Pengasas IKEA, Bermula Dengan Jual Mancis Pada Usia 5 Tahun

IKEA

IKEA terkenal dengan rekaan yang ringkas tetapi menarik serta menjimatkan ruang.

Untuk menambah pendapatan, ada juga yang memilih jadi personal shopper barangan IKEA. Jika tidak membeli, mungkin anda pernah menikmati kelazatan meatball.

Tetapi tahukah anda? Pengasas syarikat dari Sweden ini bermula dengan hanya menjual mancis sahaja!

Ingvar jual mancis di usia 5 tahun

Pengasas IKEA, Ingvar Feodor Kamprad dilahirkan pada 30 Mac 1926 di sebuah ladang kecil Elmtaryd. Kawasan tersebut agak mundur dan kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pertanian.

Seawal usia 5 tahun, Ingrav mula menjual mancis kepada jiran-jirannya.

Pada usia 10 tahun, Ingrav mengayuh basikal dari kampungnya ke Stockholm untuk membeli mancis, untuk dijual semula kepada penduduk kampungnya. Seterusnya, Igrav mula mengembangkan perniagaan kecilnya itu dengan menjual dekorasi pokok krismas, pen, pensil, ikan, dan juga benih bunga.

Usia 17 tahun tubuh IKEA

Walau mengalami masalah dyslexia (berkaitan membaca), Ingrav mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran. Ekoran kejayaan itu, bapanya memberikan sejumlah wang sebagai hadiah. Hadiah itu digunakan untuk menubuhkan IKEA. Ketika itu, Igrav baru berusia 17 tahun.

Perabot rekaan sendiri

Pada tahun 1947, beliau mula menjual perabot yang dihasilkan oleh pengeluar tempatan. Namun, usahasama itu  dihentikan kerana pengeluar mendakwa Ingrav membeli produk mereka dengan harga terlalu murah sekali gus memaksanya mengeluarkan perabot rekaan sendiri.

Ingrav menggunakan konsep flat pack ke atas produk keluaran IKEA dengan ciri simple, mudah dipasang dan harga berpatutan.

Dengan rekaan menarik, minimalis dan moden kini bisnes IKEA berkembang dengan sangat maju. IKEA mempunyai 300 gudang di 38 buah negara.

Penghargaan Tinggi Kepada Ingrav

Ketika Ingrav meninggal dunia pada Januari 2018, Menteri Luar Negeri Sweden, Margot Wallström memberi penghargaan tinggi kepada beliau. Katanya, Ingvar telah meletakkan nama Sweden pada nilai tertinggi di peta dunia.

Ingvar juga adalah usahawan yang berjaya memperkenalkan Sweden di persada dunia. Buktinya, warna bendera Sweden, biru dan kuning digunakan sebagai simbol warna IKEA.

Produk IKEA bukan sahaja laris malah matlamat Ingrav untuk berkhidmat kepada masyarakat  melalui produknya menjadi faktor utama beliau berniaga. Jadilah insan yang memberi manfaat kepada insan lain, agama, bangsa dan negara. 

Artikel terbaru

7 Comments

Leave a Reply