Bukan semua orang perlu menggunakan Facebook ads (FB Ads). Sebenarnya FB Ads ini tidak berkesan bagi semua perniagaan.
Berikut beberapa perkara yang perlu usahawa ketahui mengenai FB Ads ini. Antaranya kempen Fb ads yang efektif adalah bagi menghasilkan’ lead’ dan ‘conversion’.
Apakah itu lead generation (penghasilan lead) dalam Facebook Ads?
Penghasilan lead terjadi apabil seseorang itu menghantar borang dalam FB dengan butiran yang ditetapkan seperti nama, emel dan nombor telefon.
Kemudian, orang itu akan mendapatkan produk tertentu contohnya ebook dan sebagainya menerusi emel.
Bermakna, sebaik orang itu menghantar borang tersebut, dia sudah menjadi ‘lead’ bagi perniagaannya.
Bagaimanapun penghasilan lead ini tidak terhenti di situ saja, ia perlu dijaga, memberikan nilai tambah dan ambil masa untuk membentuk hubungan yang baik. Usahawan perlulah ada sistem susulan, tawaran yang bagus dan tahu siapa sasaran mereka serta macam mana nak mencapai mereka.
Penghasilan lead ini melalui FB ads memberikan cara untuk mencari klien berdasarkan spesifik bakal pelanggan yang dikehendaki. Anda juga boleh membuat retargeting semula kepada audiens berdasarkan seperti tontonan video atau siapa yang klik iklan yang dibuat.
Apakah Lead Conversian (Penukaran Lead) Facebook Ads?
Penukaran lead berlaku apabila pengguna klik pada FB ads yang dibuat dan kemudian dibawa kepada funnel atau saluran yang telah ditetapkan seperti landing page atau ke telegram akaun dan sebagainya.
Untuk berjaya buat penukan lead, anda perlu ketahui berapa langkah diperlukan untuk funnel anda dan bagaimana ia bertukar. Sebagai contoh, anda mempunyai funnel dengan bermula dari tawaran FB ad –> magnet lead –> landing page –> retarget.
Anda juga perlu tahu mengenai analitik kadar klik, berapa orang yang ditukar dan bila pengguna berhenti dalam funnel anda.
Facebook ads berkesan dengan tawaran yang betul
Paling penting, anda kena tahu apakah masalah dihadapi pelanggan yang perniagaan anda bantu selesaikan.
Jika anda tahu ini, anda benar-benar tahu perniagaan yang dijalankan dan sasaran pasaran yang betul.
Bukannya dengan hanya mengatakan “Istimewa atau Hari Terakhir” dan buat orang akan mahu mendapatkan produk atau servis ditawarkan.
Tawaran yang terbaik akan mensasarkan audiens spesifik, memberikan nilai seperti maklumat/ilmu percuma, berinteraksi, retarget semula dan tawar sesuatu boleh selesaikan masalah mereka.
Facebook ads perlu diuji
Jika semua telah dilakukan namun tak berhasil, maka anda perlu mengujinya dari awak. Melalui split test, uji pada pelbagai jenis audiens, kapsyen, gambar dan headline yang menarik.
Kesimpulannya apa yang dilihat, kebanyakan mereka berjaya menggunakan Facebook ads merupakan usahawan yang sanggup untuk uji dan mencuba tawaran baru atau bereksperimen.
Bagaimanapun, FB ads memerlukan peruntukan modal dan fleksibiliti oleh usahawan itu sendiri. Mereka ini tahu lead yang diperolehi nanti akan bawa return of investment (ROI) tinggi kepada perniagaan.
Bagi usahawan baru, sebenarnya anda tak perlukan FB ads. Melalui Zero Kos Marketing saja seperti yang dikongsikan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks sudah boleh bantu kembangkan perniagaan dan berjaya. Persoalan perlu anda tanya, adakah sudah menggunakan semua cara tanpa kos ini dalam perniagaan anda?
Usahawan perlu tahu di mana pasaran anda dan saiz serta platform mereka berada. Seperti ketika pandemik ini, ramai orang berada dalam plaform sosial media seperti FB dan Instagram.
Back to basic, ketahui apa penyelesaian kepada masalah dihadapi mereka. Bantu pelanggan anda, beri manfaat kepada mereka.