“As your life change, so will your circle”
Bila anda join Program Richworks, anda mesti kenal dengan ramai peniaga lain yang berniaga pelbagai jenis produk dan servis. Tak kisahlahmsama ada mereka ada bisnes sendiri atau bermula dengan bisnes peniaga lain.
Mesti banyak perkongsian cerita, teknik dan tips yang anda perolehi dari mereka. Tahu tak apa kelebihan bila anda join program-program sebegini?
Anda dapat saling bantu membantu dalam meluaskan pengaruh bisnes selain tolong perkenalkan bisnes rakan anda.
Apa manfaat bila anda berada dalam bisnes circle?
- Maksud bisnes circle
Bisnes circle ni apa ye? Ia adalah kelompok yang terdiri daripada para usahawan yang membina kerjaya dalam bidang perniagaan.
Ia juga create ruang yang terbuka dan mencabar untuk para usahawan berbincang dan berborak hal yang berkaitan keusahawanan seperti peluang perniagaan dan isu-isu yang berkaitan dengannya.
- Cross promotion
Setiap peniaga ada pelanggan yang tersendiri. Bila anda dalam bisnes circle, anda boleh panjangkan hubungan tersebut dengan berkawan di media sosial.
Anda boleh ambil kesempatan ini dengan saling membuat promosi produk masing-masing atau share perkongsian tips. Atau anda boleh saling memberi response atau komen di media sosial.
Jadi, bila anda share perkongsian perniaga lain di media sosial anda, para pelanggan anda juga secara tak langsung akan kenal peniaga tersebut.
- Peluang bisnes yang lebih besar
Bila anda kenal lebih ramai peniaga atau usahawan yang berjaya, peluang bisnes anda juga semakin besar. Sekiranya rakan anda jemput anda untuk hadiri majlisnya, seperti majlis makan-makan, anda juga secara tak langsung akan kenal rakan-rakan kepada rakan anda.
Mereka mungkin terdiri daripada peniaga juga. Jadi, anda boleh ambil kesempatan ini untuk kenal dan berborak dengan mereka. Mungkin akan ada peluang bisnes anda yang terselit dalam perbualan ini.
- Melebarkan rangkaian bisnes
Anda juga boleh luaskan pengaruh bisnes dengan kenal ramai usahawan, tak kiralah sama ada mereka baru atau dah lama berniaga. Bila anda kenal mereka, anda juga boleh kenal rakan-rakan niaga mereka yang lain.
Jadi, ambil peluang ini untuk kenal mereka dengan lebih dekat. Sekiranya anda dah kenal mereka dengan baik, anda boleh lebarkan rangkaian bisnes dengan joint venture, jadi penaja sekiranya mereka buat event atau selainnya.