Berapa ramai pekerja di syarikat anda? Apakah yang anda pentingkan, kualiti atau kuantiti?
Pekerja yang berkualiti adalah aset utama sesebuah organisasi.
Kualiti kerja adalah bagaimana sesuatu kerja itu dilaksanakan dan output daripadanya adakah berjaya memenuhi ekspektasi yang diperlukan.
Di dalam Islam, bekerja adalah suatu amanah yang menuntut kekuatan mental, fizikal dan rohani seseorang. Bekerja di dalam Islam juga adalah perkara yang berkait rapat dengan etika dan moral untuk menghasilkan kerja berkualiti kerana di situlah kerja akan dinilai sebagai ibadah di sisi Allah SWT.
Jika kita melihat definisi kualiti itu sendiri menerusi Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, ia ditakrifkan sebagai darjah kecermerlangan yang pada kebiasaannya adalah tinggi atau bermutu. Kualiti kerja sememangnya amat dititik beratkan di dalam sesebuah pengurusan organisasi kerana tanpanya akan pincanglah fungsi, kemandirian dan kelangsungan organisasi itu.
Malah, Mentor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman turut menekankan ilmu kepimpinan supaya dapat membimbing dan menjadi contoh kepada pekerja dan pasukan sekali gus melahirkan pekerja yang berkualiti.
Apakah ciri-ciri pekerja yang berkualiti?
1. Intergriti dan kejujuran
Integriti merujuk kepada sifat jujur dan telus dalam menjaga nama baik daripada melakukan sebarang bentuk penyelewengan.
Seseorang yang tiada kesedaran integriti dalam dirinya, pasti akan menganggap segala perlakukan dan tingkah lakunya tidak salah dari sudut etika kerja.
Walhal sebenarnya, ia akan menjejaskan reputasi diri sendiri dan organisasi.
Intergriti merupakan ciri yang paling penting bukan sahaja untuk kejayaan dalam kehidupan tetapi termasuk di tempat kerja.
Tahap intergriti pekerja boleh dinilai melalui sejauh mana mereka jujur dengan diri sendiri.
Kebanyakan masa, mereka akan bersikap jujur dengan majikan dan rakan-rakan kerja jika mereka mampu bersikap jujur dengan diri sendiri.
Dengan bersikap jujur dan amanah, anda dapat melihat perbezaan kualiti diri yang ketara berbanding pekerja-pekerja yang lain.
2. Kecerdasan
Kecerdasan dalam konteks ini bermaksud keupayaan untuk merancang, menganjur, menetapkan keutamaan, menyelesaikan masalah dan menyelesaikan tugasan yang diberi.
Kecerdasan merujuk kepada tahap akal dan keupayaan praktikal pekerja dalam menangani cabaran dunia pekerjaan.
Bukan anak-anak yang pergi sekolah sahaja kita beratkan mengenai kecerdasan, yang dah bekerja pun perlu kekal cerdas dan cergas, barulah produktiviti meningkat.
Salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh majikan menilai tahap kecerdasan pekerja adalah melalui cara soalan yang ditanya. Seseorang pekerja boleh menunjukkan tahap kecerdasan dengan bertanyakan soalan dan mendengar jawapan yang baik.
3. Kepimpinan
Kepimpinan dalam konteks ini adalah pekerja yang ingin dan sanggup menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan.
Selalunya, pekerja seperti ini menunjukkan bahawa mereka bersedia untuk menjadi pemimpin dengan menawarkan diri untuk berusaha mencari strategi untuk mencapai matlamat syarikat dan mengekalkan reputasi syarikat.
Berdasarkan pengalaman anak didik RichWorks, terdapat pengasas yang melantik pekerjanya sebagai pengasas bersama kerana kualiti yang dibuktikan oleh pekerja tersebut.
4. Mudah berkerjasama
Tidak bersifat seperti kera sumbang yang tidak suka bergaul dengan orang lain.
Kerjasama adalah kunci kejayaan. Dalam sebuah syarikat atau pasukan, kerjasama yang erat dan saling menyokong antara satu dengan lain amat penting.
5. Keupayaan bersabar
Sifat ini oleh dilihat jelas oleh majikan ketika sesi temu duga. Jika pekerja kelihatan tenang ketika sesi temu duga, perkerja tersebut menunjukkan bahawa dia berkemungkinan besar akan mampu bersabar dan kekal tenang ketika berdepan dengan masalah atau krisis.
Contohnya sewaktu berdepan pandemic Covid-19, situasi yang tak siapa menduga namun perlu ditangani dengan sabar dan bijak sana.
Dalam pada kita mencari pekerja yang berkualiti, bersama-sama kita memastikan supaya setiap daripada kita mempunyai akhlak yang baik bagi melahirkan individu yang ikhlas, amanah dan berintegriti.
Sebagai majikan, anda juga mesti menunjukan contoh dan teladan yang baik agar dicontohi oleh pekerja.
Apabila sifat mulia itu mampu dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dalam bidang pekerjaan atau dalam kehidupan seharian, maka sudah pasti ia akan melahirkan masyarakat dan negara yang terus maju.Ia juga membantu meningkatkan maruah diri sendiri.