Pandemik yang melanda dunia menyebabkan boleh dikatakan kesemua bisnes menyaksikan perubahan-perubahan terutamanya yang bekerja secara remote atau bekerja dari rumah (WFH).
Suka atau tidak, langkah ini perlu dilakukan bagi memastikan operasi dapat dijalankan ketika kes pandemik yang meningkat kebelakangan ini.
Staf dan team anda yang merupakan aset penting dalam sesebuah bisnes perlu dijaga dengan baik dalam keadaan di mana mereka berada di rumah atau lokasi masing-masing.
Sehubungan itu, komunikasi sangat penting bagi memastikan tugas dan kerja-kerja berjalan dengan lancar seterusnya capai target yang ditetapkan. Selain itu, bisnes juga mahu memastikan staf & team anda kekal bersama-sama mengharungi situasi baru yang sedang dihadapi ketika ini.
Maka anda perlu ketahui apa yang staf dan team rasakan dan mahukan dalam tempoh ini. Berbual dengan setiap staf dan team anda, mengapa mereka suka untuk bekerja di sini.
Daripada jawapan mereka ini, anda boleh membuat strategi dan langkah mengikut keperluan untuk membuatkan mereka terus bersama bisnes anda. Dengar apa yang diperkatakan staf dan team anda dan mewujudkan pengalaman yang bersesuaian dengan keperluan berkenaan.
Jelas MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman bahawa kunci pertama faktor yang menjadikan bisnes boleh grow adalah manusia yang drive atau memacu bisnes itu iaitu leader.
Sebab itu, perlunya menjaga staf dan team anda dengan memperkasakan mereka, melatih dan bimbing untuk menjadi next leader dalam bisnes anda.
Selain itu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac tahun lalu menyaksikan lebih 800,000 orang hilang pekerjaan. Perkara ini membuatkan banyak bakat-bakat yang akan mencari pekerjaan baru.
Bagi bisnes yang berjaya bangkit pada tahun lalu meskipun ketika pandemik pastinya mencari staf dan team baru untuk bantu bisnes mereka terus berkembang. Justeru itu, anda boleh mendapatkan lebih banyak pilihan bagi mendapatkan team yang betul pada jawatan atau tugas yang betul.
Ketika tempoh ini juga, leaders dalam team perlu menjadi contoh baik kepada team lain agar mereka juga dapat membuat tugas seperti yang ditunjukkan itu. Kepimpinan melalui teladan penting terutama ketika ini kebanyakan berada di rumah masing-masing.
Leaders juga dapat memberikan semangat dan sokongan kepada team bagi bersama-sama harungi waktu yang mencabar ini untuk masa depan yang lebih baik. Apa yang boleh berikan selepas ini kepada staf dan team anda apabila keadaan kembali baik dengan boleh ke pejabat semula dan sebagainya.
3 tips untuk kekalkan kerjasama staf dan team :
- Keperluan staf dan team anda
Tanya kepada staf dan team, apa yang mereka perlukan dalam tempoh ini. Adakah peralatan mereka cukup bagi bekerja dari rumah? Ada tak sebarang kekangan dan masalah dihadapi ketika ini? Atau apa saja yang dirasai yang boleh disesuaikan dengan keperluan berkenaan.
- Perkongsian setiap pagi
Setiap pagi akan ada yang berkongsikan apa yang dibuat agar semua orang jelas apa sedang berlaku, disamping mendapatkan feedback mereka dan sebagainya.
- Perbualan santai
Selain soal kerja, kita juga perlulah berbual perkara lain – soal diri dan keluarga mereka. Hal ini dapat buatkan staf dan team tak merasa keseorangan diri, mengeratkan lagi hubungan seterusnya membantu dalam bisnes.