Ada masanya kemungkinan anda boleh berdepan dengan keadaan ini- kepala serabut di mana macam-macam difikirkan hingga buat kepala serabut!
Jika tidak dikawal dan diuruskan dengan baik, ia boleh memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri malah team dan orang disekeliling anda.
Ketika kita berada dalam keadaan yang baik, berasa tenang, yakin, fokus, bersemangat dan optimistik. Pada masa inilah kita paling produktif dan dapat bekerjasama dengan baik.
Tapi bila berada pada keadaan terburuk, kita akan alami rasa tak percaya kepada diri sendiri, hilang sabar, bersikap defensif dan lebih senang untuk hilang fokus.
Ia boleh diatasi dengan melakukan beberapa perkara dalam rutin harian anda. Melalui langkah-langkah yang betul, ia hanya akan mengambil masa beberapa minit untuk buat kepala tak serabut dan dapat berfikir pada tahap tinggi.
Salah satunya dengan menamakan keadaan emosi anda ketika itu bagi mengurangkan sedikit sebanyak bebanan tidak berada pada keadaan yang baik.
Menurut pakar perubatan dan psikiatri, Dan Siegel, merujuk kepada langkah itu sebagai ‘menamakan ia untuk menjinakkannya’.
Malah penulis dan konsultan kepimpinan, David Rock senada apabila seseorang itu berdepan dengan keresahan dan tekanan dalaman, anda boleh mengurangkan stres kepada 50% dengan kenal pasti dan menamakan keadaan minda yang dihadapi.
Selain itu, satu kajian mendapati otak kita mula berhenti mendaftarkan penglihatan, bunyi atau perasaan jika dirangsang kekal berterusan dalam satu tempoh tertentu,
Hasilnya nanti, anda akan kehilangan fokus dan prestasi berkurangan. Kajian menunjukkan bahawa pekerja-pekerja paling fokus dan produktif apabila mengikuti rentak yang bergilir anatara tempoh bekerja dan berehat.
Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa dengan mengambil waktu rehat secara tetap kerana jika tidak, ia boleh membawa kepada stres, kepenatan dan halangan kreatif.
Rehat atau duduk-duduk saja sebenarnya perlu dibuat bagi meningkatkan pemikiran kembali. Sehubungan itu, jika anda berdepan dengan masalah rumit yang perlu diselesaikan, rehat dan tidak memikirkannya sangat mengenainya. Lihat apa yang akan terjadi?
Berikut kami kongsikan anda dengan beberapa tips pantas untuk kekal segar.
5 tips untuk anda tidak serabut dan kekal segar dengan pantas :
1/ Bagi umat Islam bolehlah membaca al-Quran dan berzikir serta bermeditasi
Banyak manfaat bila mana kita membaca al-Quran dan berzikir, insyaAllah. Anda bukan hanya mendapatkan pahala malah boleh mendapatkan ketenangan dan kesegaran atas izin Allah.
Meditasi juga ditemui boleh mengurangkan stres dan menambah baik kesihatan di samping kreativiti.
2/ Ambil masa untuk melukis
Ambil kertas dan pen atau pensil dan mulalah melukis apa-apapun yang dirasakan. Kajian menunjukkan lukisan tanpa fokus itu dapat merangsangkan idea baru dan bantu untuk anda fokus.
3/ Ambil masa untuk bersenam
Senaman boleh memberikan lebih tenaga dan membantu untuk fokus.
4/ Pergi berjalan
Berjalan sekejab boleh meningkatkan peredaran darah ke otak yang akan meningkatkan pemikiran kreatif.
5/ Tidur sebentar
Beberapa kajian mendapati bahawa tidur sebentar atau nap yang diambil mampu menajamkan fokus dan menambah baik prestasi anda.
Oleh itu, untuk berdepan dengan keadaan kepala serabut atau mengelakkannya, ingat kosongkan pemikiran anda. Rehat sebentar dan insyaAllah idea baru lebih mudah diperolehi.