MoU: Usahawan wanita Gerakwanis & Negarawati bakal diperkasa dengan ilmu dan strategi terbukti RichWorks

MoU antara RichWorks bersama Gerakwanis dan Negarawati

Usahawan wanita yang menganggotai dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat berpeluang mendapatkan latihan khusus daripada syarikat peneraju bimbingan dan latihan keusahawanan di negara, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) hasil kolaborasi strategik melalui MoU dimeterai baru-baru ini.

Ketua Pegawai Perniagaan (CBO) RichWorks, Radz Mohd. berkata, kolaborasi tersebut dimeterai bersama Persatuan Gerak Wanita Islam Malaysia (Gerakwanis) dan Pertubuhan Negarawati Tanahair (Negarawati) yang mempunyai keahlian di seluruh negara.

Katanya, mereka ini terdiri daripada wanita bekerjaya, berbisnes, suri rumah bahkan ibu tunggal di seluruh negara.

“RichWorks yang diasaskan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sejak 16 tahun lalu sentiasa terbuka untuk berkolaborasi dengan mana-mana pihak yang serius nak dibantu.

“Kolaborasi ini bukannya baru bagi kami, di mana sepertimana diketahui RichWorks juga ada jalinkan kerjasama untuk melahirkan ‘usahawan jutawan desa’ bersama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah melalui Kelab Usahawan 1 Juta (KU1J) sebelum ini.”

CBO RichWorks, Radz Mohd.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Bimbingan dan Mentoran RichWorks, Hafiz Jasmi dan Pengerusi Gerakwanis dan Negarawati, Hajah Bibi Sunita Sakandar Khan.

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara RichWorks diwakili Radz dan disaksikan Hafiz bersama Gerakwanis dan Negarawati diwakili Bibi dan disaksikan Ketua Biro Keusahawanan & Ekonomi Negarawati, Hariyati Ismail dan Ketua Biro Pengurusan Program & Aktiviti Gerakwanis, Halimah Halim.

Pada 2021 juga, RichWorks pernah menjalankan program khas bersama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Wanita Bangkit Berniaga (WBB) dengan mendapat hampir 40,000 penyertaan.

“Semua ini mustahil berlaku sekiranya RichWorks dan Dr. Azizan tidak ada bukti dan keupayaan dalam membina usahawan-usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya.
“Apatah lagi, ketika kita sebenarnya di persimpangan penting yang bakal menyaksikan perubahan cara kerja dan kehidupan ini dengan inovasi dan teknologi kepintaran buatan (Ai).”

CBO RichWorks, Radz Mohd.

Sementara itu, Bibi memberitahu, pihaknya sangat menghargai peluang yang diberikan pihak RichWorks untuk berkolaborasi dalam melatih wanita-wanita yang ada di bawah organisasi mereka.

“Kami percaya, RichWorks bersama Dr. Azizan mempunyai keupayaan dan kepakaran dalam melatih bangsa usahawan untuk alami pertumbuhan dalam perniagaan.

“Semua orang boleh lakukan perniagaan, nampak macam mudah tapi kami lihat tanpa ilmu dan strategi yang betul akan buatkan mereka buang masa dan lebih teruk boleh gulung tikar pada waktu ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar kaum wanita terutamanya dalam Gerakwanis dan Negarawati agar gunakan peluang yang ada untuk belajar bagi tingkatkan kapasiti diri sebagai seorang usahawan berjaya bahkan jutawan suatu hari nanti.

Sekiranya, ada usahawan wanita di luar sana yang nak dibantu boleh terus hubungi pasukan RichWorks dengan layari laman web ini www.klinikusahawan.com.

Artikel terbaru

Leave a Reply