Setiap hari pastinya kita ada tugasan yang ingin diselesaikan. Namun, untuk memastikannya kekal berada ‘on track’ bukanlah sesuatu yang mudah.
Adakala kita terleka, hilang tumpuan dan semangat bagi menjayakannya. Rumit juga kalau begitu. Banyak masa akan dibazirkan jika banyak kerja yang tertangguh.
Jadi, bagi mengelakkan berlakunya penangguhan kerja, anda haruslah amalkan cara yang betul agar segalanya berjalan lancar. Ikuti 5 kaedah yang kami kongsikan ini bagi memudahkan urusan anda.
1. SUSUN JADUAL
Anda lebih cenderung untuk berlengah-lengah jika anda tidak mempunyai perancangan yang ditetapkan untuk menyiapkan kerja anda.
Melakukan perancangan adalah idea yang terbaik. Mula senaraikan semua tugasan anda dan tarikh tamatnya (deadline).
Apabila anda mempunyai sistem yang efisien, ia memberi anda rangka kerja yang lebih teratur dan boleh diukur untuk berfungsi.
2. HILANGKAN GANGGUAN
Menghilangkan gangguan adalah satu lagi cara untuk mengelakkan berlakunya penangguhan. Apabila mengehadkan bilangan gangguan di sekeliling, anda lebih berpotensi untuk menyelesaikan perkara yang perlu dilakukan dengan cepat.
Matikan telefon anda, cari tempat yang sunyi dan dengar muzik klasik atau bunyi yang menenangkan seperti bunyi hujan untuk minda yang lebih tenang.
3. FOKUS UTAMA
Mengutamakan kerja dan tugasan anda ialah satu lagi cara untuk membantu mengelakkan penangguhan.
Setiap minggu atau lebih, buat senarai perkara yang perlu disiapkan. Pastikan anda menangani tugasan yang paling kritikal terlebih dahulu.
Kemudian pergi ke senarai berikutnya. Keluarkan perkara yang sukar dahulu supaya segala yang datang selepasnya kelihatan lebih mudah diurus.
4. AMBIL REHAT
Petua lain bagi mengelakkan kerja tertangguh adalah dengan mengambil rehat 10 hingga 15 minit dari semasa ke semasa.
Dengar muzik, berjalan-jalan atau menjerit ke bantal, lakukan apa sahaja yang boleh mengalihkan fikiran daripada kerja agar anda boleh berehat.
Kajian Oregon State University menunjukkan bahawa berehat boleh meningkatkan tumpuan, mengurangkan tekanan dan membantu anda mengingati dengan lebih baik.
5. HADIAHKAN DIRI ANDA
Memberi ganjaran kepada diri sendiri boleh mewujudkan semangat untuk menyelesaikan tugas dan membantu mengelakkan penangguhan.
Selepas menyiapkan tugasan, pertimbangkan untuk memberi ganjaran kepada diri sendiri. Ia boleh jadi semudah, “Setelah saya menyelesaikan tugasan ini, saya boleh menonton episod rancangan kegemaran.” Mudah bukan?