Sawanah: Tunai Hasrat Ayah Ada Bisnes, Mahu Jadi Peneraju Minuman Sihat

Sawanah

“Kesilapan paling besar orang bisnes tak ada guru, tak ada ilmu menyebabkan dia tak sampai ke puncak gunung yang dia nak tawan, naik turun semula kerana jalan yang dipilih salah, dan tak ada semangat circle.

“Jika kita bertemu orang yang kata tak larat dah, turun sahaja itu akan melemahkan semangat kita sebaliknya jika kita berada dalam circle yang sentiasa menyokong kita, tolak kita untuk naik, kita akan berjaya akhirnya,” jelas Pengasas Sawanah Sdn Bhd, Muhamad Hirman Mukhtar.

Pelbagai perniagaan

Mengimbas detik awal dalam perniagaan, sebelum mengeluarkan produk minuman coklat Sawanah Koko pada 2016, Hirman menjalankan pelbagai perniagaan seperti percetakan, menjual alat tulis, baju muslimah dan bundle.

“Perniagaan turun naik, pemasaran pun tak tahu nak buat macam mana. Berniaga tetapi tak ada duit kerana tak ada orang yang nak beri panduan dan tegur buat rasa boleh buat apa sahaja.

“Kita dapat projek banyak pun rugi, sebab tak tahu nak urus. Pernah dapat projek baju syarikat korporat sepatutnya untung berpuluh ribu, disebabkan terukur salah tak ada untung malah dapat rugi,” katanya.

Nasihat ayah

Begitupun, nasihat ayahnya seorang pesara kerajaan mahukan anaknya menerokai bidang keusahawanan sehingga berjaya masih terngiang-ngiang di fikiran dan dipegang erat sampai bila-bila.

“Jika nak duit banyak, nak menunaikan umrah dan rasa nak berjalan seluruh dunia, awak perlu berniaga,” Hirman berkongsi nasihat ayahnya.

Cita-cita Hirman untuk merealisasikan impian ayahnya semakin hampir apabila mula menyertai kelas bimbingan Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

“Alhamdulillah, Dr Azizan membimbing saya dalam semua aspek seperti dari segi pengurusan syarikat, kepimpinan, pemasaran dan juga daripada aspek dalaman diri. Beliau dan RichWorks benar-benar banyak membantu.

“Dalam Richworks, circle yang kita duduk bersama juga sangat positif dan mereka terus membakar semangat kita untuk berjaya dan menyebabkan kita bermotivasi sepanjang masa,” katanya lagi.

RichWorks bukan sekadar marketing

Sementara itu, pengasas bersama Sawanah, Shazeera Shaiful Rizal memberitahu, sebelum ini mereka telah mengikuti beberapa kelas perniagaan anjuran beberapa pihak namun berbeza dengan intipati yang disampaikan Dr Azizan dan RichWorks.

“Dah banyak kelas kami masuk, tapi tidak sama seperti di RichWorks yang bukan sekadar pemasaran penting dan mesti ubah, malah diri ini dahulu.

“Bila diri dah berubah lebih mudah untuk kita membina pasukan agar bisnes dapat berkembang,” jelasnya.

Sawanah mahu jadi peneraju minuman berkhasiat

Mengulas lanjut, Shazeera berkata, program permentoran Titanium menyebabkan banyak perubahan yang berlaku dalam pengurusan syarikat dengan matlamat Sawanah mahu menjadi peneraju minuman berkhasiat bertaraf global.

Hasilnya, pada 2020 syarikat meraih jualan RM7.4 juta dan meningkat kepada RM11 juta pada 2021 berbanding jualan sekitar RM100,000 ke RM300,000 sebelum menyertai RichWorks.

Sawanah pada tahun ini menyasarkan jualan sebanyak RM24 juta dan mahu membantu lebih ramai orang terutama pasukan kami dengan berkongsikan rezeki yang ada ini.

Pada tahun 2021 Sawanah juga telah memiliki sebuah kilang dengan kapasiti kira-kira 40 pekerja dan Hirman berhasrat untuk memiliki kilang yang lebih besar bagi memudahkan latihan dan meningkatkan produktiviti perniagaan.

“Sebelum ini kami beroperasi di satu kedai yang kecil di Taman Selasih, kemudian kita tambah lagi satu di Taman Greenwood, kecil juga kedai tu,” katanya. 

Berkongsi dengan team

Tambah Hirman, rezeki yang diperoleh turut dikongsi bersama pekerja dengan memberi ganjaran seperti bonus.

“Kita berkongsi kejayaan kerana kejayaan kita adalah berpunca daripada mereka, mengenangkan dan menghargai jasa pekerja kami sentiasa fikir penghargaan yang perlu diberikan untuk pekerja.

“Apabila kita memberi, kita juga dapat kebaikkan. Jika kita sekat-sekat, kita pun tersekat. Itu pun Dr Azizan selalu cakap, banyak yang dia ajar selain daripada ilmu marketing,” katanya lagi. 

Dalam pada itu, Hirman berkongsi kelebihan produk Sawanah Koko yang diperbuat daripada koko terbaik mengelakkan sembelit, mudah larut walau tidak menggunakan air panas, memperbanyak susu ibu dan mencergaskan minda kanak-kanak.

“Kini kami mempunyai 2,000 ejen dan 44 stokis di seluruh negara serta bagi yang mahu menjana pendapatan bersama Sawanah boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Sawanah.my,” jelasnya.

Artikel terbaru

Leave a Reply