SIAPA BOSS, SIAPA KULI NI BEB????

SIAPA BOSS, SIAPA KULI NI BEB????

Ramai orang datang mengadu tentang masalah pekerja. Pekerja malaslah, tak berdisiplinlah, curi duit, pekerja bermasalah dan macam-macam lagilah. Kami dengar dengan perasaan bercampur-baur. Nak gelak pun ada, kesian pun ada. Geram apatah lagi!

Selalunya kami tanya balik. How are you as a Boss? Ada you tunjuk nilai-nilai murni tak pada pekerja? Ataupun perangai lebih kurang sama aje dengan staff?

Itulah dia, kononnya usahawan, majikan tapi dalam diam dikulikan staff sendiri. Staff balik awal tanpa siapkan kerja. Sudahnya kita yang kononnya usahawan ini yang kena siapkan. Yang paling best, menonong aje balik tanpa beritahu Boss. Macam dia pulak yang Boss.

Ada pulak yang mengadu Staff diambil tu “bodoh”. Ini lagi best, mengadu domba macam-macam pasal staff tapi dia sendiri yang ambil staff tu bekerja. Haihh!!! Siapa yang bodoh sebenarnya?

Kami faham sangat masalah kakitangan di kalangan bisnes SME ini. Faktor utama adalah pasaran kerja untuk sektor SME. Kebanyakkannya calon yang saki-baki. Sebab mahasiswa yang lulus kelas pertama semuanya diambil bekerja di syarikat besar.

Melihatkan keadaan ini, kami akan kongsikan 5 cara dan formula yang digunapakai sendiri di RichWorks. Bagaimana Dr Azizan Osman dan Tuan Jerry pilih “anchor” yang menjadi “driver” kepada syarikat?

  1. Kriteria memilih pekerja. Apa prosesnya. Contoh iklan jawatan yang sesuai. Bagaimana membaca resume. Dan apa ciri-ciri calon yang sesuai untuk dipilih hadir sesi temuduga.
  2. Proses temuduga. Apa yang perlu anda tengok dan tanya. Dari hujung rambut ke hujung kaki. Latar belakang yang macam mana yang perlu ada. Perwatakan yang dibawa mereka semasa hadir sesi temuduga.
  3. Siapa yang boleh jalankan interview? Soalan yang sesuai ditanyakan kepada calon. Berapa kali perlu diadakan. Kenapa perlu ‘set the contact right’ ketika interview.
  4. Kenapa tak bagus lantik saudara-mara sebagai pekerja? Apa syarat yang perlu ada ketika nak melantik pekerja.
  5. Dokumen yang perlu ada dan potongan yang perlu dibuat kepada kakitangan. Kenapa perlu ada Offer Letter atau Contract of Staff? Apa bezanya.

Nak cerita pasal pekerja ni memang takkan habis sebab kita berurusan dengan manusia. Tambah pulak nak menjaga emosi mereka. Golongan calon yang rata-ratanya anak manja dan dari keluarga orang senang.

Akan tetapi, sebagai majikan andalah yang perlu keluarkan guideline, do’s and dont’s atau undang-undang untuk mereka patuhi.

Artikel terbaru

Leave a Reply