Puan Siti Normah Bangkit Untuk Membesarkan Anak Selepas Kehilangan Insan Tersayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Puan Siti Normah Bangkit Untuk Membesarkan Anak Selepas Kehilangan Insan Tersayang

Sebelum bisnes, Puan Siti Normah Hasan yang merupakan Partner Circle SABELLA merupakan seorang tutor di universiti tempatan. 

“Lepas bersalin anak ke-4 saya berhenti kerja sebab saya nak jaga anak, tak sanggup bekerja dan tinggal anak di pusat pengasuh.” 

Beliau mula bisnes dengan menjual produk kesihatan, beliau berbisnes sambil bekerja. Selepas isytihar GST, jualan beliau drop dan perlu cari sumber lain untuk ada income selepas beliau ambil keputusan untuk berhenti kerja.

“Saya pernah jual pakaian. Jadi dropship sahaja pada tahun 2015. Masa itu saya terjumpa iklan di Facebook..”

Beliau pilih untuk berbisnes kerana beliau mahu anak-anaknya membesar di depan mata. Beliau juga tidak mahu bekerja makan gaji. Beliau rasai banyak cabaran masa itu, salah satunya bisnes beliau langsung tidak teratur.

Tapi, beliau tidak terlalu ambil kisah kerana bisnes yang dilakukan hanya untuk mencari duit sampingan. Suaminya yang menanggung segala perbelanjaaan keluarga di waktu itu.

Sehinggalah Puan Siti Normah diuji dengan kehilangan suami tercinta, masa itu beliau sangat lost. Beliau ditinggalkan suami di waktu dirinya tidak bersedia dan terpaksa membesarkan anak-anak yang masih kecil.

“Masa itu saya dah mula sedar. Kalau saya tak buat tindakan hidup saya dan anak-anak akan susah. Saya tak mahu anak-anak saya hidup susah. Saya nak mereka dapat rasai hidup yang sama macam kanak-kanak lain.”

Dari situlah turning point Puan Siti Normah muncul. Anak-anak menjadi pembakar semangat kepada beliau. Sejak daripada kejadian itu, beliau banyak memberi fokus kepada cara untuk membangunkan dirinya. Salah satu cara adalah dengan mempersiapkan diri dengan ilmu yang berguna.

“Saya mula join program RichWorks dan tengok video Datuk Wira Dr Azizan Osman di facebook. Saya mula rasa yakin. Lama kelamaan saya ikuti segala program yang dianjurkan. Dan saya berada di bawah bimbingan program mentoring sehingga kini.”

Dengan hanya menjadi dropship, kini beliau sudah berjaya sebagai seorang Master Stokis jutawan. Beliau mempunyai #teamAiEmpire. Siapa sangka ini akan terjadi? 

“Kalau saya tidak buat tindakan dulu, saya tak tahu lah apa akan jadi pada hidup saya dan anak-anak saya sekarang. Bukan setakat mampu bagi keselesaan untuk mereka sahaja, malah saya mampu bantu orang dekat luar sana tu jana pendapatan.”

Pencapaian Puan Siti Normah Hasan

Waktu di ZTM beliau banyak tengok result sale meningkat lepas mentoring, jadi beliau berjaya mendapat tempat untuk dibimbing di bawah bimbingan program mentoring SPIRE. Jualannya mencecah hampir RM800,000.

Beliau berjaya mencipta RM1 juta pertama pada Oktober 2020. Sehingga kini, beliau masih mengekalkan momentumnya dengan hasil jualan RM400,000. 

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan