Ayah Garang! Wanita Ini Buka Rahsia Macam Mana Ayahnya Latih Dia Untuk Berjaya Dalam Bisnes…

Jangan nak berdrama sangat! Korang syok tengok orang senang boleh dapat apa saja. Tapi tu bukan pada wanita ni. Dia langsung tak dilayan bak sang puteri oleh ayahnya sendiri!

“Ayah kata driver untuk ayah dan kalau saya naik kereta kena duduk depan bukan belakang. Jangan nak berlagak, “You belum layak.”

“Saya pernah minta duit RM20 nak pergi Mc Donalds dengan rakan. Dia suruh saya togelkan daun pokok bongsai dia dulu baru dapat (1 jam jugalah nak togelkan pokok tu). Kalau nak beli jam tangan (jam Mickey Mouse je pun) kena dapat nombor 1, 2 atau 3. Kalau nombor 4, 4 kali kena sebat.”

“Kadang-kadang saya tak tahu saya anak orang kaya ke miskin, duduk rumah orang kaya tapi diajar macam anak orang miskin. Sekarang baru saya faham hard training will make you a strong person. Kecik-kecik cili padi.” Cerita Puan Norlinda tentang kehidupan sebenarnya.

Bayangkan…Dulu, bukan senang kehidupan Puan Norlinda pemilik Bright Hill Care Centre. Tak semua yang dicita-citakan boleh dapat dengan petik jari je.

Macam mana Puan Norlinda boleh terjebak dalam bisnes? Pada mulanya dia buat bisnes home tuition dengan sewa kedai ayahnya. Dan selepas berkahwin bisnesnya semakin berjaya hingga terpaksa ambil 10 orang guru untuk ajar murid sekolah rendah hingga tingkatan 5.

Bukan tu je, dia juga berjaya buka sebuah tadika di rumah yang dia duduk masa tu di Taman Tampoi, Johor Bahru. Kemudian buka lagi Tadika Indah Ceria yang berbilang bangsa dan Tadika Genius Qayyum berkonsepkan Islamic.

Kejayaan demi kejayaan, dia tak terlepas daripada buat kesilapan. Dalam membuka satu persatu tadika baru, dia dah tak banyak buat marketing dan pengurusan bisnes dia pun jadi tak teratur. Masa ni lah, ketika tahun 2011 rakan baik kenalkan dia dengan program Dr Azizan Osman.

Dari situ macam-macam program lah dia pergi. Antaranya Advance Marketing Power dan Plantinum (program dah tiada) hingga bisnesnya berjaya dapat liputan media Berita Harian, News Strait Times, Nona TV3 dan Majalah Pa&Ma.

Tapi perjalanan bisnes dia tak selalunya mudah. Pada 2017, dia terpaksa tutup 3 cawangan tadika sebab kekurangan murid hingga tak dapat kawal kos operasi. Sedih gila! Seminggu Puan Norlinda menangis mengenangkan keadaan tersebut.

“Tapi saya redha dengan ketentuan Allah dan saya percaya Allah nak beri lebih baik lagi. Saya percaya Allah suruh saya berusaha lebih lagi kerana mungkin pada masa itu saya sangat complacent (berpuas hati) dengan apa yang saya ada,” kata Puan Norlinda.

Teruskan belajar bersama RichWorks, dia hadir ke Program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK)10x Sales Growth dan terus apply kepada Titanium Circle.

Berkat kesabaran dan semangat yang tak mudah putus asa, Puan Norlinda berjaya beli 2 rumah Semi D baru di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang pada pertengahan tahun 2017.

Pada tahun 2018 pula terlahirlah tadika baru, Bright Hill Islamic Montessori School dengan jenama baru dan program baru. Alhamdullilah bila buka tadika tersebut dia dapat 150 orang murid untuk tahun tersebut dan pada 2019 dapat pendaftaran murid seramai 205 orang.

Tak pernah berhenti belajar dan upgrade ilmu, Puan Norlinda sehingga sekarang masih jadi ahli Titanium RichWorks. Dan Alhamdulillah pada tahun lepas, 2019 sales bisnes dia berjaya capai RM1.7 juta.

Dah baca kan? Apa yang korang rasa? Perjalanan kejayaan setiap orang berbeza. Tapi nak cepatkan kejayaan korang, belajar daripada pengalaman mereka ni.

Tak tahu bagaimana dan dari mana nak mula?

#ResultMatters
#ResultIAmATitan

Artikel terbaru

Leave a Reply