Pixar Berjaya Berikan Inspirasi Kepada Penonton. Apa Usahawan Boleh Belajar?

Pixar Berjaya Berikan Inspirasi Kepada Penonton. Apa Usahawan Boleh Belajar?

Anda ingat bagaimana kisah Princes Teana bertukar menjadi katak dan perjalanannya untuk bertukar semula menjadi manusia supaya dapat mencapai cita-citanya menjadi pengusaha restoran di Lousiana?

Anda pasti teruja menonton kisah bagaimana Lightning McQueen, sebuah kereta lumba berwarna merah yang terdampar di sebuah pekan lama, dan bagaimana perjalanannya untuk keluar dari pekan tersebut supaya dapat menjuarai acara lumba kereta bagi merebut Piston Cup?
Anda pasti dah tonton filem hero seisi keluarga Incredible, bagaimana mereka nak mengatasi masalah yang melanda kehidupan akibat si ayah yang selalu bertukar kerja dan bila super hero tidak lagi dilihat sebagai bernilai oleh mata masyarakat?

Pixar

Bagaimana pula dengan kisah Finding Nemo, Toy Story, Bugs Life, Tangled, Brave dan banyak lagi kisah animasi keluaran Pixar dan bagaimana mereka menyentuh hati dan menjadi inspirasi berjuta-juta penontonnya yang terdiri dari pelbagai lapisan umur dan bangsa di seluruh dunia?

Ingat lagi bagaimana kisah tikus yang pandai memasak dalam Ratatouille? Bagaimana kisah tersebut telah menginspirasikan ramai manusia ingin menceburi bidang masakan – atau paling tidak melihat resipi dan masakan dari perspektif yang berbeza?

Di sebalik jalan cerita setiap Pixar Movie ada motif dan matlamat tersendiri. Ianya direka cipta bukan sekadar untuk jamuan mata dan hiburan hati sahaja tetapi untuk menjadi inspirasi dan meninggalkan kesan mendalam ke atas penontonnya. Ianya bukan sekadar watak imaginasi pereka yang dicipta hanya berdasarkan suka-suka.

Sebagai contoh, kisah The Princess and The Frog yang berlatarbelakangkan sebuah kawasan paya dan pekan di Louisiana keluaran Pixar Movie pada tahun 2009 sebenarnya direka khas sempena mengingati peristiwa banjir besar dan taufan Katrina yang telah melumpuhkan dan merosakkan banyak harta benda di Louisiana, Amerika Syarikat. 

Ketika itu, ramai penduduk Louisiana yang kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang, dan kehilangan sumber pendapatan dan untuk memulihkan kembali semangat yang hilang, Pixar Movie menerbitkan semula cerita klasik kanak-kanak ini dengan jalan cerita dan watak yang diperbaiki – The Princess and The Frog.

Kunci kejayaan Pixar

Kunci kejayaan Pixar Movie adalah dari jalan ceritanya. Story telling adalah satu bentuk hiburan yang dikatakan wujud dari zaman neolitik lagi dimana ketika itu, manusia purba menggunakan dinding gua sebagai layar untuk mereka bercerita.

Orang Bushmen di Gurun Kalahari masih menggunakan teknik bercerita sambil mengelilingi unggun api sebagai salah satu cara hiburan di antara mereka. Malah, ramai orang terkenal menyampaikan ‘presentation’ mereka dalam bentuk cerita.

Siapa pun tak akan lupa ucapan yang disampaikan oleh Steve Jobs di  University Stanford – How To Live Before You Die.  Cara penyampaiannya dalam bentuk bercerita telah menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang, walaupun dia dah lama meninggal dunia.

Pixar – Apa usahawan boleh belajar :

Sebagai seorang usahawan, teknik story telling dalam membuat aktiviti pemasaran boleh dilihat sebagai satu teknik penting yang boleh digunakan dengan tujuan untuk memikat hati pelanggan.  Pixar Movie sebagai contoh telah menggunakan teknik ini sehingga mampu menghidupkan setiap wataknya, walaupun ianya adalah satu animasi.

Mana mungkin dalam dunia sebenar kereta boleh bercakap, ikan pandai berkata-kata, katak boleh menyanyi merdu dan tikus boleh membaca dan memasak tapi watak yang mereka cipta sebenarnya adalah sangat berkait rapat dengan watak manusia sebenar dalam kehidupan biasa.  Watak-wataknya sentiasa berhadapan dengan cabaran hidup dan bagaimana mereka mempunyai impian dan mahu sangat mencapai kejayaan – ini semua lumrah kehidupan.

Pixar juga menggunakan elemen ‘suspense’ di mana setiap watak akan berhadapan dengan cabaran, dan bila mereka rasa cabaran akan tamat dan akan ada ‘happy endings’ tiba-tiba datang satu lagi cabaran yang lebih besar dan lebih dahsyat yang menyebabkan hati penonton makin tersentuh.

Siapa ingat kisah Toy Story yang ketiga, apabila watak Andy yang telah remaja ingin menghantar barang-barang mainannya untuk disimpan di ruangan stor dan bagaimana Woody – barang mainan watak cowboynya terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencabar setelah dia dan kawan-kawan tercampak ke kawasan pelupusan sampah…detik-detik ‘barang mainan kesayangan Andy’ hampir terbakar membuatkan berjuta pasang mata yang menontonnya tak berkelip.

Permainan emosi dalam setiap hasil keluaran Pixar Movie adalah sangat memainkan peranan penting.  Berapa ramai dari anda yang tak percaya, anda boleh menitiskan air mata hanya kerana menonton animasi kereta yang boleh bercakap?

Berapa ramai yang rasa tersentuh hati bila menonton Finding Nemo dan Toy Story? Berapa ramai yang rasa kuat keinginan untuk mencapai impian selepas menonton Tangled, Frozen dan Brave? Semuanya adalah hasil garapan emosi yang dipaparkan sebaiknya oleh watak-watak animasi dalam Pixar Movie.

Story telling adalah satu teknik dalam marketing yang tak boleh anda abaikan.  Manusia suka mendengar cerita, dan manusia akan berikan tumpuan yang lebih kepada cerita berbanding fakta semata-mata. 

Dengan bercerita, anda boleh hubung kaitkan emosi pendengar dan pembaca dan anda mampu jadikan fakta dan informasi yang anda kongsikan jadi ‘lebih berbeza dan lebih berharga.”

Artikel terbaru

Leave a Reply