Perjalanan bisnes Founder Butik Adel Adyana Elegance (Pakaian Muslimah), Mohd Fairus Jali bermula pada 2015 dengan pelbagai cabaran dan dugaan dek disebabkan tiada ilmu. Beliau dan isterinya terus mulakan bisnes dengan membuka butik.
Tapi tahukah anda, beliau mulakan bisnes tersebut dengan pinjaman peribadi hampir RM350,000 namun melebur dalam masa 6 bulan saja. Butiknya terpaksa ditutup kerana tak dapat nak tanggung kos operasi dan Tuan Mohd Fairus terpaksa menanggung bayaran pinjaman hutang dibuat dengan gaji yang ada.
Daripada itu, beliau mula semula dengan menjual stok yang ada secara offline dengan bantuan isteri dan ibunya yang merupakan seorang guru. Namun sampai satu tahap keluarganya meminta beliau berhenti saja berniaga.
“Seluruh keluarganya sendiri pernah nasihatkan agar berhentilah berniaga itu, jangan teruskan. Cuma apa menguatkan semangat saya adalah tulang belakang yang sangat strong iaitu isteri saya. Dia kata bila kita buat sesuatu jangan mimpi untuk tutup, buat sesuatu sampai jadi,” kongsinya baru-baru ini.
Kemudian beliau teruskan menjual dan disamping mulakan secara online menggunakan platform Facebook. Daripada kejatuhan butik pertama itu, beliau baru tahu pentingnya untuk membina brand yang mempunyai banyak cara terutama platform online.
Malah beliau juga ada menyertai program IMKK pada 2015 dan merasa ilmu yang diperolehi sudah cukup untuk membina bisnes yang berjaya. Beliau kembali bangkit, dengan membuka semula butik hinggakan ada 5 butik baru.
Rupa-rupanya itulah kesilapan beliau lagi. Tuan Mohd Fairus struggle sebab jualan tak dapat nak tanggung kos overhead bisnesnya sangat tinggi dengan staf banyak dan sewa butik lagi.
Hinggakan Tuan Mohd Fairus terpaksa menjual sebuah rumahnya bagi menampung operasi bisnesnya tapi akhirnya duit itu pun hilang juga. Ekoran stress dengan bisnes disamping bebanan kerjanya sebagai jurutera beliau terkena panic attack sampai kaki dan tangannya tak dapat berfungsi. Selama setahun beliau terpaksa berehat selama setahun dan berfikir setakat itulah perjalanan bisnesnya.
Bagaimanapun selepas dapat pulih, beliau masih teruskan dengan melakukan bisnes secara online lagi sekali dan dapat buka butik semula satu demi satu. Beliau lagi sekali langgar dinding dengan kos overhead sangat tinggi disamping duit tak nampak langsung.
“Tak nampak jalan, tak nampak cahaya langsung, macam mana sebenarnya orang lain boleh… Pada waktu itu, saya sendiri tak percaya bisnes boleh beri duit dan kesenangan di masa hadapan.
“Akhirnya saya buntu sangat-sangat, saya terfikir balik mungkin ilmu tak mencukupi, saya tak ada ilmu untuk buat bisnes. Kemudian saya fikir balik apa pernah lalui dan terfikir tentang Datuk Wira Dr Azizan Osman dan akhirnya saya sertai SPIRE (Mentorship).
“Daripada situlah alhamdulillah, masuk SPIRE barulah terbuka segala-galanya ilmu, rupa-rupanya perniagaan bukan sekadar fikir logik, bukan sekadar jual barang dapat duit, buat stok, production bukan sekadar itu! Banyak sangat aspek dalam perniagaan yang kita kena belajar,” jelasnya lagi.
Pencapaian Adel Adyana Elegance
Malah selepas beliau berjaya upgrade dengan sertai Titanium lagi ‘mindblowing’ hinggakan beliau terkejar-kejar nak bina bisnes ini sampai minat sebagai jurutera sudah pudar dan sekarang lebih fokus kepada bisnes 100% serta merancang untuk berhenti nanti.
Sebelum dibimbing, jualan bisnesnya mencapai RM1.8 juta pada 2019. Berbekalkan ilmu dan bimbingan dalam SPIRE (bermula Januari 2020) dan Titanium pada Jun 2020, Tuan Mohd Fairus berjaya meningkatkan jualan meskipun ketika PKP dengan mencecah RM3.2 juta.
Malah setakat 28 Februari 2021 lalu, jualan beliau juga sudah pun mencecah RM1 juta lebih dengan sasaran 2021 sebanyak RM11 juta, insyaAllah.
1 Comment
Sama- sama . Jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk terus Team Richworks di talian wasap.my/60167136638