Persoalan yang sangat penting perlu ditanya setiap seorang daripada anda yang betul-betul serius nak membina bisnes berjaya apatah lagi pada tahun baru 2022 ini.
Setiap tahun baru, kebanyakan daripada kita pasti akan ada azam baru sebagai target untuk mencapainya.
Namun jika dilihat, adakah kebanyakan daripada kita mencapainya. Jom berhenti seketika, ambil sedikit masa anda dan refleksi kembali azam anda pada tahun lalu (2021).
Adakah anda mencapainya?
Jika ya, tahniah dan syukur. Anda serius dengan azam baru anda. Namun, jika tidak mungkin juga anda tak serius dan betul-betul nak untuk mencapainya.
Atau pasti ada pelbagai halangan dan cabaran tertentu yang buatkan anda tak dapat capai azam tersebut sepanjang tempoh 12 bulan tahun lalu.
Hanya anda sendiri tahu, sama ada adakah saya ini serius nak capainya malah sudah lakukan sedaya-upaya, mungkin dah beri 110% kekuatan tapi masih tak berjaya.
Betul ke? Adakah anda sudah buat semuanya, pastikan keberadaan digital anda, membina team yang bagus, asah kepimpinan dalam team , mengikut tunjuk ajar MenThor dan lain-lain lagi.
Jika semuanya… Sudah lakukan, mungkin boleh katakan belum rezeki anda lagi. Cepat atau lambat saja, namun ia perlu dilihat kembali, takut-takut apa yang dilakukan & usaha itu sebenarnya ada kesilapan dan sebagainya.
Kunci Penting Buat Anda pada 2022
Ini kunci penting buat anda pada 2022. MenThor Datuk Wira Dr Azizan Osman memperingatkan dalam program ICM Circle di Langkawi pada hujung Disember lalu bahawa kuncinya adalah terletak pada diri ANDA sendiri.
Sesebuah bisnes itu, bermula dengan diri anda. Andalah yang akan mula mengerakkan bisnes itu ke tahap lebih tinggi lagi.
Jika ditanya apakah perkara-perkara yang anda akan buat untuk jadikan tahun 2022 yang luar biasa?
Kami yakin, anda boleh nyatakan lebih 1 perkara yang perlu dilakukan. Namun jika, anda lihat semula, adakah perkara-perkara dinyatakan itu tidak ada dilakukan atau dirancang pada 2021?
Adakan? Cuma mungkin sebahagian daripada kita tak ‘walk the talk’, tak mengikut perancangan yang sudah pun dinyatakan itu.
Sebab itu, kuncinya adalah ANDA. Anda kena pastikan apa yang nak dilakukan itu berjalan. Tindakan perlu dibuat, bukan sekadar di atas kertas saja.
Bermula dengan ANDA. Laburkan diri dengan ilmu-ilmu keusahawanan yang dapat bantu untuk anda berkembang lebih cepat lagi.
Elakkan daripada anda buang masa atau tenaga dari melakukan kesilapan-kesilapan yang sebenarnya boleh dielakkan jika adanya ilmu.
Jadi, pilihan kini pada diri ANDA untuk mendapatkan tahun 2022 yang luar biasa.
10 Comments
Ambil kunci dalam diri sendiri dan gunakan / bertindak untuk lakukan yang luar biasa pada tahun 2022
Terima kasih atas perkongsian puan. Semoga dapat bertindak dengan luar biasa pada tahun 2022 ini!
Learning point sy
1) walk the talk – bertindak segera dgn strategi dan taktik
2) lakukan bnda yg unik pada thn 2022
3) azam 2022
4) smua bermula dgn diri sendiri… kita kena usaha sendiri utk business kita
Terbaik! Terima kasih atas Learning Points. Semoga dapat memberi manfaat kepada lebih ramai orang.
Kejayaan hanya dapat di capai jika kita sendiri mengambil tindakan di atas setiap perancangan yang dibuat.Tambah ilmu dan bertindak ikut proses yang sepatutnya.
Terbaik Cik Puan Aliyaa, terima kasih atas perkongsian yang disampaikan. Kami doakan segala urusan cik puan di permudahkan. ANDA KAYA DAN BERJAYA!
Saya ingin memberi duit kepada ibubapa saya selagi masih hidup dengan duit bisnes yang saya jalankan pada masa ini
Terbaik, teruskan untuk dapat Redha ibu dan bapa.
Ellmu,Tindakan, Result
Alhamdulilah, Syukur
Elmu yg diberi..Amin..yrb
👍👍👍
3 Learning point :
1. Consistent (Commitment/discipline)
2.Energy
3.Focus