Bagi bangsa usahawan yang ada persediaan awal, mereka juga ‘beraya’ dengan menyediakan tawaran dan promosi tertentu sempena musim perayaan ini hinggakan ada yang sudah mencatatkan jualan luar biasa.
Contohnya, dua anak didik saya berkongsi kejayaan mereka apabila dalam tiga hari jualan terkumpul sudah cecah RM3 juta dan seorang lagi pula catat RM400,000.
Nasib atau dirancang
Adakah kejayaan mereka ini sebab nasib atau dirancang?
Umpama pepatah orang tua, ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.’
Kejayaan itu tidak datang begitu saja, tanpa usaha dan tindakan yang dilakukan oleh usahawan berkenaan.
Sebelum itu, pastinya mereka sudah pun membuat persediaan dan perancangan bagi membuat tawaran atau promosi tertentu sempena perayaan supaya menarik minat pelanggan.
Jika tiada persediaan, boleh saya katakan mustahil untuk mereka mencapai jualan sebegitu dalam masa singkat.
Siapa kata ramai orang sudah tak berbelanja? Tidak ada duit untuk membeli produk atau perkhidmatan anda?
Tidak, cuma ramai orang tak nampak bisnes anda. Orang berbelanja, cuma tak membeli dengan anda!
Sebab itu, saya selalu tekankan kepada usahawan untuk bertindak pantas. Apabila anda pantas bertindak maka hasil diperoleh lebih cepat berbanding orang lain.
Usah bertangguh lagi, Januari sudah pun berlalu dan kini sudah 6 Februari, apakah tindakan anda?
Sudahkah refleksi balik apa dibuat dan capai tak sasaran anda?
Jika belum capai, ambil masa sebentar untuk lihat di mana jurang atau lompang yang perlu dibaiki lagi.
Ruginya jika perniagaan anda masih berada pada tahap yang sama. Sedangkan banyak usahawan sudah agresif bertindak hingga nampak hasilnya.
Sekarang ini, waktu terbaik tingkatkan perniagaan meskipun ketika dalam ketidaktentuan pada 2022 ini.
Yakinlah, setiap masalah sebenarnya ada peluangnya. Bisnes juga lahir untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelanggan.
1 Comment
Alhamdulilah Syukur
Elmu yg diberi
Amin yrb
Tq Team RichWorks
👍👍👍