Berita gembira dengan lanjutan moratorium buat rakyat Malaysia terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Mikro yang terjejas ekoran pandemik ketika ini.
Lanjutan moratorium diumumkan yang akan disalurkan dalam bentuk penangguhan, pengurangan dan penjadualan semula pinjaman kepada semua rakyat Malaysia.
Jelas Menteri Kewangan, Senator Tengku Dato’ Seri Zafrul Abdul Aziz pada Khamis lalu, lanjutan moratorium bank secara automatik akan diberikan kepada golongan B40 dan peniaga kecil sahaja.
Manakala, bagi golongan M40 pula hanya perlu membuat pengisytiharan sendiri tanpa perlu sebarang dokumen.
Bagi yang lain, mereka boleh mendapatkan moratorium dengan memohon kepada pihak bank masing-masing.
“Prinsip utama adalah tanggungjawab dan keadilan. Adakah adil mereka yang kaya dan lebih dari mampu untuk membayar hutang diberikan moratorium.
“Bukankah baik mereka membayar hutang supaya masuk ke sistem perbankan untuk menjana lebih banyak pinjaman khususnya kepada perniagaan dan industri yang menampung dan mencipta pekerjaan untuk rakyat,” katanya semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan 2021) di Dewan Rakyat.
Belanjawan 2021 ini telah pun diluluskan di peringkat dasar dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Sehubungan itu, PKS Mikro dan golongan B40 dapat memilih :
- Moratorium tiga bulan atau ;
- Pengurangan 50% ansuran bulanan mereka selama 6 bulan.
Selain itu, pengeluaran i-Sinar KWSP akan diperluaskan daripada dua juta kepada lapan juta pencarum KWSP yang terjejas akibat COVID-19 dan meningkatkan had pengeluaran kepada RM10,000 (bagi individu yang mempunyai simpanan RM90,000 dalam akaun 1 KWSP).
Penambahbaikan yang dibuat dalam Belanjawan 2021 ini pastinya memberikan kelegaan kepada semua rakyat khususnya peniaga yang terjejas dalam tempoh mencabar ini.
Apatah lagi, menurut rekod Sistem Insurans Pekerjaan (EIS), sejumlah 95,995 individu diberhentikan kerja sejak Januari hingga 13 November 2020 dan kadar pengangguran rasmi pada September adalah 4.6 peratus yang bermaksud terdapat 737,500 orang yang tidak bekerja.
Harapan kami khususnya kepada usahawan agar gunakan wang lebih ini dengan sebaik-baiknya. Buatlah perancangan untuk menguruskan wang itu bagi memastikan bisnes anda bukan saja dapat bertahan malah kembali berkembang.
Jika tidak tahu caranya, dapatkan bimbingan dan ilmu daripada mereka yang sememangnya mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk bantu usahawan-usahawan.
Bagi RichWorks International yang menjadi peneraju dalam latihan & bimbingan keusahawanan #1 di negara dengan lebih 700,000 peserta telah sertai pelbagai program dianjurkan secara fizikal dan virtual. RichWorks telah menyaksikan ramai usahawan berjaya dari Zero To Hero dan mempunyai banyak results.
Malah apa membanggakan, 2 circle Titanium RichWorks International yang menerima bimbingan secara dekat bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman nak mencapai sales setahun RM100 juta tahun ini.
Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh sendiri saksikan Sesi Khas Zero To 100 Million secara live bersama Datuk Wira Dr. Azizan Osman Ahad di Azizan Osman Official (29 November 2020) pada pukul 8.30 malam.