Rarakitchy : Bermula Di Flat, Kini Sudah Ada Kedai & Team Sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Rarakitchy : Bermula Di Flat, Kini Sudah Ada Kedai & Team Sendiri

Founder Rarakitchy, Nadhrah Azmuddin mulanya hanya dari rumah flat di tingkat 5.

Beliau yang menjalankan bisnes kek ‘custom’ terpaksa perlu naik turun tangga untuk deal dengan pelanggan. Sebab itu, bila sudah banyak tempahan masuk, beliau berbincang dengan suaminya untuk mengambil kedai.

Walaupun ketika itu tidak mampu lagi, beliau dan suami berpindah ke lot kedai pada tingkat dua. Di situlah beliau tinggal dan menjalankan bisnesnya.

Bagaimanapun, ketika itu Nadhrah tiada ilmu bisnes dan main buat saja. Tapi mereka nak bawa bisnes untuk pergi jauh dan ketika itu baru mula fikir untuk pergi belajar.

Nadhrah struggle ketika itu dengan emosi turun naik disebabkan penat kerana ada masa tak tidur untuk siapkan deco kek pelanggan.

Ia juga menjadikan hubungan suami isteri berlaku perselisihan faham dengan suami yang ketika itu menjalankan bisnes restoran bersama rakannya. Namun kemudian suaminya berhenti dan bantu Rarakitchy selepas nampak hala tuju yang jelas selepas belajar dan berguru.

Beliau mulakan dengan Zero Kos Marketing atau Zero To Million bersama RichWorks sebelum memohon untuk mendapatkan bimbingan dalam mentoring Spire agar dapat dekat dengan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Bila ada MenThor, beliau akan dapat menunjukkan jalan yang betul kepada kita. Kalau sebelum ini mungkin teragak-agak untuk membuat sesuatu keputusan namun dengan ada MenThor akan bantu buat kita nampak sesuatu perkara itu lebih jelas.

“Alhamdulillah masa di Spire, sales makin meningkat dari RM300k kemudian naik sikit walau saya lambat tapi ada kemajuan.”

“Saya tambah baik dari segi emosi. Dulu tak pernah handle team/manusia, tapi diri kita dengan manusia sendiri jadi lebih baik. Bila ada MenThor, buka mata saya untuk lebih bersyukur,” katanya.

Malah circle Spire sangat membantunya dengan membakar diri untuk lakukan kejayaan yang sama melalui perkongsian wins masing-masing. Kita boleh belajar daripada rakan usahawan lain yang mempunyai pengalaman berbeza.

Lihat apa benda betul yang dilakukan mereka agar kita pun dapat cuba dan melakukan perkara sama untuk berjaya.

Big why beliau adalah emak dan ayah kerana mereka adalah sebahagian daripada tanggungjawab besarnya.

Sebagaimana mereka bersusah payah untuk besarkan Nadhrah dan sekarang adalah masa beliau beri sepenuhnya kasih sayang, perhatian & keselesaan hidup pada mereka.

Hal ini kerana tiada lagi manfaat selain manfaatkan nilai hidup kita kepada kedua ibu bapa & org lain. Selain itu mereka adalah penyambung doa buat kejayaan kita di dunia & akhirat.

Pencapaian Rarakitchy

Rarakitchy sudah berpindah ke kedai lebih besar di tingkat bawah dengan penambahan beberapa mesin lagi seperti oven dan chiller.

Malah ada ahli keluarga beritahu Nadhrah bahawa beliau kini lebih senang untuk membantu dan memberi. Jelas Nadhrah, ia membuatkan hatinya lebih tenang di samping tanda syukur apa yang kita ada.

Ketika pandemik dan PKP 1.0 tahun lalu, jualan Rarakitchy berjaya mencapai sekitar RM849,000. Bagi tempoh Januari hingga April tahun ini pula, jualan sudah sekitar RM320,000.

Pesan Nadhrah kepada usahawan dan mereka baru nak bermula agar belajar serta dapatkan bimbingan MenThor.

Ia dapat elakkan anda daripada berterusan melanggar dinding yang membuatkan lambat untuk anda capai kejayaan.

Selain itu, sentiasa raikan wins yang kecil yang mana akan terus berikan kita semangat bukan hanya diri malah team untuk mendapatkan wins besar nanti.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Pengertian Raya Aidilfitri

Pengertian Raya Aidilfitri

Hari Raya Aidilfitri kali ini pastinya disambut dengan berlainan. Demi memastikan keselamatan dan melindungi nyawa orang ramai, kerajaan memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP

Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum. Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan