Pada minggu lalu, dilihat #Popcat atau popping cat kembali timbul yang menjadi trending bukan saja di negara malah juga di negara lain terutama negara jiran, Thailand.
Tahukah anda, Popcat ini dan laman webnya telah dicipta oleh saintis komputer dari Universiti Sheffield, Joshua Rainbow, Edward Halls dan Freddy Heppell.
Projek ini sebenarnya telah dimulakan pada Disember 2020 dan telah viral pada April lalu. Pada minggu lalu gelombang ‘kegilaan’ Popcat timbul dengan mengumpulkan jutaan pelawat dalam laman web popcat.click.
Gambar kucing popping cat ini sebenarnya bukan sesuatu baru di mana Oktober 2020 pengguna Twitter @XavierBFB post gambar kucingnya, Oatmeal ke Discord server membuatkan pelbagai pengeditan hingga terhasilnya popping cat meme yang anda boleh lihat di bawah ini.
Meme merupakan gambar, video atau teks dan sebagainya yang menghiburkan lalu disebarkan oleh pengguna internet dengan pelbagai versi.
Apa itu Popcat?
Popcat ini merupakan laman web game persaingan klik – popcat.click yang objektifnya mudah iaitu untuk mendapatkan klik paling banyak.
Anda hanya perlu klik pada gambar kucing yang comel itu dan akan menerima point yang terus disumbangkan kepada negara masing-masing.
Ia boleh digunakan pada semua peralatan gadjet anda asalkan mempunyai web browser.
Carta kedudukan Popcat pula dibahagikan mengikut negara dan keputusannya dikemas kini dalam real time membuatkan netizen rasa terhibur dan mahu menyumbang kepada kejayaan negara masing-masing dalam ‘Popcatlympic’ = Popcat + Olympic.
Ketika artikel ini ditulis, laman web poptcat.click mempunyai 157 bilion klik dari seluruh dunia dan masih meningkat lagi.
Buat masa ini Thailand berada pada kedudukan pertama dengan 55 bilion klik dengan diikuti rapat Taiwan (54 bilion) dan tempat ketiga Malaysia (16 bilion).
Kenapa Popcat menjadi trending?
Popcat dilihat kembali menjadi trending apabila berada pada keadaan di mana ketika seluruh negara sedang dan bersaing dalam Sukan Olimpik Tokyo yang berakhir pada 8 Ogos lalu.
Keadaan semasa ini membuatkan netizen-netizen yang kreatif dan berita-berita mengaitkan popcat dengan Sukan Olimpik bagi mengubat kekecewaan negara tidak mencapai sasaran tertentu.
Malah jika dilihat netizen di negara jiran, menggunakan #popcat sebagai antara cara menyebarkan kesedaran tentang isu yang sedang berlaku di sana.
Apa yang berlaku dalam #popcat inilah contoh kepada pemasaran online. Ia tersebar dalam platform online ke seluruh dunia dengan mesej bagi menyumbang kepada negara masing-masing untuk mencapai kedudukan yang tertinggi.
Pemasaran online berlaku dengan menggunakan saluran web, media sosial, email, SEO, Google Ads dan lain-lain untuk menyebarkan mesej tentang jenama anda, produk atau servis kepada pelanggan berpotensi.
Objektifnya bagi mencapai pelanggan berpotensi itu melalui saluran yang mereka berada untuk membaca, bua carian, membeli barangan dan bersosial secara online.
Justeru itu, sebagai usahawan anda juga tidak boleh lari daripada pemasaran online lebih-lebih lagi ketika tempoh pandemik ini.
Di mana ramai orang berada di rumah dan banyak menghabiskan masa di internet. Malah pasaran anda bukan hanya terhad kepada di wilayah diduduki ataupun negara malah boleh ke luar negara.
Namun pasti ada cara dan langkah yang betul bagi memastikan pemasaran online dibuat dapat mendatangkan hasil sepatutnya.
Nak tahu lebih lanjut mengenai pemasaran online dan soal digitalisasi yang sangat penting buat bisnes ketika ini, jangan terlepas untuk ikuti program terbaru – Bangkit Bisnes Dari Krisis 3.0 – Solusi Bisnes & Pemasaran Digital pada hujung bulan ini.
Sebelum itu, jangan lupa untuk sumbangkan mata anda bagi Malaysia dalam popcat.click. Kita mampu capai ‘pingat emas’ dalam Popcatlympic ini. Malaysia Boleh!