Qpack : Pernah Ketuk Pintu Ke Pintu Demi Bisnes!

Founder Qpack, Puan Catherine Dumas atau dikenali sebagai Puan Cat mula berbisnes pada tahun 2005. Beliau bersama suami dan ketika itu menyediakan bisnes printing plastik.

Tapi Puan Cat mula berbisnes tanpa gaji. Cabaran berlaku ketika beliau pernah ketuk pintu ke pintu kedai di sekitar Kuala Lumpur demi mendapatkan perkhidmatannya dalam bisnes.

Cabaran terus berlaku apabila beliau tidak boleh berkomunikasi seperti orang yang lain. Berasal dari Sabah dengan gaya pertuturannya itu menyebabkan beliau pernah dianggap sebagai foreigner atau warga asing. Namun perkara itu sikit pun tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berniaga!

‘Setelah 3 bulan ketuk pintu, bulan keempat, ada satu farmasi ini terima perkhidmatan kami dan itu merupakan perkhidmatan pekerjaan pertama kami dalam bisnes, dan ianya berlarutan sehingga kini. Perkara itu membuatkan saya makin bersemangat dalam bisnes” jelasnya.

Hari tak selalunya cerah! Kadang hujan di tengah hari. Setelah berjaya mempunyai 2 kilang di sekitar Puchong, Selangor. Puan Cat terpaksa membuat
keputusan untuk memindahkan operasi bisnesnya ke Sungai Petani, Kedah. Sekali lagi, beliau diduga dengan cabaran berbisnes.

99% pelanggan tetap yang dahulunya pernah mendapatkan perkhidmatan
beliau dalam bisnes hilang bahkan pekerjanya juga pergi meninggalkan
Puan Cat dan suami. Mereka terpaksa bermula dari bawah dengan hasil jualan
ketika itu hanya sekitar puluhan ribu ringgit sahaja.

“Dulu sanggup do or die sebab dah ada kilang dan perasaan selesa itu
ada tapi bila pindah operasi di Sungai Petani terpaksa mula semula dengan sales puluh ribu sahaja.”

Selama 12 tahun dalam bidang perniagaan tapi baru sekarang tersedar untuk dapatkan bimbingan dan ilmu bisnes yang betul.

“Kalau dulu kami tunggu orang datang kilang, tapi sekarang bila dah ada ilmu marketing yang betul lebih ramai orang yang nampak kita”

Awalnya, beliau sendiri tidak merancang untuk hadir ke kelas anjuran RichWorks tapi setelah termakan “hasutan” rakan, beliau termasuk program RichWorks dan ketika itu adalah program Millionaire Marketing Mastery (MMM) yang mana ketika itu beliau diajar untuk membuat LIVE di Facebook.

2 prinsip yang Puan Cat selalu pegang dalam bisnes, pertama ialah “Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada orang yang memerlukan.” Kedua, berkongsi rezeki yang mana ujarnya “Bersedekah is a powerful tools dalam bisnes.” asbab bersedekah itulah beliau kini berjaya konsisten beri ibunya duit belanja sebanyak RM 2,000 sebulan.

Selain itu, benda betul yang Puan Cat lakukan ialah dapatkan bimbingan yang betul. Beliau dapatkan bimbingan dari Mentorship SPIRE dan dari situlah beliau mula belajar cara untuk memantapkan lagi skill leadership beliau dalam bisnes.

“Rumah yang lama, susah nak ‘renovate’ balik berbanding dari yang tanah kosong nak bina rumah balik lagi senang tapi saya ini rumah yang ‘rosak’, perlu banyak lagi renovation,” ujarnya.

Beliau betulkan diri sendiri dan RichWorks juga banyak membantu beliau dari segi Leadership, kini boleh coaching, dan juga bercakap depan orang ramai.

“Bila ada ilmu, you akan sangat confident!”

Pencapaian Puan Cat & Qpack

Pencapaian terbesar Puan Cat ialah apabila berjaya mendapatkan bimbingan daripada RichWorks melalui Mentorship SPIRE pada Januari 2019 dan tahun yang sama pada November, beliau diterima masuk sebagai Ahli Titanium di RichWorks.

Pencapaian sales jualan pada tahun 2019 ialah sebanyak RM2.1 juta meningkat kepada RM3.5 juta pada 2020.

Mungkin ada antara kita mengalami keadaan sama seperti Puan Cat alami. Jangan mudah mengalah, teruskan usaha dan dapatkan ilmu bagi membina bisnes yang berjaya.

Artikel terbaru