Mampukah Peniaga Kecil Jadi Jutawan?

Peniaga kecil jutawan

Berniaga bantal, pekasam, produk kecantikan, char kuey teow, pusat tuisyen dan bermacam-macam lagi. Mampu ke peniaga kecil ini menjadi jutawan?

Mampu ke peniaga kecil seperti mereka ini capai RM1 juta?

Yes boleh! Inilah antara produk dan perkhidmatan Ahli Titanium RichWorks bermula dan kini, mereka antara brand yang semakin mendapat nama di Malaysia. Mereka tidak bermula besar, hanya berniaga kecil-kecilan sahaja tapi mereka ini mampu menjadi ikon usahawan yang berjaya mengembangkan perniagaan mereka sehingga mencapai hasil jualan jutaan ringgit.

Bukan senang nak senang, tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Usahawan-usahawan yang sangat komited ini mampu membuktikan mereka juga boleh menjadi jutawan dengan adanya ILMU, MENTHOR dan juga TINDAKAN yang betul.

Mampukah Peniaga Kecil Jadi Jutawan? Boleh Sekiranya Anda…

Kita selalu melabelkan peniaga kecil ini umpama ikan bilis di lautan yang terbentang luas. Bila kita lihat peniagaan yang gah dan maju, kita samakan dengan jerung. Tapi sampai bila anda nak kekal menjadi bilis? Betul betul? Ianya tidak mustahil sekiranya anda mempunyai ilmu yang betul dan sentiasa upgrade untuk menjadi salah seorang usahawan yang berjaya.

Apa perkara betul yang usahawan ini lakukan? Jom kita usha sikit ‘rahsia’ di sebalik kejayaan mereka ini.

1. Sentiasa dahagakan ILMU

Usahawan yang berjaya, mereka ini sentiasa dahagakan ilmu. Mereka tidak hanya duduk di level yang sama. Mereka sentiasa mencari ilmu untuk update dengan ilmu-ilmu bisnes. Usahawan dan ilmu sebenarnya tidak boleh dipisahkan. Anda boleh hadir ke kelas, atau sentiasa menonton secara online video-video ilmu yang ada.

Sama ada anda belajar secara rasmi atau tidak rasmi, ianya tetap suatu proses pembelajaran bagi mematangkan usahawan itu sendiri.

2. Mencari guru / MENTHOR

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka lebih suka untuk belajar sendiri tanpa rujukan dari seorang guru atau pun mentor. Anda perlu sedar, kita bukanlah pakar dalam semua perkara. Kita tak boleh hanya membuat keputusan sendiri tanpa tahu adakah keputusan yang dibuat itu betul atau tidak. Jadi dengan adanya mentor, anda boleh merujuk mereka untuk buat sesuatu keputusan.

3. Lain Daripada Yang Lain

Mengapa anda perlu jadi lain dari yang lain? Kami masih teringat dengan Tuan Das Abdul yang mengusahakan bisnes DAG – Bantal Hotel 7 Bintang ketika mula-mula menjejakkan kaki ke program RichWorks. Apa perkara pelik yang beliau lakukan adalah beliau membawa bantal untuk masuk ke kelas ketika itu. Kata beliau, beliau sengaja membawa bantal sebagai tarikan kepada orang  lain. Dan tambah beliau, itu adalah salah satu benda lain dari lain yang dapat beliau tonjolkan kepada orang lain. Kadang-kadang apabila kita membuat sesuatu perkara yang pelik, kita akan mendapat perhatian yang lebih berbanding kita membuat perkara-perkara yang biasa.

Bukan itu sahaja, Datuk Wira Dr. Azizan Osman juga selalu berkata, dalam bisnes apa value yang anda boleh beri kepada pelanggan anda. Apa kelebihan produk anda berbanding produk yang lain? Value ini yang anda perlu highlightkan.

Ramai peniaga di luar sana yang menjual produk yang sama tapi apa yang membezakan produk anda berbanding dengan orang lain? Pernah terfikir tak? Jangan hanya salahkan pelanggan tidak berminat dengan produk anda, tapi anda sendiri yang perlu bertanggungjawab untuk menjadikan orang suka dengan produk anda.

Sebagai contoh, anda menjual minuman ABC sama seperti peniaga yang lain, akan tetapi ABC yang kita jual mengandungi aiskrim. Maka tidak mustahil sekiranya ABC yang kita jual lebih mendapat perhatian pelanggan.

Untuk menjadi lain daripada yang lain, anda perlu berfikiran kreatif kerana setiap kelainan yang kita lakukan akan memudahkan kita untuk memasarkan produk kita sekaligus membuatkan perniagaan anda menjadi lebih terkenal. Siapa sangka dari sekecil-kecil perniagaan boleh berkembang pesat sehingga melayakkan kita untuk bergelar jutawan melalui perusahaan yang dijalankan.

4. Jadikan Kegagalan Sebagai Pembakar Semangat

Mungkin ada di antara anda yang cepat berputus asa sekiranya bisnes jatuh. Memang mudah untuk mulakan sesuatu, tapi untuk menghabiskan setiap permulaan itu sangat sukar sekiranya anda tak punya hati yang kental.

Apa yang anda perlu buat adalah jadikan kegagalan itu sebagai pembakar semangat anda. Cuba anda cari bantuan dan nasihat serta mentor daripada pakar. Mungkin dengan menghadiri seminar, kelas-kelas ilmu bisnes dan mungkin juga anda boleh melihat video-video ilmu yang dikongsikan di media-media sosial. Seperti di RichWorks kami banyak kongsikan video-video ilmu seperti SpontanAzizan di laman media sosial kami dan juga di YouTube Azizan Osman.

Setiap kegagalan yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Capai kejayaan anda dan jangan mudah putus asa!

5. Jangan Takut dengan Persaingan

Bila ada peniaga lain berniaga, ada yang mula tak senang duduk. Mula nak jumpa bomoh! Jangan begitu. Anda perlu tahu, kecil ataupun besar perniagaan itu, persaingan memang wujud dan berlaku. Persaingan juga sebenarnya dilihat sebagai sesuatu yang bagus. Oleh itu anda perlu ambil peluang ini untuk berlumba-lumba dengan yang lain untuk meningkatkan kualiti produk yang dipasarkan nanti.

Jadi sebagai kesimpulannya, sebesar mana pun perniagaan anda, jika anda betul-betul komited dan berusaha untuk mencapai kejayaan, insyaAllah anda boleh menjadi jutawan.

Anda boleh lihat sendiri bagaimana usahawan-usahawan yang bermula kecil-kecilan sebelum memasuki kelas RichWorks, kini dah mampu mencapai sales jutaan ringgit.

Malah ada yang belum bermula apa-apa bisnes sekalipun berjaya mencapai kejayaan yang luar biasa. Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membimbing lebih 1.1 juta usahawan bermula dari zero sekarang sudah menjadi hero.

Mungkin anda adalah orang seterusnya!

Artikel terbaru

2 Comments

  • Sy pengusaha dan penjual produk minuman kesihatan teh harra dengan jenama hajra. 2012=2018 alhamdulillah jualan tak banyak tetapi sebulan melebihi 20k hingga 40k dengan beberapa orang ejen bergerak secara sepenuh masa. Tetapi perniagaan semakin merudum selepas itu, apatah lagi sejak PKP pertama hingga sekarang. Jualan sepenuhnya secara offline di expo anjuran kerajaan dan swasta serta pasaraya. Sejak PKP tiada jualan offline jadi secara keseluruhan tiada jualan. Harapkan online melalui shoppee dan fb boleh dianggap tiada jualan. Sejak PKP keluarkan produk kopi o dengan isian 20 uncang dan 100 uncang. Kopi dibeli dari pembekal, kami hanya menguncang dengan mesin uncang dan membungkus kopi tersebut. Tetapi disebabkan tiada nama, jualan sekadarnya. Kedai tak sedia ambil secara tunai. Tujuan buat kopi sebab kopi ini lebih murah, semua rumah ada kopi, berbanding dengan minuman kesihatan. Sekarang buntu. Produk ada. Mesin lengkap. Bengkel ada. Jualan sangat² kurang. RM pun dah habis sejak PKP. Mohon bantuan dan tunjuk ajar pihak RichWorks. Terima kasih banyak jika sudi bantu.

Leave a Reply