Di dalam bisnes dan hidup saya, saya amat mementingkan Result matters
Jika kita terbukti berjaya sebagai usahawan, baru mudah kita nak bantu orang lain berjaya sebagai usahawan. Jika kita terbukti sebagai usahawan dan mampu bayar cukai berjuta setahun (serta zakat perniagaan), barulah mudah nak bantu orang lain jadi jutawan.
Sejak saya gagal bisnes 1998-2000 hampir 3 tahun pertama berniaga dan kemudian bangkit berniaga dengan ada mentor pada tahun 2001 di dalam industri pengiklanan dan pemasaran sehingga kini Alhamdulillah. 3 tugasan penting dan kepakaran saya dulu dan kini adalah dalam :-
1/ Advertising, Marketing, Branding and PR- Saya terlibat dengan projek-projek untuk portfolio clientele kami seperti HSBC Bank, Standard Chartered Bank, TM (Telekom)- Streamyx & UNIFI launching campaign, Celcom, Digi, MAKNA, WWF dan Budimas serta banyak lagi. Portfolio client kami tidaklah besar dalam beberapa puluh juta ringgit sahaja setahun.
2/ Entreprenurship- Selain daripada bertanggungjawab membina perniagaan saya di dalam industri advertising & marketing, salah satu tugasan saya sejak 2001 hingga 2008 adalah untuk membina usahawan untuk menjadi contracted marketing companies dibawah syarikat saya.
Tetapi setelah saya tamatkan kontrak pemasaran dengan previous principal, saya Alhamdulillah telah membina accredited advertising agency saya sendiri dan saya juga mula berkongsi ilmu dan pengalaman saya di dalam perniagaan dan pemasaran dengan mengajar atau membantu beribu orang untuk menjadi usahawan dan ramai yang telah menjadi jutawan di dalam apa sahaja jenis perniagaan atau industri.
3/ Leadership- Kepimpinan atau leadership adalah aspek ketiga kepakaran saya. Ia adalah bakat saya sejak kecil. Walaupun saya tahu saya adalah a born-leader tapi saya juga menggilapnya sepanjang perjalanan hidup saya dengan izinNya.
Dan saya dapati sikap leadership yang bagus boleh digilap dan ia ada di dalam diri ramai orang. Ia faktor penting yang membezakan anda menjadi terbaik atau tidak di dalam bidang anda atau bisnes anda, malah di dalam hidup anda.
Saya percaya dengan prinsip result matters kerana saya tidak mahu buang masa melakukan sesuatu tanpa ada result atau hasilnya. Pengalaman saya dahulu buat silap juga adalah bila saya buang masa pilih business partner yang tidak ada proven success result.
Saya faham, jika kita ambil trainee baru bekerja dengan kita, mereka mungkin tidak banyak result lagi dalam pekerjaan, tetapi kita masih perlu menilai resume dia lihat apa yang pernah dia capai atau lakukan tetapi bukan sekadar CGPA yang tinggi kerana CGPA yang tinggi kadang-kadang hanya bermaksud dia pandai copy dari buku dan ingat, kemudian salin semula di atas kertas di dalam exam. Kita kena nilai banyak perkara lain.
Result matters- pengajaran di sini ialah :
1/ Jangan buat sesuatu tanpa tahu ke mana result atau hasil yang kita nak capai.
2/ Gila buat sesuatu berulang kali dan mengharapkan result yang berbeza. Ini kata Albert Einstein. Nak jadi jutawan? Lebih mudah dengan jadi usahawan tetapi jika tidak pernah berniaga, tidak ada mentor yang terbukti berjaya, ilmu dan sistem atau strategi yang terbukti berjaya, ia agak susah nak dapat result yang bagus dalam bisnes.
3/ Ibadah kita. Adakah kita dapati ibadah kita berkualti dan berikan hasil yang kita nak iaitu ketenangan jiwa, bahagia, connected dengan Allah swt dan rasa damai? Jika tidak, kita kena adjust.
Sebab #ResultMatters. Jangan buat apa pun tanpa faham apakah expected result di akhirnya nanti.
Adakah apa yang anda lakukan hari ini akan berikan hasil yang lebih baik yang anda impikan hari esok? Man Jadda Wa Jada.
Datuk Wira Dr Azizan Osman
1 Comment
Bangkit