Orang Jepun telah mengharungi banyak cabaran antaranya pengeboman bom atom di Hiroshima dan Nagasaki, tsunami, gempa bumi dan lain-lain lagi.
Bagaimanapun, orang Jepun dapat bangkit hingga menjadi antara negara maju dan ekonomi besar di dunia. Apakah yang membuatkan negara ini dapat bangkit dan berjaya hingga hari ini?
5 perkara yang buatkan orang Jepun berjaya :
- Semangat yang kuat
Meskipun cabaran atau dugaan datang sama ada semula jadi atau perbuatan manusia, mereka terus maju ke depan dengan berani dan tabah menghadapinya.
Mereka berjaya bangkit dan membangun semula dengan cepat seperti yang dapat kita lihat selepas Perang Dunia Kedua.
- Tepat pada masa
Mereka terkenal dengan soal menepati masa mereka. Kepentingan menguruskan masa dengan baik dan produktif menjadi amalan dan gaya hidup kebanyakan orang Jepun.
Malah difahamkan kelewatan kereta api di Jepun hanya dengan purata sekitar 7 saat saja. Ini membuktikan bagaimana ketepatan sangat dijaga di sana.
- Disiplin
Mereka amat berdisiplin dengan menghormati perundangan yang ada. Mereka tidak bercakap menggunakan telefon ketika dalam kereta api, bantu mereka memerlukan seperti orang tua dan tidak buang sampah merata-rata.
- Kesopanan
Adab yang dijaga dengan menunduk kepala setiap kali bertegur sapa, bercakap dengan lembut dan merendah diri.
- Tiada kesilapan dalam diri
Mereka menyasarkan zero kesilapan dan keefisienan tinggi. Orang dan teknologi tidak dapat dipisahkan yang akan membantu dalam bisnes dan bidang anda.
6 Comments
Terima kasih atas sharing yang amat asas dan amat penting sebagai asas kejayaan yang kukuh. InsyaAllah
Alhamdulillah. Sama sama
Boleh apply sifat-sifat orang berjaya dekat diri sendiri dalam kehidupan seharian kita
Moga dipermudahkan
Terima kasih atas ingatan ini❤️
Alhamdulillah. sama sama