Pandemik dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan 2.0 menyebabkan kedai Spa tidak dapat beroperasi langsung kepada bisnesnya. Bisnes Razowa dan juga Tini’s Spa Beauty Slimming pasti terkesan dengan cabaran baru ini.
Namun, Pengasas Razowa dan juga Tini’s Spa Beauty Slimming, Puan Hartini Halim yang dikenali sebagai Kak Tini berpengalaman dalam industri spa dan kecantikan hampir 16 tahun tidak patah semangat dan berjaya bangkit semula.
Razowa merupakan peneraju bengkung No 1 Malaysia dengan produk paling popularnya ialah bengkung 3 saat Razowa yang sangat sesuai untuk ibu-ibu bersalin.
Bayangkan beliau ada hampir 30 orang team yang perlu dijaga ketika itu dengan dalam keadaan ketidakpastian dengan cabaran baru yang pertama kali dilalui kebanyakan daripada kita.
“Sepanjang 16 tahun saya berniaga, ini adalah cabaran paling hebat pernah saya rasai.
“Bila kami dapat berita je yang kita kena PKP, kami ingat dalam seminggu saja. Tapi ia dilanjutkan lagi dan alhamdulillah saya ada partner bisnes dan hidup yang sangat sinergi dalam berdepan situasi itu,” katanya.
Beliau merupakan salah seorang ahli program Mentoring Spire yang berjaya menyaksikan perubahan dan peningkatan dalam bisnesnya meskipun ketika pandemik.
“Cabaran saya untuk memasarkan produk ke kedai-kedai. Orang yang bersalin memerlukan bengkung ini namun tak dapat nak supply.
“Spire membantu saya dalam menstrukturkan sistem ejen. Selain itu dari segi kepimpinan, cara sistemkan nak buat latihan dan leverage dengan teknologi yang terkini yang sentiasa dikongsikan RichWorks,” jelasnya.
Beliau telah menggunakan platform online untuk memasarkan produk-produk Razowa.
Kak Tini berkata, sistem sokongan yang diterima dan paling ditunggu sesi Weekly Focus bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman akan dapat insight baru dan idea untuk lakukan tindakan dalam tambah baik lagi bisnes.
“Siapa nak grow bisnes, nampak value berkembang dan membangunkan team, berkali-kali ganda dengan value dibayar dekat Spire memang sangat berbaloi bagi saya,” ujarnya lagi.
Pencapaian Razowa
Hasil dari apa yang dipelajarinya bersama RichWorks yang menekankan untuk memanfaatkan perkembangan teknologi terkini, membantu beliau untuk menyelesaikan masalah kesukaran untuk mengedarkan produk ke kedai-kedai dan telah bertukar kepada jualan ‘online’.
Justeru itu, pada tahun lalu, jualan mencapai jualan sekitar RM604,152 saja. Bagaimanapun, pada Januari hingga Jun tahun ini. jualannya sudah melebihi tahun lalu iaitu RM606,680.