Mudah nak jadi usahawan? Ya, sekarang segalanya di hujung jari kita. Anda boleh mula berniaga meskipun dengan modal yang kecil malah zero modal bagi sesetengah dropship. Tapi ia juga memerlukan pengorbanan daripada diri anda sendiri, perkara biasa dilakukan perlu diubah dan lain-lain lagi.
Nak menjadi usahawan berjaya dan perniagaan berkembang adalah sebaliknya. Bukanlah perkara yang berlaku sekelip mata dalam tempoh yang singkat.
“Trust the process,” – MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman
Itulah antara yang selalu diingatkan beliau agar bangsa usahawan bersedia dengan cabaran dan halangan yang akan ada ketika menjalankan sesebuah perniagaan itu.
Kata bijak pandai, keusahawanan akan membuatkan anda hidup dalam keadaan yang orang lain tak mahukan, supaya nanti anda boleh meluangkan kehidupan anda seperti yang tidak mampu dilakukan orang lain.
Usahawan perlu membuat pengorbanan sama ada suka atau tidak suka.
5 pengorbanan yang dihadapi seorang usahawan :
- Masa lapang anda
Masa itu emas, mungkin kebanyakan usahawan di sini bila berniaga pasti mahu mencapai kebebasan masa. Namun sebelum itu, bila berniaga banyak masa malah tenaga perlu dikorbankan bagi memastikan segala perancangan dan strategi dapat dilaksanakan dengan baik.
Sebab itu, usahawan tidak boleh bertangguh-tangguh dan mengambil masa sendiri – isi masa lapang untuk mengelakkan dari ditinggalkan oleh pesaing.
- Waktu tidur
Pengorbanan anda, tiada lagi terlebih tidur. Hujung minggu sebelum menjadi usahawan mungkin boleh nak bangun lewat sedikit. Tapi sebagai usahawan anda perlu korbankan tidur sebegitu untuk mencapai kejayaan.
Anda bukan bekerja 8 jam sehari atau 40 jam seminggu. Sebaliknya ia lebih daripada itu meskipun anda sendiri boleh menentukan pada waktu atau jadual anda bekerja.
Untuk mendapatkan tidur 8 jam sehari adalah sesuatu yang tak realistik di mana kebiasaan usahawan hanya dapat tdur sekitar 5 ke 6 jam.
- Rakan-rakan
Bila menjadi usahawan, kemungkinan akan ada rakan-rakan yang menjauhikan diri daripada anda. Siapa ada mengalami perkara ini?
Jangan terkejut, ini merupakan perkara biasa hinggakan ada rakan yang mula berkata negatif mengenai anda. Abaikan saja kata-kata itu, fokus kepada rakan-rakan positif yang masih berikan sokongan untuk anda berjaya, insyaAllah.
Bagaimanapun, anda juga akan dapat bertemu dengan rakan baru yang berkongsikan pemikiran yang sama macam anda dan dapat bentuk circles.
Circles yang baik ini dapat bantu memberi sokongan antara satu sama lain.
- Perhubungan
Ini suatu aspek yang juga mencabar dan boleh menimbulkan masalah jika tidak ditangani dengan sebaiknya. Kefahaman antara satu sama lain perlu dicari bagi memastikan hubungan dan kerja dapat diseimbangkan.
Jika anda mempunyai pasangan yang memahami dan memberikan sokongan penuh, anda juga perlu memberikan perhatian yang sebaiknya bila waktu dengan dia.
Bagi yang masih bujang, pastikan anda membahagikan masa kerja dan masa bersama keluarga atau santai bila diperlukan.
- Kestabilan
Usahawan mengorbankan kestabilan bila mana sebelum ini mereka bekerja di sesebuah organisasi dan sebagainya. Ia lebih stabil dengan setiap hujung bulan akan mendapat gaji – safety net namun dengan keadaan krisis pandemik ini tiada jaminan lagi.
Bagi mereka yang terus menjadi usahawan sepenuh masa, anda mengambil risiko besar bagi menjalankan bisnes yang tidak tahu lagi macam mana hasilnya kelak.
Ingat seorang usahawan itu mempunyai keinginan yang tinggi, sanggup bertindak luar biasa di luar kebiasaan mereka untuk mencapai matlamat masing-masing.
Bagaimanapun, jangan pula bertindak hingga meletakkan keluarga dan insan tersayang anda dalam situasi bahaya pula.