Peluang Bisnes Musim Kembali ke Sekolah: Strategi untuk Usahawan

Sekilas Pandang

OBJEKTIF

RUMUSAN

Musim kembali ke sekolah menawarkan pelbagai peluang perniagaan kepada SME, terutamanya dalam sektor seperti runcit dan pendidikan. Dengan memahami keperluan pasaran dan merancang strategi yang sesuai, usahawan dapat meningkatkan jualan dan memperkukuhkan jenama mereka.

Laporan terbaru daripada National Retail Federation (NRF) dan Deloitte Consumer Industry Center menjangkakan perbelanjaan musim ini kekal stabil, namun ibu bapa lebih memilih nilai berbanding kesetian jenama kerena kenaikan harga yang berterusan.

Trend yang bermula sejak pandemik semakin berkembang, dengan penyelesaian digital – baik di kedai fizikal mahupun dalam talian kekal menjadi pilihan utama. Keselesaan pengguna dengan teknologi ini, digabungkan dengan kemudahan penghantaran dan pengambilan barang, mengubah cara serta tempat mereka berbelanja untuk keperluan sekolah.

Artikel ini akan mengupas trend terkini dan strategi persediaan yang dapat membantu SME berkembang disokong oleh statistik dan pandangan terkini semasa musim kembali ke sekolah.

Maksimumkan Jualan Musim Kembali ke Sekolah

Persiapan Awal untuk Jualan Maksimum

Sumber: NRF and Prosper Insights and Analytics

Peluang Strategik

  1. Semak sejarah pembelian kedai anda dari musim lalu – Gunakan sistem titik jualan (POS system) atau sistem pengurusan jualan untuk mengenal pasti produk paling laris
  2. Bandingkan harga pesaing – Gunakan data ini untuk merancang strategi penetapan harga dan merchandising.
  3. Pantau trend peruncitan terkini – Kenali keperluan sekolah di kawasan anda atau promosi yang sedang menjadi trend supaya anda dapat menyesuaikan strategi anda
  4. Sediakan stok barangan asas yang paling laris – Gunakan sistem POS untuk memantau inventori secara efisien dan elakkan kekurangan stok

Kemudahan Terus Menjadi Keutamaan

Industry: Retail

Sumber: Deloitte

Peluang Strategik

  1. Tingkatkan pengalaman pengambilan di kedai – Pelanggan boleh membeli dalam talian dan datang ke kedai untuk melakukan transaksi dengan pembayaran secara langsung, menggunakan BOPIS, atau memilih “curbside pickup”
  2. Tawarkan pembelian melalui media sosial – Dengan menyediakan kedai di Facebook, pos yang boleh dibeli di Instagram, atau kedai di Tiktok, anda dapat memudahkan pengguna membeli dengan lebih cepat dan efisien. Mereka tidak perlu melawat kedai dalam talian anda; cukup hanya melayari kedai di profil anda. 

Value-Based Buying: Tarik Pelanggan dengan Tawaran Bijak

Industry: Retail

Lakukan pemasaran secara dalam talian:

Peluang Strategik

  1. Pakej Kombo untuk Penjimatan – Tawarkan pakej kombo “kembali ke sekolah” yang menggabungkan produk seperti alat tulis, beg sekolah, dan botol air pada harga istimewa
  2. Promosi Khas untuk Pelanggan Setia – Berikan ganjaran kepada pelanggan setia dengan diskaun ekslusif atau mata ganjaran untuk pembelian kembali ke sekolah

Permintaan Tinggi Kelas Tuisyen: Peluang untuk SME dalam Industri Pendidikan

Industry: Education

Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di pelbagai negara maju dan membangun

Sumber: Astro Awani

Peluang Strategik

  1. Tawarkan Program Promosi Kembali ke Sekolah – Sediakan pakej tuisyen istimewa atau diskaun bagi pendaftaran awal
  2. Aktif di Media Sosial – Kongsi testimoni kejayaan pelajar bagaimana tuisyen membantu
  3. Pakej Langganan Bulanan – Sediakan pakej bulanan yang fleksibel untuk menarik ibu bapa merancang bajet pendidikan anak-anak
  4. Fokus pada Pendekatan Digital – Platform online dan kelas hibrid

Artikel berkaitan

Leave a Reply