula pada 2014. Di mana Nuriah mula buat bisnes apabila suaminya, Hasbullah meminta beliau berhenti kerja untuk menjaga anak. 

Pada ketika itu, beliau buat bisnes sambil jaga anak di butik kecilnya dan jualan hanya bergantung kepada ‘harap-harap ada rezeki’ semata-mata. Kalau ada rezeki ada, kalau tiada tiadalah, janji anak ada di sampingnya.

Kemudian pada tahun 2015, Nuriah mula berniaga dengan menyertai beberapa event bisnes. Pada ketika itu, mereka lihat hanya itulah cara untuk mereka membina lebih banyak pendapatan setelah Nuriah tidak lagi bekerja demi untuk menjaga anaknya.

Masalah lain pula timbul bila mereka rasa tak berbaloi dan sangat penat untuk sertai event besar. Jualannya tak seberapa tapi penatnya tak terhingga. Hasbullah yang bekerja sebagai seorang guru tekad menamatkan perkhidmatan di sektor kerajaan demi fokus kepada bisnesnya yang semakin sibuk. Ketika itu Hasnuri giat menyertai event-event besar termasuk event di Singapura dan Brunei.

Ketika bisnes sedang naik, mereka ditimpa ujian besar sehingga menyebabkan mereka membuat keputusan yang juga menjadi ‘turning point’ pasangan ini dalam bisnes dengan menyertai Program anjuran RichWorks, Millionaire Marketing Mastery (MMM).

Ketika itu simpanan ratus-ratus ribu ringgit mereka hanya tinggal RM10,000 sahaja. Keadaan ini mendesak mereka untuk mencari ilmu sehingga sanggup terbang ke Program MMM di Sabah yang sedang diadakan ketika itu.

Bermula dari Program MMM, mereka terus belajar ke Program Business Growth Workshop (BGW), mereka hadir lagi ke Program RichWorks yang lain dan pada Disember 2017, dari situ mereka memohon untuk menjadi ahli Titanium.

Perkara amat bernilai bagi Hasbullah dan Nuriah dapat dari didikan Datuk Wira Dr Azizan Osman yang tidak ramai usahawan di luar sana titikberatkan adalah leadership. MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman pernah berpesan kepada pasangan ini sales bergantung kepada emosi dan sikap. Bila team mempunyai sikap dan emosi yang betul, InsyaAllah sales juga akan meningkat.

 

Pada tahun 2018, jualan Hasnuri hanya sebanyak RM4 juta dan tahun 2019 mencecah RM21 juta! Nampak tak bezanya…Dan Hasnuri bukanlah memasarkan baju kurung yang sangat eksklusif, hanya baju kurung yang simple dan boleh dipakai oleh semua orang. Tapi kerana mereka jelas dengan sasaran siapa yang mereka boleh bantu, dan dengan team yang kuat mereka dapat capai lebih dari target mereka untuk tahun 2019.

Untuk tahun 2020 sudah semestinya target yang diberikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman kepada mereka lebih tinggi dan Team FLY HIGH Hasnuri sendiri bersedia untuk memberikan yang terbaik!

Jualan Hasnuri sehingga 29 November 2020 telah mencecah RM40.5 juta.

Artikel terbaru

Leave a Reply