Jika kita hendak berjaya, ikut jejak langkah orang yang sudah berjaya. Lebih mudah lagi untuk anda mencapai kejayaan kerana ada bukti yang mana sikap tersebut berkesan dan membantu.
Umpama seorang pendaki yang mengikut guide atau Sherpa yang membawa mendaki gunung tertinggi di dunia, Everest. Tanpa Sherpa, sukar dan boleh dikatakan mustahil untuk pendaki baru dapat menawan Gunung Everest.
Justeru itu, kami kumpulkan antara sikap dan kualiti yang ada yang dikongsikan dalam banyak buku-buku pembangunan diri dan kisah usahawan berjaya di dunia. Ia boleh dijadikan inspirasi dan bekalan untuk anda juga mencapai kejayaan, insyaAllah.
31 sikap orang berjaya boleh anda terapkan selama sebulan:
- Melihat kepada peluang-peluang yang orang lain tidak nampak.
- Mereka melihat pengajaran berbanding melihat hanya sebagai masalah.
- Fokus kepada penyelesaian.
- Mewujudkan kejayaan sendiri berbanding hanya mengharap kejayaan datang dengan sendiri.
- Tidak terpengaruh dan dikawal dengan kekangan ketakutan.
- Bertanya soalan yang betul, buatkan mereka lebih produktif, kreatif, pemikiran dan emosi positif.
- Jarang complain yang hanya beri keadaan negatif.
- Tidak menyalahkan orang lain. Ambil tanggungjawab atas tindakan sendiri dan hasilnya.
- Mungkin tidak ada bakat berbanding orang lain maun sentiasa cari jalan untuk mengunakan potensi diri dengan sebaiknya.
- Seorang yang produktif, proaktif dan sibuk melakukan perkara bermanfaat.
- Bersama dengan orang-orang yang ada pemikiran yang sama, positi dan sedar kepentingan dalam sesebuah team.
- Mempunyai impian dan matlamat besar untuk mencapainya.
- Mempunyai kepastian dan kejelasan tentang apa keinginan.
- Berinovasi berbanding hanya mengikut orang lain.
- Tidak hanya menunggu masa sesuai atau kata mudah bertangguh.
- Belajar sepanjang hayat. Sentiasa upgrade diri dengan ilmu-ilmuyang sentiasa berkembang mengikut keadaan dan peredaran masa.
- Kosongkan gelas. Bersikap rendah diri dan belajar daripada orang lain meskipun sudah berada di tahap yang tinggi.
- Konsisten melakukan apa yang perlu, tidak kira bagaimana perasaannya ketika itu.
- Mengambil risiko terhitung dari segi kewangan, emosi, profesional dan psikologi.
- Mereka walk the talk. Lakukan apa yang dikatakan, bukan hanya sekadar teori sebaliknya lakukan dalam kehidupan sebenar.
- Mereka cepat tangani masalah dan cabaran dengan efektif. Tidak lari, menghadapinya untuk tambah baik diri lagi.
- Tidak hanya menunggu kepada takdir atau nasib untuk mencapai sesuatu. Percaya dan komited menghasilkan results yang dimahukan.
- Mereka pandai dalam mengawal emosi. Jika berlaku kejadian yang menyedihkan atau musibah, ia tidak terlalu lama mempengaruhi diri.
- Pandai berkomunikasi dan sentiasa tambah baik lagi.
- Mempunyai perancangan dalam kehidupan bagi menjadikan ia realiti.
- Faham bahawa nilai dan manfaat untuk berdepan kesusahan dan cabaran yang biasa orang akan elakkan.
- Faham kepentingan disiplin dan kawalan diri. Sanggup mengorbankan sesuatu yang tidak berikan manfaat ketika mahu membina kejayaan itu.
- Dermawan dan baik hati. Suatu kepuasan buat mereka dalam membantu orang lain untuk capai sesuatu.
- Tidak sombong dan sedia mengakui kesalahan malah meminta maaf.
- Mudah adaptasi dengan perubahan, sementara kebanyakan orang lebih selesa dengan tabiat dan keadaan sedia ada.
- Tidak bercampur dengan orang yang toksik boleh mempengaruhi untuk menjadi seperti mereka.