Mael Totey – Apa Usahawan Boleh Belajar?

Siapa sangka seorang selebriti YouTube, Syahmi Sazli boleh menghasilkan filem sendiri yang mana dalam tempoh 24 hari tayangan boleh mengutip RM6.4 juta baru-baru ini.

Dalam 24 jam ditayangkan, filem ini berjaya memecah rekod tayangan tertinggi di Astro First dan dalam tempoh 8 hari saja mengutip RM4 juta.

Filem Mael Totey The Movie ini dibuat dengan kos RM400,000 saja, berjaya memecahkan dominasi rekod filem Hantu Kak Limah dan Polis Evo sebagai filem terlaris ditayangkan pada platform Astro First.

Syahmi bukan hanya sebagai pelakon utama malah sebagai penerbit, pengarah, penulis skrip dan lakon layar. Penggambaran filem ini juga dapat diselesaikan dalam tempoh 14 hari sahaja yang bermula pada 12 Julai lalu.

Syahmi yang sebelum ini dikenali dengan drama spontan di YouTube berkata, tidak kurang juga yang memperlekeh karyanya tetapi dia tidak mudah melatah.

“Kena kondem memanglah lumrah. Saya cuba bawa suasana baru iaitu buat cerita tanpa ikut standard piawaian sebenar sesebuah filem dan gunakan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) sebagai pelakon. Benda baru biasalah ada yang kritik dan kecam. InsyaAllah kita doakan semoga mereka yang kritik atau kondem ni dapat terima apa yang dibuat.

“Kena ingat balik apa tujuan saya buat filem ini. Ia hanya khusus untuk mereka yang sudah mengenali karya saya. Yang kritik itu mungkin tak kenal atau tak pernah ‘follow’ saya. Tak boleh salahkan mereka juga,” katanya kepada akhbar, Harian Metro baru-baru ini.

Meskipun ada pengarah lain mengkritik filem dihasilkan Syahmi tak mencapai standard, beliau mengambilnya secara positif.

Kejayaan yang dikecapi ini memberi semangat baru buat Syahmi untuk terus berkarya.

“Tak dinafikan tekanan yang perlu dihadapi tinggi juga. Saya kena buat lagi terbaik untuk filem seterusnya. Insya-Allah saya akan masuk kelas pengarahan kendalian Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) untuk menambah ilmu serta memantapkan lagi kerjaya pengarahan saya,” jelasnya lagi.

Apa Yang Usahawan Boleh Belajar?

  1. Mempunyai ‘kolam’ atau komuniti
  • Syahmi Syazli walaupun tidak ada pengalaman menerbitkan filem, dia sudah mempunyai komuniti yang besar di Youtube dengan 2.45 juta subscriber.

Selama 5 tahun dia membina komuniti melalui platform YouTube yang mana Syahmi menyediakan kandungan seperti siri drama spontan termasuk siri Mael Totey yang telah mula dikeluarkan pada 4 Disember 2018 dalam channel YouTube.

Syahmi sudah mempunyai komuniti yang memudahkan dia untuk membuat marketing kepada followers yang ada.

  1. Keberanian
  • Walaupun tak mempunyai pengalaman mengarah drama televisyen apatah lagi filem, Syahmi berani menghasilkan filem sulungnya.

Apa yang dapat dilihat, terdapat permintaan tinggi di mana ramai orang mahukan siri Mael Totey dalam channel YouTube yang dibuat setahun lalu dibuat sambungannya.

Selain itu, Syahmi sendiri akui terpaksa melalui pelbagai proses yang asing buat dirinya. Bayangkan 2 minggu sebelum nak buat penggambaran, baru dia tahu untuk dapat lesen mengarah perlu jadi ahli Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) dulu.

  1. Kelainan dibawa

Filem ini tidak ada bintang popular malah memperkenalkan pelakon baru dikalangan OKU. Syahmi memberikan yang terbaik bagi filem ini berbanding siri drama spontan yang dibuat untuk YouTube lebih sekadar suka-suka.

  1. Restu ibu bapa

Daripada hobi membuat video, Syahmi menjadikan ia sebagai kerjaya sepenuh masa. Sebelum itu, dia meminta keizinan bapanya sebelum ambil keputusan berhenti belajar untuk mengejar impiannya. Restu ibu bapa sangat penting dalam apa yang kita lakukan.

  1. Siapa pelanggan anda

Syahmi tahu segmen pelanggannya. Dia mengangkat filem Mael Totey ini dengan dialek Kelantan, pelakon, tajuk dan dibuat penggambaran juga di Kelantan.

Sokongan orang Kelantan dikatakan juga antara faktor kejayaan filem ini. Bagaimanapun, kami lihat ia juga disumbangkan daripada 2.45 juta subscriber YouTube channel Syahmi.

“Kita nak jual filem mestilah kena ada followers, kena tahu siapa audience kita, apa yang mereka minat. Business is business,” ujar Syahmi sendiri.

Kajian Kes

Bagi Pemilik Gallery Bawal, Wan Nor Syafikah Wan Mat Rifin pernah hidup susah hingga langsung tiada duit membuatkan beliau nekad untuk berniaga. Namun, berniaga sendiri-sendiri dan hanya bergantung kepada minat tak dapat bantu beliau untuk bina bisnes yang berjaya.

Nak berniaga pun perlu ada matlamat jangka panjang yang jelas. Beliau juga baru sedar betapa pentingnya untuk seorang usahawan memiliki ‘leadership’.

Semenjak menyertai program RichWorks, beliau mula faham, bisnes bukan setakat tahu buat duit dan tahu menjual. Beliau mula belajar tentang ‘magic numbers’ cara buat marketing yang betul, cara uruskan bisnes dan team dan bermacam-macam lagi.

Alhamdulillah dengan ilmu, MenThor dan tindakan beliau kini mampu buat capai jualan lebih jutaan ringgit. Untuk tahun ini meskipun dalam keadaan pandemik, jualan dicapai sudah mencapai RM1.9 juta.

Apa persamaannya antara mereka? Antaranya Wan Nor Syafikah dan Syahmi mempunyai komuniti mereka sendiri. Bagi Gallery Bawal mereka mempunyai follower Facebook sekitar 90,000 orang dan Instagram dengan 51,000 orang disamping ejen dan dropshipper yang ada.

Selain itu, mereka bersedia belajar untuk mendapatkan ilmu yang dapat bantu tingkatkan lagi bisnes dan filem dihasilkan kelak.

Tiada yang mustahil, anda juga boleh berjaya seperti mereka ini. Buat dengan bersungguh-sungguh dan berani dengan adanya ilmu, sistem dan MenThor untuk grow bisnes anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply