Populariti Penting Dalam Bisnes?

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Zaman sudah berubah, dahulunya jarang kita melihat orang biasa-biasa macam kita boleh menjadi popular. Populariti selalunya dilihat pada artis, pelakon dan ahli-ahli politik yang sering keluar di media massa dan menjadikan mereka popular.

Hal ini disebabkan agak sukar untuk kita tampil ke media massa seperti televisyen, radio, surat khabar, majalah dan sebagainya berikutan kos tinggi dan platform alternatif yang terhad.

Tapi dalam era teknologi maklumat (IT) ini, dengan dunia tanpa sempadan menyaksikan manusia lebih mudah berhubung dan mempunyai lebih banyak platform untuk menonjolkan diri dan mencapai atau bertemu lebih banyak orang bukan saja di persekitaran mereka malah di mana-mana saja mereka berada menggunakan internet bersama platform media sosial.

Sehubungan itu, sesiapa saja boleh menjadi popular jika ia dibina dengan ilmu, strategi dan cara yang betul serta konsisten dalam jangka masa panjang. Bagaimanapun, ada saja orang menjadi popular dalam ‘sekelip mata’ selepas video atau perkara dilakukan viral lantas tersebar kepada ramai orang dalam masa yang singkat.

Populariti YouTuber

Contohnya, anda boleh lihat channel Youtube – Sugu Pavithra diusahakan pasangan suami isteri, S Pavithra dan suaminya M. Sugu dari Buntong, Ipoh yang menjadi fenomena terutama ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Siapa sangka hasil dari video pertama, dalam masa 4 hari saja mereka berjaya meraih 5,000 subscriber baru sehingga Youtube memilih untuk menjadikan mereka ‘rakan Youtube’.

Mereka telah menyertai Youtube pada 28 Januari 2020 dan setakat hari ini saja sudah mempunyai 811,000 subscriber dengan 17.5 juta tontonan kepada video resepi dan cara masakan mereka.

Tapi populariti ini juga tidak menjamin kejayaan seseorang atau bisnes yang dilakukan. Ia tidak dapat bertahan lama jika tidak dijaga dengan ilmu dan cara yang betul.

Contohnya, ada saja kita dapat lihat selebriti yang popular menceburkan diri untuk buat bisnes. Namun bukan semuanya dilihat dapat mengkekalkan bisnes dan berjaya meskipun mereka popular dan ada ramai pengikut.

Hal ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya paling utama adalah soal ilmu yang diperlukan, tindakan dan sistem betul dalam bisnes. Populariti seseorang tidak menjamin kepada kejayaan bisnes yang dilakukan oleh sesiapapun termasuk selebriti.

Kami ingin kongsikan dengan kisah berkaitan populariti ini melibatkan salah seorang anak didik MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman iaitu Puan Eriyca Baiduri yang mesra dipanggil Madammu.

“Pada awalnya Madammu hanya berkongsi minat secara Live di Facebook tanpa ada niat untuk memulakan perniagaan ini. Selepas lakukan Live secara konsisten dan followers meningkat dari 300 orang di Facebook bertambah ke 80,000 orang dalam masa kurang 2 bulan, Madammu buat keputusan untuk mulakan Noir”

Puan Eriyca Baiduri

Populariti dan followers beliau dibina dengan Live perkongsian secara konsisten malah dilakukan tanpa mengeluarkan kos marketing pun. Madammu sentiasa memegang kata-kata MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Bila buat Facebok Live jangan kira berapa orang yang tengok, kira berapa kerap live you tu boleh bantu ramai orang”.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Jenama Noir yang bermula pada 2017 kini telah dikenali ramai dengan jualan sehingga 29 November 2020 saja menyaksikan sebanyak RM28.3 juta berbanding sepanjang 2019 berjumlah RM18.3 juta.

Madammu mengakui bahawa kejayaan beliau tidak dapat dikecapi jika tiada bimbingan dari MenThor yang betul. Beliau mengikuti program-program RichWorks untuk mendapatkan ilmu-ilmu, strategi dan panduan penting antaranya soal leadership dan hala tuju dalam bisnes yang jelas.

Nampak tak, anda juga boleh menjadi seperti Madammu. Beliau hanya bermula dengan membuat Live di Facebook dengan memberikan nilai kepada orang ramai secara konsisten!

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Etika Jawab Panggilan Telefon

Etika Jawab Panggilan Telefon

Trend perniagaan pada hari ini lebih menggunakan medium laman sosial untuk mengendalikan urusan jual beli kerana ia lebih jelas dan butiran yang di sampaikan adalah

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Tips Untuk Anda Ditemu Bual

Sama ada anda dijemput untuk sesi Bual Bicara, ditemu bual atau anda sendiri mengelolakan rancangan Bual Bicara mahupun Live anda sendiri, ianya adalah bagus untuk