Farmasi Everlife : Founder Pernah Rugi RM5 Juta dalam Pelaburan Pada 2019

 “Kecewa! Saya pernah rugi berjuta-juta dalam pelaburan dan dah 16 tahun saya buat bisnes farmasi tanpa ilmu dan bimbingan yang betul.”

Dato Ilairaja. Founder Farmasi Everlife

Akibat daripada kerugian tersebut, Dato Ilairaja mengalami tekanan perasaan yang agak teruk. Bagaimanapun, sokongan dan semangat yang diberikan kawan-kawannya buatkan beliau dapat mengatasi masalah berkenaan.

Beliau sebelum ini tidak pernah menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh RichWorks. Namun mengenali RichWorks selepas adiknya yang menghantar beliau untuk sertai program.

“Saya mula mengenali RichWorks apabila menghantar adik ke program yang dianjurkan, tapi pada masa itu saya tidak sertainya kerana saya tak minat belajar…”

Pada bulan November 2019, beliau menyertai program RichWorks bersama rakannya.

“Masa I attend Millionaire Mastery Marketing (MMM) Doc cakap focus apa yang ada kat tangan.”

Inilah kata-kata yang membuatkan beliau terfikir dan mahukan sesuatu perubahan lebih baik dalam bisnes. Beliau tidak berfikir panjang, selepas tamat program MMM terus mendaftar program mentoring SPIRE kerana beliau yakin, untuk berjaya harus dekat dengan orang yang berilmu dan MenThor yang betul.

Dato Ilairaja nekad untuk mula fokus dengan bisnes farmasi dan dapatkan bimbingan daripada RichWorks. Pada masa itu, ahli keluarga yang uruskan perniagaan farmasi beliau disamping mempunyai 7 orang pekerja.

Kini, dengan ilmu yang beliau belajar, jenama bisnes dapat ditingkatkan dan bersyukur kerana berada di dalam circle positif yang banyak membantu tingkatkan semangatnya dalam bisnes.

“Saya sudah pergi ke merata tempat. Malah ke luar negara. Tetapi Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan guru dan MenThor terbaik yang pernah saya kenal dan jumpa.”

Setelah 16 tahun menjalankan perniagaan farmasi, Januari 2020 merupakan tahun yang mana beliau menukar imej perniagaannya. Farmasi miliknya mula dikenali ramai. Dapat bersama dengan circle yang sangat positif dan encouraging.

Beliau telah betulkan niat untuk membantu lebih ramai orang lagi. Selepas beliau memperbetulkan niat dan fokus untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang, perjalanan perniagaan beliau sangat teratur dan lancar.

Bersama RichWorks beliau juga belajar untuk kukuhkan kepimpinan. Baginya, jika tiada sistem kepimpinan yang betul perniagaan tidak akan mampu untuk pergi ke tahap yang seterusnya.

Melalui bimbingan bersama RichWorks, Dato Ilairaja ditekankan berkenaan ‘trust the process’. Beliau percaya, kejayaan tidak akan berhasil dalam tempoh yang singkat. Tetapi, dengan ilmu perniagaan yang tepat beliau mampu berjaya dengan lebih mudah.

Pencapaian Farmasi Everlife

Selepas menyertai program mentoring SPIRE pada December 2019, beliau mampu mencipta jualan RM722,510 pada tahun itu. Beliau seterusnya bertambah yakin dan menyertai program mentoring TITANIUM dalam beberapa bulan sahaja.

Apa yang mengujakan, Farmasi Everlife melalui bimbingan secara dekat menyaksikan lonjakkan jualan mencapai RM1 juta pertama pada Ogos 2020. Tahun 2020 mencipta rekod jualan RM1.6 juta.

Setakat bulan Februari 2021, jualannya sudah mencapai RM192,792.  Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan bagi sebuah perniagaan farmasi.

Nasihat Dato Ilairaja kepada bangsa usahawan di luar sana agar perlunya mencari MenThor yang ada proven results.

“Sebelum ini saya berniaga tanpa MenThor. Hasilnya, saya alami kerugian yang sangat besar. Dengan adanya MenThor, anda boleh kembangkan bisnes anda dengan lancar.

Sekarang ini, saya mampu menarik nafas lega apabila perniagaan saya sudah mampu bertahan selesa. Dengan adanya bimbingan dari MenThor, saya kini tidak sesat lagi. Malah makin berjaya!,” jelasnya lagi.

Artikel terbaru