Tahukah anda, papan tanda (signboard) bisnes boleh menunjukkan kredibiliti perniagaan anda. Kesilapan ramai orang ialah tidak menggunakan signboard perniagaan di premis perniagaan atau menggunakan papan tanda yang dah buruk, reput, pudar dan sudah kelabu.
Signboard yang besar, dan cerah memudahkan orang ramai untuk mengenalpasti perniagaan anda. Ianya juga adalah bentuk iklan terbaik disamping menunjukkan imej perniagaan anda.
5 ciri-ciri papan tanda selalu digunakan bisnes ternama :
1) Sangat besar – ‘Oversize’. Dari jauh dah boleh nampak. Signboard Perniagaan selalunya memerlukan kos yang agak tinggi. Signboard besar menunjukkan kemampuan dan kestabilan sesebuah syarikat yang menggunakannya.
2) Warna yang menarik – Penggunaan warna terang dan kadang-kadang agak dramatik.
3) Tidak sarat dan penuh – Tak perlu untuk letakkan semua maklumat di atas signboard perniagaan. Cukup sekadar nama atau nombor untuk dihubungi.
4) Bercahaya – Papan tanda perniagaan yang menggunakan lampu yang bewarna warni boleh menjadi tarikan kepada perniagaan
5) Elemen mudah diingati – penggunaan font, susun atur, gambar yang berbeza mungkin dapat membantu orang ramai untuk mengingati perniagaan anda. Contoh, jika di Hollywood ada banyak tanda nama perniagaan yang bewarna warni, bercahaya dan menarik. Tanda nama Hollywood itu sendiri tidak selari, kerana di letakkan di kawasan berbukit dan ini menjadikannya unik.
3 Comments
Besar + Unik + Simple.
MULA orang NAMPAK.
Bagaimana syarikat kami nak bekerjasama dengan richworks? Atau jadi rakan Bisnes.
Terima kasih.
Terima kasih atas comment anda. Sebarang pertanyaan tentang RichWorks, boleh WhatsApp kami di 0192442244.