Sewaktu memulakan perniagaan, usahawan mungkin bergerak sendiri. Modal yang ada belum mampu lagi untuk menggajikan pekerja.
Solusinya gunalah tenaga sendiri selagi mampu. Ada yang bernasib baik, ahli keluarga sudi membantu untuk menaikkan bisnes tersebut bersama.
Namun, sampai bila nak buat segalanya sendiri? Semakin berkembang sesuatu bisnes, semakin ramai tenaga kerja yang diperlukan.
Tapi nak kekalkan team bukan mudah jika tak ada kemahiran kepimpinan dalam menguruskan team di tempat kerja.
6 punca sukar kekalkan team dalam bisnes
1. Kelemahan dalam komunikasi
Komunikasi adalah perkara yang sangat penting untuk melancarkan hubungan dua hala. Jika komunikasi antara ahli pasukan di bawah satu bumbung syarikat yang sama tidak berjalan dengan baik, ini adalah petanda yang tidak baik.
Kegagalan dalam komunikasi mungkin akan menyebabkan terdapat kekeliruan, ketidakfahaman atau konflik yang sukar untuk diselesaikan. Ini tidak bagus untuk syarikat anda.
Kelemahan dalam komunikasi boleh mengganggu kerjasama dan mempengaruhi setiap hubungan dalam pasukan.
Dengar dan ambil tahu apa masalah team anda. Jangan abaikan setiap satu pun pandangan daripada mereka dan cipta komunikasi dari pandangan tersebut.
2. Tiada kemahiran kepimpinan yang kukuh
Setiap team memerlukan seorang pemimpin yang boleh memimpin mereka ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Team pula sangat memerlukan sokongan, bimbingan serta pengiktirafan supaya tidak hilang minat dan keyakinan mereka terhadap syarikat anda.
Seorang pemimpin yang tidak mempunyai visi yang jelas dan tanpa kemahiran kepimpinan yang kukuh mungkin akan mengakibatkan team hitang motivasi dan tak tahu ke mana hala tuju mereka.
3. Nilai kerja yang berbeza
Matlamat majikan dan pekerja perlu sama. Jika team mempunyai matlamat yang berbeza, sukar untuk menyelaraskan usaha dan bekerja sebagai satu entiti yang padu. Ini boleh mengakibatkan konflik dan kebingungan dalam team.
4. Kurang motivasi serta dorongan yang positif
Team yang tiada motivasi atau tidak mendapat dorongan yang mencukupi daripada majikan berpotensi besar kehilangan minat dan tidak bersemangat lagi untuk berusaha mencapai matlamat syarikat.
Keadaan kerja yang tidak memenuhi keperluan atau kurangnya pengiktirafan akan menyumbang kepada kurangnya motivasi dalam diri team.
5. Isu kepercayaan
Kepercayaan adalah asas penting untuk membina dan mengekalkan team yang kuat. Bila tiada kepercayaan antara satu sama lain, bagaimana nak bekerjasama sebagai satu team?
Ini akan mengakibatkan ketidakstabilan di dalam team dan merosakkan hubungan serta prestasi syarikat.
Ambil tindakan segera
Masalah perlu dielakkan kerana ia lebih baik daripada menanganinya. Kalau dah tak boleh nak elak, cari jalan segera untuk atasi masalah ini dan jangan biarkan ia berlarutan tak berkesudahan. Kelak bisnes anda menjadi mangsa.
2 Comments
Artikel yang sangat berguna untuk saya yang baru menaik taraf perniagaan dan menambah staff. Pengorbanan untuk memberi gaji kepada staff paling di utamakan sehingga kadang2 kita sendiri bekerja tanpa gaji.. Alhamdulillah kerana masih mempunyai gaji hakiki sebagai pendidik sehinggalah saya akan berhenti apabila sudah mencapai target dan gaji kedai yang di usahakan telah mengatasi gaji hakiki pendidik .. barulah bersara awal agar agenda yang lebih besar perlu di laksanakan. Untuk membantu lebih ramai orang yang memerlukan bantuan.
Kami doakan Tuan dideraskan rezeki utk beri yg terbaik pada diri, bisnes dan keluarga. Tuan dah dapatkan tiket ke sesi Bina Bisnes Berjaya?