Tanggal 18 Mac 2020 merupakan suatu tarikh yang pastinya tidak dapat dilupakan kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya usahawan. Pelbagai kesan PKP kepada peniaga kecil dan mikro, sederhana malah besar berikutan sektor ekonomi perlu ditutup kecuali di bawah sektor perlu (essential).
Ekoran pandemik yang melanda dunia, semua orang terpaksa berubah dan menyesuaikan dengan situasi yang kebanyakan daripada kita pertama kali melaluinya.
Prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang perlu dikuti dan diamalkan bagi memutuskan rantaian penyebaran pandemik COVID-19. Kita tidak mahu virus ini terus merebak hingga mengakibatkan sistem penjagaan kesihatan negara lumpuh ekoran pesakit yang melebihi daripada kemampuan untuk merawat.
Apakah kesan PKP kepada peniaga kecil dan lain-lain :
Pelbagai kesan dirasai bukan saja usahawan malah negara secara keseluruhannya. Bagi negara sejak PKP dilaksanakan, mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia), Noor Azmi Mat Said memberitahu, kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) khususnya mikro ekoran hanya memiliki aliran tunai untuk tempoh kurang dari 3 bulan, sekali gus menjurus kepada penutupan operasi jika PKP (pertama) dilanjutkan.
Jika dilihat daripada kesan terhadap rantaian ekonomi secara keseluruhan iaitu kesan berantai makroekonomi. Selain usahawan yang tak dibenarkan berniaga menyebabkan hilang pendapatan, lihat juga kesan kepada mereka hilang pekerjaan.
Mereka akan hilang kuasa beli dan seterusnya beri kesan kepada bangsa usahawan walaupun dibenarkan berniaga. Terutamanya dalam industri pelancongan, pandemik COVID-19 telah terkesan dengan anggaran kerugian adalah melebihi RM100 bilion pada 2020.
Aktiviti ekonomi berkaitan industri pelancongan, seperti penginapan, pengangkutan, membeli-belah, makanan dan minuman serta penganjuran acara terpaksa berdepan dengan saat paling mencabar.
Begitu dengan arahan tidak benarkan tak benarkan semua aktviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan sebelum ini beri kesan langsung kepada usahawan yang menyelaraskan majlis serta katering.
Bagaimanapun, PKP2.0 yang dikuat kuasa pada kali ini yang membenarkan 5 sektor ekonomi perlu (essential) beroperasi iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi yang tertakluk kepada SOP dan norma baharu.
Kesan PKP Kepada Peniaga Kecil – Apa perlu usahawan lakukan :
Rasanya pada tahun lalu, usahawan terdiri PKS dan mikro telah cuba berubah sebelum keadaaan itu yang mengubah anda.
Perubahan suka atau tidak perlu dilakukan untuk memastikan kelangsungan bisnes dalam tempoh PKP tersebut.
Bukan itu saja, ilmu juga perlu ditambah setiap masa yang banyak disediakan secara virtual berbayar mahupun percuma berikutan pergerakan yang terhad dan tiada perhimpunan dalam kumpulan besar.
Melalui ilmu dan circle usahawan yang betul dikalangan anda, mereka dapat belajar antara satu sama lain malah memberikan inspirasi dan pendorong untuk bergerak ke depan walau dalam tempoh mencabar.
Anda juga tahu macam mana nak berbincang dengan pembekal-pembekal, pihak bank dan agensi berkaitan agar perubahan dapat dilakukan mengikut kemampuan dan keadaan terkini.
Strategi bisnes perlu disesuaikan seperti penggunaan platform online yang sangat penting. Menyelaraskan team anda yang perlu bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor-sektor selain lima di atas.
Belajar dari pengalaman lalu, tambah baik lagi strategi dan tindakan yang dapat bantu anda mengharungi tempoh ini.
Apa lagi yang kurang? Apa lagi yang boleh dibuat untuk dapat results yang lebih baik?
Begitulah pemikiran growth mindset, sentiasa mencari jalan dan cara untuk tambah baik dan berkembang.
Seperti MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang meminta bangsa usahawan untuk buat apa yang boleh mengikut kawalan kita.
“Kita fokus kepada apa kita boleh control & buat vs apa yang kita tak boleh control & buat”
Datuk Wira Dr Azizan Osman
Tak tahu caranya, bertanya dan belajar daripada orang yang sudah berjaya, apatah lagi MenThor yang terbukti sudah bantu ramai usahawan termasuk ketika PKP tahun lalu.
Bukankah malu bertanya akan sesat jalan? Jangan biarkan diri anda terus sesat dan tercari-cari jalan sedangkan orang lain sudah ada ‘waze’ yang menunjukkan macam mana nak ke destinasinya.
Anda mahu menjadi usahawan yang mana, usahawan yang pertama itu atau yang sudah ada ‘waze’?
Apapun pilihan anda, semoga segala usaha dan tindakan bagi kelangsungan bisnes bahkan untuk bangkitkan bisnes anda akan tercapai, insyaAllah.