Kalau anda pergi pasaraya besar atau shopping complex, anda akan lihat mereka guna beberapa staff untuk promosi produk. Contohnya untuk promotion hour, krew promosi ini akan gunakan speaker untuk memberitahu para pembeli yang mereka boleh dapatkan barangan dengan harga yang murah ketika promotion hour berlangsung.
Ia hanya terhad untuk 1 jam sahaja. Apabila promotion hour sudah tamat, harga barangan tersebut akan kembali pada asal.
Krew promosi ni ada banyak jenis. Antaranya seperti di pasaraya tadi. Ada juga krew promosi yang digunakan untuk event. Mereka akan promosi produk pemilik kepada orang ramai yang datang.
3 tanggungjawab kru promosi bisnes:
- Tahu produk anda
Seorang kru promosi kena tahu apa produk yang mereka promosikan. Manfaat, kelebihan dan kegunaannya kepada orang ramai. Jika nanti, apabila pelanggan tanya, mereka boleh jawab dengan yakin dan tanpa ragu-ragu. Apa yang mereka tahu mestilah tepat dan bukan buat-buat tahu.
Sebelum anda lantik krew promosi, anda kena selidik mereka dahulu. Lepas tu, bolehlah anda tambah apa perkara yang mereka perlu tahu sebelum promote produk anda. Ataupun, anda boleh minta mereka kaji dan fahami dahulu produk anda sebelum jadi krew promosi.
- Tahu apa yang anda mahu
Krew promosi juga kena tahu apa yang anda mahu dalam bisnes. Sebagai peniaga, anda perlu set target untuk pekerja anda. Sekiranya mereka dapat achieve target yang anda beri, mereka adalah pekerja yang terbaik yang anda perlu berikan perhatian. Ini kerana mereka tahu apa yang anda mahu.
Dan mereka akan pertingkatkan diri mereka dengan buat yang lebih baik. Mereka berikan anda pelanggan baru dan keuntungan yang berlipat ganda. So, sebagai balasan, anda boleh beri reward dan bekalkan training kepada mereka supaya mereka lebih bermotivasi.
- Bijak promosi produk anda
Tugas seorang kru promosi adalah perkenalkan produk anda. Mereka juga bertanggungjawab meningkatkan sales dan melindungi reputasi jenama anda. Mereka ada cara tersendiri untuk buat orang kenal produk anda dan tarik perhatian pelanggan supaya guna produk anda.
Mereka akan approach pelanggan dengan kata-kata yang manis, menarik dan pandai memujuk. Untuk tahu samada mereka ni bagus atau tidak, anda boleh buat carta sales dan perhatikan cara mereka buat sales untuk anda.
Amacam?
2 Comments
Saya berminat untuk sertai kelas Dr Azizan
cik puan boleh menghubungi kami di hotline: 0192442244. Atau boleh whatsapp kami di talian yang sama.