RichWorks Turun Padang Santuni Peniaga di Jalan TAR

RichWorks turun padang santuni peniaga di Jalan TAR

Dua hari lepas, Team RichWorks telah melancarkan program Klinik Usahawan Tik Tok Tik Tok, Buat Duit Lepas Raya di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. 

Di samping itu, kami turut tidak melepaskan peluang turun padang untuk menyantuni dan mendengar sendiri cabaran dan isu peniaga-peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Pengalaman yang baru

Ini adalah pengalaman yang baru buat kami bilamana perjalanan kami ke sana menaiki LRT bersama-sama bos, Tuan Radz Mohd. 

Sebelum nak santuni peniaga di sana, kami santuni sesama sendiri dahulu dan mengeratkan lagi hubungan di antara majikan dan pekerja.

Nasib kami kurang baik kerana cuaca yang tidak mengizinkan. Hujan turun dengan lebatnya dan menghadkan perjalanan kami di sana. 

Namun, itu tidak mematahkan semangat kami untuk menyantuni peniaga yang ada di sana.

Cabaran usahawan di Jalan TAR

Kebanyakan peniaga menghadapi cabaran jualan hari raya yang tidak memberangsangkan jika nak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. 

Malah, ada yang mengakui bahawa jualan semasa PKP lebih baik berbanding jualan raya pada tahun ini. 

Pengunjung yang datang memang ramai sehingga sesak dibuatnya, namun ramai yang hanya sekadar berjalan-jalan untuk mencuci mata sahaja. Mereka tak nak membeli. 

Disebabkan ini juga, ada peniaga yang masih tak balik modal berikutan kurang orang membeli dengan mereka. 

Belum lagi jualan berkurang atas faktor cuaca hujan yang membuatkan sukar untuk meneruskan proses jual beli di sana.

Namun bukan semua peniaga yang mengalami kerugian. Meskipun sebahagian besar peniaga berdepan dengan cabaran jualan hari raya yang berkurang, masih ada peniaga yang berjaya sustain dan tingkatkan jualan mereka pada ketika ini. 

Kebanyakan mereka yang berjaya ini sentiasa bersedia lebih awal dengan sasaran pelanggan yang jelas di samping tahu menggunakan pelan pemasaran yang betul pada ketika ini. 

Kami benar-benar faham masalah peniaga dan nak bantu anda semua untuk buat duit selepas raya. 

Klinik Usahawan Tik Tok Tik Tok, Buat Duit Lepas Raya

Dalam meraikan Syawal yang mulia, RichWorks bakal memperkasakan usahawan dengan panduan dan bimbingan penggunaan platform digital yang sedang menjadi perhatian ramai masa kini. 

Bermula dari kanak-kanak sehingga ke warga tua, semuanya tidak terkecuali dari menggunakan platform TikTok. Takkan nak tunggu dah tak relevan baru nak bermula. 

Program tersebut bakal dijalankan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk semua usahawan yang tak nak lepaskan peluang besar untuk berniaga secara dalam talian.

Sepanjang kajian sosial kami di Jalan TAR, kami telah mendapat terlalu banyak maklum balas dan pertanyaan mengenai pelbagai cabaran yang usahawan sedang hadapi terutama sekali dalam soal mendigitalisasikan perniagaan mereka.

Sesuai dengan tujuan asal kami membawakan program Klinik Usahawan Tik Tok Tik Tok, Buat Duit Lepas Raya adalah untuk mempersiapkan bangsa usahawan mampu menggunakan platform digital seperti TikTok dengan lebih baik dan berkesan.

Akan tetapi, kami juga mendapati masih ramai peniaga di sana yang masih bergantung kepada cara tradisional semata-mata tanpa mahu mencuba langsung untuk mendigitalkan perniagaan mereka. 

Jangan berlengah lagi dan terus buat duit selepas raya! Mula bertindak sekarang untuk hasilkan keuntungan jualan raya lebih awal.

Yuran serendah RM39

Jom daftar ke program Klinik Usahawan Tik Tok Tik Tok, Buat Duit Lepas Raya dengan yuran serendah RM39 sahaja! 

Tapi keuntungan yang bakal anda perolehi membawa kepada ribuan, malah jutaan ringgit. 

Kejayaan tak datang begitu sahaja, anda perlu belajar terlebih dahulu dan tahu cara yang betul untuk buat jualan. Tak tahu boleh belajar, tak nak belajar itu masalah.

Untuk keterangan lanjut mengenai Klinik Usahawan Tik Tok Tik Tok, Buat Duit Lepas Raya, anda boleh layari richworks.com/klinikusahawan/media.

Artikel terbaru

Leave a Reply