Pemasaran Dan Jualan

Pemasaran dan jualan adalah bahagian penting dalam perniagaan. Jika pemasaran dan jualan ini tidak ada dalam sesebuah perniagaan, ini bermakna perniagaan itu tidak mampu memberi hasil keuntungan. Pemasaran adalah strategi untuk mendapatkan jualan. Kedua-duanya berkait rapat. Tanpa pemasaran, mungkin jualan hanya cukup makan atau mungkin tiada langsung.

Apakah tunjuan sesebuah pemasaran?

  • Untuk bagi orang nampak produk / servis anda
  • Untuk bagi orang kenal produk / servis anda
  • Untuk bagi orang percaya produk / servis anda
  • Untuk bagi orang suka produk / servis anda

Pemasaran ini perlu berlaku supaya permintaan untuk jualan meningkat.

Ada dua jenis permasaran yang wujud dalam bidang perniagaan iaitu pemasaran berbayar (Paid Marketing) atau pemasaran secara percuma (Zero Cost Marketing).

Contoh bagi pemasaran berbayar (Paid Marketing) adalah iklan radio, stesen tv, billboard.

Contoh bagi pemasaran secara percuma (Zero Cost Marketing) pula ialah media sosial yang tidak memerlukan kos seperti Facebook, Instagram, Shopee, Lazada, Tik Tok dan You Tube.

Pilihan strategi pemasaran ini dapat membantu meningkatkan jualan yang anda sasarkan. Semakin kerap anda melakukan aktiviti pemasaran, semakin tinggi peluang jualan anda untuk meningkat.

Apakah Jualan?

Jualan adalah satu aktiviti pembelian sesuatu produk / servis kepada pihak lain dengan mendapatkan ganti berupa wang dari pihak tersebut. Jualan ada beberapa jenis iaitu:

  1. Penjualan Tunai

Penjualan dengan jenis tunai adalah pembayaran dilakukan oleh pembeli secara tunai dan selesai dalam satu kali transaksi.

  • Penjualan Kredit

Jenis penjualan kredit merupakan jenis penjualan yang pembayarannya dilakukan dengan cara hutang dalam waktu tertentu. Jumlah hutangnya disesuaikan dengan berapa lama kredit yang diambil. Biasanya, penjual akan menambahkan bunga untuk setiap hutang tetapi ada juga yang tanpa bunga.

  • Penjualan Online

Ini adalah strategi mudah tanpa perlu bertemu pelanggan. Pada masa teknologi internet yang sedang berkembang, ramai pengguna suka membuat urusan melalui online. Di Malaysia ada pembayaran TouchNgo Online, Grab Pay, dan transaksi bank online.

Tidak kira apa strategi jualan anda, anda perlu bijak merekod dan jangan membiarkan tanpa pantauan. Anda perlu tahu bahawa jualan mempunyai tujuan bukan sekadar kelangsungan bisnes semata-mata. Antara tujuan jualan adalah:

Mengenal pasti permintaan produk/servis itu sendiri:

Dari penjualan, anda akan tahu produk/servis anda berjalan lancar atau tidak. Dari situ juga anda akan tahu berapa permintaan/tempahan dan mengenal pasti jika ada kekurangan stok. Seterusnya, anda boleh membuat sasaran jualan dengan melakukan pemasaran yang sesuai.

Pertumbuhan Bisnes

Penjualan yang tinggi akan memudahkan bisnes untuk berkembang dengan pesat. Semakin tinggi angka penjualan bererti semakin tinggi pula keuntungan yang diperoleh perusahaan. Jualan yang sentiasa meningkat melambangkan pertumbuhan sesuatu bisnes. Begitu juga sebaliknya. Keuntungan dari jualan mampu digunakan untuk mengembangkan lagi bisnes ada seperti menambah cawangan, membesarkan perniagaan dan membuat urusan pemasaran berbayar jika perlu.

Dengan gabungan strategi pemasaran dan jualan yang betul, anda akan mencapai sasaran yang anda inginkan dalam perniagaa. Adalah menjadi kesilapan peniaga apabila menjual tanpa membuat strategi pemasaran. Jika anda ingin produk / servis anda menonjol dari pesaing anda, anda perlu memberi tumpuan pada aspek ini.

Namun anda tidak seharusnya melabur wang terlalu banyak dalam pemasaran semata-mata. Ada pelbagai strategi membuat pemasaran yang berkesan tanpa perlu modal yang banyak atau tanpa kos. Anda cuma perlu mempelajarinya supaya anda tidak ketinggalan.

Artikel terbaru

2 Comments

  • Nancy Mohan

    Hi , I’m Nancy here. Founder of DN EDULAB TUITION. I market my tuition in social media alot but my business still cannot grow. Why ? What is my weakeness in business?

    • Team RichWorks

      Hai Ms Nancy. Thanks for your comment. If there any inquiries about business, do not hesitate to contact our team (0192442244). Have a nice day!

Leave a Reply