Pada 2020 secara keseluruhan, ekonomi negara menguncup sebanyak 5.6 peratus berikutan pandemik dengan sekatan pergerakan terutamanya perjalanan antara daerah dan antara negeri, menjejaskan kegiatan ekonomi pada suku keempat..
Bagaimanapun, permintaan luaran terus bertambah baik telah menyokong pertumbuhan. Namun pandemik C0vid-19 menyaksikan negara berdepan bukan saja krisis kesihatan malah krisis ekonomi yang menjejaskan ekonomi negara dan masyarakat.
Betul. Kita sendiri tak mampu nak betulkan keadaan ekonomi negara dan dunia tapi sekurang-kurangnya kita mampu perbaiki ekonomi diri sendiri. Adalah sangat bagus jika dalam keadaan ketika ini, kita masih boleh berbelanja seperti biasa, bersedekah dengan lebih banyak dan menikmati kehidupan seperti biasa tanpa sebarang kerisauan.
Namun, hakikatnya tak semua dari kita yang mampu melakukannya. Ramai bangsa Malaysia terutamanya bangsa kita kini hanya hidup dalam kerisauan, risau melihat pelbagai isu negara dan keadaan ekonomi ketika ini.
Bangsa Yang Risau
Bangsa Malaysia kita risau kerana kita rasa kita tidak dapat menentukan masa depan kita. Tapi antara cara yang terbaik untuk memperbaiki ekonomi diri sendiri adalah dengan ilmu.
Anda bertanya, apakah ilmu yang dapat membantu anda hari ini? Ilmu tentang pengurusan kewangan seperti menabung, cara berjimat, cara menyelesaikan hutang, ilmu pelaburan, ilmu berniaga dan banyak lagi ilmu tentang bagaimana anda boleh meningkatkan dan menguasai tahap kewangan anda dan keluarga.
Dengan memahami bagaimana kita boleh tingkatkan kehidupan dan pendapatan kita melalui perniagaan atau pelaburan, walaupun dengan berniaga secara kecil-kecilan, ia mampu meringankan beban kewangan kita.
Apatah lagi, dalam dunia tanpa sempadan kita boleh belajar bermacam-macam ilmu terutama bisnes secara online. Malah ada saja program-program disediakan untuk menyediakan anda dengan ilmu bisnes secara percuma.
Seperti di RichWorks, setiap hari Sabtu pada Februari dan Mac 2021 ini menyediakan Seminar Virtual Online Bina Bisnes Berjaya dari 8:00 pagi hingga 10:00 malam yang 100% percuma kepada bangsa usahawan dan mereka yang mahu mengubah ekonomi diri sendiri.
Sekurang-kurangnya kita mampu hadapi hujung bulan dengan sebuah senyuman. Moga kita semua mampu mengharungi tempoh mencabar masa ini dan semoga ekonomi negara pulih dan semakin baik lagi.