Kemenangan kecil boleh meningkatkan motivasi, emosi dan persepsi ketika kerja dengan ada perkembangan pada kerja yang bermakna pada anda.
Lebih kerap orang itu merasai proses perkembangan, maka berkemungkinan mereka akan lebih produktif dengan kreatif bagi jangka masa panjang.
Perkembangan menerusi kemenangan besar ataupun kecil boleh memberikan kelainan bagaimana rasa dan prestasi mereka. Bagaimanapun, ada antara kita tak menggunakan kemenangan itu untuk meningkatkan semangat dan motivasi team masing-masing.
Manfaat kemenangan kecil
Mengikut kajian dibuat Profesor Harvard dan penulis, Teresa Amabile, dapat menunjukkan daripada kemenangan-kemenangan kecil dan peningkatan dapat memberikan impak baik kepada motivasi dan keyakinan diri.
Sama saja seperti kemenangan besar yang diperolehi.
Hal ini kerana tidak kira besar atau kecil kemenangan itu, ia akan mengaktifkan bahagian reward pada otak. Hormon testosterone dan dopamine akan dikeluarkan seterusnya memberikan rasa bertenaga, keyakinan dan bermotivasi.
Tapi tahukah anda, kemenangan yang kecil ini penting malah mungkin lebih penting berbanding kemenangan besar. Sebabnya, tanpa kemenangan kecil agak sukar untuk mendapatkan kemenangan besar.
Sebenarnya, kemenangan yang kecil memberikan momentum kepada anda untuk terus komited dengan semangat yang ada dan berusaha untuk mencapai matlamat yang besar.
Perjalanan beribu batu, bermula dengan langkah pertama. Proses untuk mencapai matlamat akhir itu perlu diberi perhatian dengan meraikan kemenangan yang kecil ataupun perkembangan baik yang berlaku sepanjang perjalanan.
Jangan hanya mengiktiraf sebaliknya meraikan kemenangan kecil itu yang juga boleh menjadi kunci untuk upgrade diri anda.
Kesimpulan di sini adalah untuk kita mewujudkan seberapa banyak peluang bagi meraikan kemenangan yang kecil termasuk perkembangan dalam kerja-kerja dilakukan bagi mencapai goal bisnes.
2 Comments
Terima kasih atas ucapan meraikan hari POLIS yang ke 214 dari pihak tuan..Dan syukur kepada ALLAH S.W.T. kerana masih diberi bimbingan dan semangat dengan kata kata dari Team Rich Work Yang selalu memberi ransangan dan bimbingan dalam menuju kemajuan hidup menuju masa hadapan yang lebih sukses..Serta membuatkan minda selalu terbuka luas dalam mengejar dan mencapai cita cita yang di inginkan dengan izin Allah..
Kemenangan kecil hari ini bukti kita lebih baik dari semalam..