Mr Pepper : Founder Sebelum Belajar Ilmu Marketing, Sales Cuma RM10,000 Sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Mr Pepper : Founder Sebelum Belajar Ilmu Marketing, Sales Cuma RM10,000 Sebulan

Founder Mr Pepper, Tuan Fahmy Jamil merupakan seorang bekas tentera yang telah menamatkan perkhidmatan pada pertengahan tahun lalu. Sehingga Februari 2021, beliau telah memberikan perhatian sepenuh masa terhadap perniagaannya.

Sebelum wujudnya Mr. Pepper, Tuan Fahmy juga pernah menjalankan pelbagai jenis perniagaan.

“Saya pernah jual baju baby, ambil dari supplier China. Buka car boat sale jual di pasar. Saya juga pernah jual rumpai laut, collagen, kerepek dan kuih raya..”

Tetapi, perniagaannya sebelum ini tidak menjadi-jadi. Yalah, pada masa itu beliau juga tidak betul-betul serius dan hanya sekadar nak mencuba.

Perjalanan Mr Pepper :

Beliau mulakan perniagaan kambing perap secara serius pada 2015 yang mana ketika itu beliau bina kandang kambing di halaman rumah ibu mertuanya sahaja.

Beliau mengaku kesilapan pada ketika itu adalah pada mindset, baginya untuk mulakan perniagaan memerlukan modal yang besar.

Pada masa menguruskan perniagaan kambingnya, beliau mula sedar akan cabaran-cabaran lain yang mendatang antaranya cash flow dan tumbesaran kambing belaan.

“Along the journey, banyak cabaran yang berlaku kepada saya. Saya langsung tak duga ia akan terjadi. Saya hanya ikut kepala saya sendiri, tidak ada ilmu bisnes. Saya sangat struggle untuk survive dan selamatkan bisnes saya pada ketika itu.”

Tuan Fahmy

Malah beban hutang beliau pada ketika itu semakin bertambah sehingga mencecah RM170,000.  Turning point Tuan Fahmy muncul apabila beliau melihat slip gaji isterinya, jumlah gaji yang diterima semakin kecil akibat hutang yang perlu dibayar.

Nak Ubah Hidup 2019 buatkan Tuan Fahmy sedar :

Beliau mula terpanggil untuk lebih mendalami ilmu bisnes. Dari situ beliau mula mengenali RichWorks. Program pertama yang disertai Tuan Fahmy adalah Nak Ubah hidup (NUH) pada 2019.

“Saya ambil cuti semata-mata nak sertai kelas ini. Saya juga alami kesukaran pada ketika itu apabila pendaftaran telah ditutup. Tapi saya tidak mengalah, saya cari di Facebook siapa yang nak jual tiket NUH pada saya. Alhamdulillah, urusan saya dipermudahkan..”

Melalui program NUH, beliau mula nampak dirinya melalui perspektif yang berbeza. Beliau mula sedar daripada kata-kata Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa setiap orang ada potensi untuk berjaya.

Perjalanan beliau tidak terhenti di situ sahaja, beliau kemudiannya menyertai program MMM untuk belajar dengan lebih mendalam ilmu berkaitan strategi marketing.

“Saya mula nampak trend jualan saya semakin meningkat selepas saya apply apa yang saya belajar melalui program tersebut. Momentum sudah start ada. Saya pergi class EFP untuk belajar cara urus cash flow pula!”

Kini, dengan semangat dan komited yang ditunjukkan beliau dalam pengurusan dan peningkatan bisnes yang semakin maju Tuan Jamil sudah pun berjaya mendapatkan bimbingan secara dekat melalui program mentoring TITANIUM pada Julai 2020.

Beliau juga selalu pesan pada team Pepperians, “Buat bisnes kita tak boleh sekadar cuba-cuba, kita perlu ada masa supaya kita beri fokus untuk betul-betul buat sampai jadi..”

Pencapaian Mr Pepper :

Sebelum ini, Tuan Fahmy telah menyertai program mentoring SPIRE pada Januari 2020 dan dalam masa 6 bulan saja iaitu Jun 2020 mencapai jualan RM1 juta pertama.

Jumlah jualan Mr Pepper pada tahun 2020 saja berjaya mencecah sehingga RM2.9 juta. Dalam dua bulan tahun ini, jualan beliau sudah pun mencapai RM425,771.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

7 Tips Hasilkan eBook

7 Tips Hasilkan eBook

Mesti anda tertanya-tanya apabila anda buka Blog atau page seseorang di laman web, akan keluar ‘pop up’ yang meminta anda mengisi maklumat seperti nama dan

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

9 Kesilapan Berniaga Di Media Sosial

Seronok berniaga secara online? Senang dan mudah untuk dilakukan terutama bagi mereka yang baru berniaga. Tapi tahukah anda ada beberapa kesilapan yang selalu peniaga lakukan