Kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan

Kepentingan Teknologi Dalam Pendidikan

Tiada siapa boleh mengatakan bahawa tiada kepentingan teknologi dalam pendidikan pada masa ini. Teknologi yang diadaptasi bukan saja dalam pendidikan malah kehidupan seharian kita.

Cuba bayangkan, jika kita dikenakan ‘perintah berkurung’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti pada Mac tahun lalu dengan tiada penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian?

Apa yang dapat kita bayangkan? Sukar tak untuk kita berhubung dan berinteraksi dengan orang lain atau team yang semuanya berada di rumah?

Teknologi dan inovasi sangat penting yang mana telah membantu kita dalam kehidupan seharian. Teknologi internet yang menjadikan semuanya di hujung jari kita.

Kita boleh mendapatkan pelbagai maklumat secara online, belajar ilmu-ilmu baru, berhubungan satu sama lain secara langsung, membeli dan memesan barangan termasuk makanan dan banyak lagi.

Contohnya, dalam pendidikan menyaksikan murid dan pelajar di negara mengikuti pembelajaran secara online pada tahun lalu. Mereka dapat berhubung dengan guru-guru dan dapat meneruskan pengajaran & pembelajaran ketika kita perlu kekal berada di rumah kecuali perkara kecemasan dan keperluan tertentu.

Bagaimanapun, terdapat kekangan kepada sebahagian daripada mereka berikutan kemudahan teknologi yang sedia ada tak dapat menampung keperluan di kawasan dan tempat mereka.

Seperti kisah pelajar di Sabah, Veveonah Mosibin, 18, pelajar jurusan Asasi Sains memuat naik video pengalaman dilaluinya menerusi saluran YouTube miliknya dengan tajuk 24 Hours On Tree | Challenge (Cabaran 24 jam atas pokok).

Masalah liputan jalur lebar yang terhad itu tak patahkan semangat seorang pelajar Insititut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berasal dari Kampung Sapatalang, Pitas, Sabah yang sanggup tidur di atas pokok semata-mata untuk menjalani peperiksaan secara online.

Kepentingan teknologi bagi usahawan

Apa kaitannya kepentingan teknologi dalam pendidikan kepada usahawan?

Usahawan dan teknologi tidak dapat dipisahkan. Ia dapat bantu memudahkan dan mempercepatkan operasi malah beri nilai tambah kepada pelanggan-pelanggan anda.

Bukan itu saja, ia dapat membawa bisnes anda lebih ke depan berbanding pesaing-pesaing lain. Ok tak kalau bisnes anda lebih ke depan dan menjadi leader dalam industri?

Teknologi bersama inovasi perlu ada dalam bisnes dengan pelaburannya boleh dibuat terdiri pelbagai tahap daripada yang percuma hingga yang mahal.

Contohnya, penggunaan kecerdasan buatan (AI) atau chatbot bagi menjawab pertanyaan orang ramai mengenai bisnes anda. Penggunaan teknologi ini dapat tingkatkan produktiviti bisnes anda dengan masa dan tenaga team anda dapat difokuskan kepada perkara lain berbanding habiskan masa menjawab pertanyaan sama berulang-kali daripada pelanggan.

Jika tidak tahu bagaimana untuk membuatnya? Bertanya kepada yang mereka yang sudah berjaya dan pakar. Banyak saja syarikat dan bisnes yang menyediakan penyelesaian untuk dapat mengadaptasikan teknologi ini dalam bisnes anda.

Cuma anda perlu berani untuk mengeluarkan pelaburan untuk mendapatkan teknologi dan inovasi ini. Sebelum itu, buatlah kajian dan lihat bagaimana pelaburan itu dapat membawa pulangan kembali kepada bisnes anda.

Kesimpulannya, teknologi dan inovasi dapat membantu bisnes anda seperti dalam pendidikan. Usahawan bukan saja dapat mengembangkan bisnes malah mendapatkan pendidikan keusahawanan walau di mana saja anda berada.

Hanya memerlukan capaian internet yang baik, anda boleh mendapatkan ilmu, strategi dan pelbagai tips bisnes. Bagaimanapun, anda perlulah tapis dahulu ilmu, dan strategi itu dengan melihat sumber dan MenThor yang benar-benar berjaya melahirkan usahawan berjaya.

Bukti-bukti yang ditampilkan dapat berikan kepastian bahawa ilmu, strategi dan sistem yang dikongsi dapat membantu bisnes anda.

Seperti dilakukan RichWorks, sejak PKP pada Mac tahun lalu, pelbagai program dan aktiviti secara virtual diadakan bagi dapat menyokong dan membimbing bangsa usahawan dalam situasi yang tak pernah dilalui sebelum ini.

Kini program terbaru, Bina Bisnes Berjaya akan diadakan pada hujung bulan Januari ini bagi bangsa usahawan dapat bersedia dan memulakan dengan langkah yang betul pada 2021 ini.

Ia sepenuhnya ditaja RichWorks bagi bangsa usahawan yang serius nak dibimbing dan melalui tahun baru ini dengan lebih baik lagi. Namun, ilmu-ilmu saja tidak cukup jika tiada tindakan daripada anda sendiri. Cabaran masih ada, pandemik masih ada, usahawan tak boleh leka lagi.

“Biarlah ilmu datang lebat bagai hujan, MenThor datang turun dari langit ketujuh berkepak bagai tapi kalau diri sendiri tak nak push diri sendiri utk berubah pun tak guna jugak”

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply