Kenapa Ramai Usahawan Perlu Ada MenThor? 4 Sebab Untuk Anda

Kenapa Ramai Usahawan Perlu Ada MenThor? 4 Sebab Untuk Anda

Tunjuk ajarku Sifu! Ini bukan iklan rancangan realiti TV tetapi ini adalah realiti tentang usahawan yang menjalankan perniagaan tetapi lebih gemar langgar dinding, buat semua perkara sendiri tanpa bimbingan seorang MenThor yang terbukti hasilkan RESULT dan usahawan berjaya.

Mungkin ada yang beranggapan cukup dengan pengalaman, kelulusan akademik dan modal yang besar sahaja, anda mampu untuk menguruskan perniagaan yang sedang anda jalankan.

Kenapa Ramai Usahawan Pilih Untuk Bermentor?

Melihat, merasai dan mempelajari apa sahaja yang dialami sudah cukup buat anda fikir bahawa kewujudan seorang mentor adalah tidak perlu.

Mungkin ada yang berjaya dengan prinsip tersebut. Namun harus diingatkan bahawa dalam perniagaan, bimbingan dan ilmu pengetahuan tentang pemasaran, pengiklanan dan sebagainya amatlah penting bagi memajukan lagi perniagaan.

Melalui MenThor, beliau dapat bantu dan bimbing anda dalam mengharungi liku-liku dalam dunia perniagaan.

“Kenapa perlu mentor? Kalau saya hadir ke kelas atau seminar yang beri saya latihan yang betul pasti saya boleh belajar dan uruskan perniagaan dengan baik.”

Betul, anda tak salah… jika anda pilih pada program atau guru yang lebih pada memberi latihan itu pilihan anda. Tetapi ada perbezaan antara mentoring dan juga latihan.

Usahawan Kena Tahu Perbezaan Mentoring dan Latihan

LatihanMentoring
MatlamatMenyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.Membimbing dan menyokong perkembangan kendiri atau profesional. 
PendekatanMenyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik.Menyampaikan ilmu pengetahuan, kemahiran, amalan, pengalaman, kebijaksanaan dan pemikiran, baik yang secara formal ataupun yang tersirat. 
TumpuanBantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang spesifik. Pembelajaran berdasarkan kurikulum pembelajaran yang telah diterapkan.Fokus kepada matlamat individu, kerjaya dan perniagaan mentee. Tiada pelan pembelajaran yang khusus – boleh dilakukan secara formal dan tidak formal. 

Jadi sebab apa usahawan wajib ada seorang MenThor dalam perniagaan?

4 Sebab Perlunya MenThor :

  1. Kongsi Pengalaman Secara Langsung

Pengalaman adalah sesuatu yang tidak mampu dibeli malah dapat diperoleh daripada buku. Mungkin ada yang membukukan pengalaman perniagaan masing-masing, namun pastinya ada perbezaan yang ketara sekiranya anda mendengar daripada butir bicara mentor anda sendiri.

Selain itu, tidak semua pengalaman mentor dapat anda baca di dalam buku malah di kaca televisyen. Tetapi pengalaman-pengalaman yang begitu terhad untuk anda perolehi daripada mana-mana sumber kecuali semasa sesi mentoring.

  1. Jalan Pintar Untuk Berjaya

Banyak kajian telah dilakukan bahawa dengan memiliki mentor adalah aspek penting untuk berjaya. Pada tahun 2013, 80% peratus CEO berkata bahawa kejayaan mereka banyak bergantung kepada pengajaran daripada mentor masing-masing.

Peluang untuk anda berjaya dalam perniagaan akan lebih terserlah dengan kehadiran seorang mentor. Nilai masa, pengalaman dan nasihat pastinya diperoleh daripada mentor anda masing-masing.

  1. Peluang Jaringan (Networking) Yang Luas

Kebanyakan mentor yang berjaya memiliki jaringan perniagaan yang sangat kuat dan luas. Selain itu, pelabur mudah untuk mempercayai perniagaan yang dicadangkan oleh mentor-mentor yang sudah dipercayai.

Justeru, tidak mustahil anda yang berada dibawah seliaan mentor akan diberi peluang untuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur tersebut. Hal ini merupakan peluang yang tidak dapat anda peroleh di mana-mana tempat yang lain.

  1. Bantu Untuk Kekal Lama Dalam Perniagaan

Menurut U.S. Small Business Adminstration (SBA), 30 peratus daripada perniagaan yang baru ingin memulakan langkah berniaga akan tidak mampu untuk bertahan selepas 24 bulan pertama dan 50% peratus pula tidak mampu bertahan selepas 5 tahun berniaga.

Namun, tahukah anda bahawa 70% peratus perniagaan yang memiliki MenThor mampu untuk bertahan melebihi lima tahun berniaga.

Jadi, adakah anda masih teragak-agak untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan 70% peratus di atas ini?

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply