Membina Bisnes Ikonik

Membina Bisnes Ikonik
Membina Bisnes Ikonik

Siapa yang tak inginkan sebuah bisnes ikonik yang dikenali orang ramai?

Bisnes yang dapat membantu ramai orang di luar sana bukan saja di negara malah mungkin hingga ke luar negara.

Bisnes yang bukan saja dapat bantu mencapai matlamat diri sendiri & keluarga malah buka peluang kepada orang lain juga untuk mencapai matlamat mereka.

Sehubungan itu, apakah jalan yang lebih mudah untuk membina bisnes ikonik dan berjaya?

Cara paling mudah adalah dengan mengikut jejak yang dilakukan bisnes-bisnes berjaya di luar sana.

Ketahui proses perjalanan mereka termasuk kesilapan dan kegagalan dibuat untuk elak membuat perkara yang sama disamping penambahbaikan mengikut keadaan semasa.

Apatah lagi, bila anda mempunyai MenThor yang dapat bimbing dalam perjalanan bisnes menuju kejayaan.

MenThor juga perlulah yang berpengalaman dan terbukti mempunyai RESULTS, berjaya dalam melahirkan bisnes-bisnes dan usahawan yang berjaya.

Hal ini kerana ia dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan untuk anda mengikut segala pandangan dan panduan yang diberikan nanti.

Seperti anda dapat lihat di RichWorks yang ditubuhkan oleh MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman merupakan syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di negara telah bertapak sejak 2008 lagi.

Setakat ini, lebih 1.1 juta orang telah mengikuti program-program keusahawanan dianjurkan secara fizikal dan virtual.

Program-program disediakan untuk bina bisnes berjaya telah menunjukkan banyak bukti dan testimoni bisnes yang bukan saja menyaksikan peningkatan malah berkembang ke peringkat lebih tinggi.

Usahawan-usahawan yang mana dari kosong hingga capai jualan berpuluh juta malah kini ratusan juta sedang menerima latihan dan bimbingan.

Kajian Kes

Siapa sangka, pengasas jenama terkenal bagi penjagaan rambut – Faith Fluer iaitu pasangan suami isteri, Puan Siti Mariam dan Tuan Abdul Halim ini pernah mengalami kesusahan dan tekanan dalam kehidupan mereka suatu ketika dulu.

Bisnes dijalankan telah membantu hidup mereka apatah lagi selepas mengikuti Program RichWorks. Permintaan produk mereka makin bertambah dan ejen juga semakin ramai hingga mampu capai jualan jutaan ringgit setahun.

Kesungguhan mereka membuahkan hasil sehingga apa yang kita dapat lihat hari ini.

Sikap tidak berputus asa dan terus mencuba yang terbaik walaupun menghadapi terlalu banyak dugaan membantu jadikan Faith Fleur mampu berkembang dengan baik

Pasangan suami isteri ini, sangat berpegang pada prinsip ‘trust the process’ yang sentiasa ditekankan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Mereka dulunya pun tidak menyangka pun mampu berada pada tahap ini sekarang.

Bisnes Faith Fleur

Anda pun boleh menjadi seperti mereka ini. Beri peluang kepada diri untuk belajar dan dibimbing bagi bina bisnes anda yang berjaya.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply