Ramai daripada anda rasanya tahu kenapa nak buat bisnes? Untuk nak jual produk atau perkhidmatan, nak cari pendapatan dan macam-macam lagi.
Betul, tak salah, cuma ada jawapan yang lebih tepat lagi iaitu kita buat bisnes ini untuk bantu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh orang ramai.
Contoh mudah seperti bila lapar di tempat kerja, kita akan pergi membeli makanan di kedai dan gerai yang ada. Maka, masalah kelaparan itu dapat diselesaikan dengan membeli makanan di sana.
Itulah asasnya, bisnes bantu selesaikan masalah yang dihadapi orang ramai.
Bagaimanapun, ketika tempoh pandemik ini menyaksikan perubahan tingkah laku masyarakat ekoran prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu yang perlu dipatuhi. Hal ini bagi memutuskan rantaian penyebaran Covid-19.
Antara norma baharu dan larangan yang dilaksanakan :
- Pergerakan yang terbatas
- Penutupan pintu sempadan
- Penjarakan fizikal
- Membuat imbasan MySejahtera bagi tujuan pengesanan kontak
- Tidak bersalaman
- Kerap basuh tangan
- Sektor/bisnes tertentu tidak dibenarkan beroperasi
- Waktu tempoh operasi bisnes dihadkan
- Masjid dan rumah ibadat lain ditutup dan dihadkan kemasukan.
Ekoran pandemik itu, banyak pihak yang terjejas termasuk bisnes di luar sana. Perubahan perlu dilakukan untuk menyesuaikan dalam keadaan mencabar ketika ini.
Tapi tahukah anda, dalam keadaan mencabar ini ada saja bisnes yang menyaksikan kenaikan dan keuntungan tinggi dengan perubahan dilakukan. Malah ada juga peluang-peluang bisnes baru yang dapat menjanakan pendapatan lumayan.
Contohnya, penggunaan perkhidmatan penghantaran makanan semakin meningkat ketika tempoh pandemik ini. Perkhidmatan ditawarkan itu membantu bisnes-bisnes terutama peniaga makanan dan minuman untuk menjual juadah mereka.
Orang ramai pun dapat menikmati juadah itu yang dihantar terus ke rumah atau lokasi dikehendaki berbanding sebelum ini perlu keluar untuk pergi ke kedai atau gerai berkenaan.
Bisnes baru diperkenalkan ketika pandemik
Siapa di sini makan nasi kandar? Mesti ramaikan, apatah lagi kalau makan yang original dari Pulau Pinang namun apakan daya, ekoran SOP yang diperkenalkan membuatkan pergerakan antara negeri terbatas.
Daripada situlah pengasas dan pemilik ‘Nasi Kandaq Runner (NKR), Alnazree Mahshar, 42, mendapat idea untuk membawa terus nasi kandar autentik dari Pulau Pinang bagi penduduk di Lembah Klang.
Semasa NKR memulakan perkhidmatan pengambilan khas nasi kandar Pulau Pinang pada Julai, mereka mempunyai 30 pelanggan terdiri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.
Namun hari ini, dalam tempoh beberapa bulan sahaja, pelanggan mereka telah bertambah kepada lebih 1,000 orang dan mendapat kira-kira 700 tempahan untuk setiap trip.
Nampak tak, peluang yang ada meskipun dalam tempoh mencabar ini?
Kami kongsikan anda dengan salah seorang circle Titanium RichWorks iaitu Tuan Aizat Zulhailie Abu Bakar. Beliau pemilik kepada King’s Char Kuey Teow yang asalnya hanya berniaga tepi jalan dengan beroperasi di bawah pokok dengan 2 pekerja.
Kini bisnesnya sudah dapat jualan berjuta, pada tahun lalu saja capai RM4.9 juta. Bagaimanapun, ekoran pandemik sudah tentu banyak bisnes yang terjejas.
Namun disebabkan mendapatkan bimbingan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman beliau sudah bersedia lebih awal untuk memastikan bisnes dapat bertahan dan terus berdaya saing.
Bisnes King’s Char Kuey Teow beliau telah menyediakan khidmat penghantaran malah drive-thru untuk orang ramai boleh mendapatkan makanan mereka terus dihantar ke rumah.
Macam mana, nampak tak peluang bisnes dan persediaan yang dilakukan usahawan-usahawan ini. Sebab itulah pentingnya MenThor yang dapat bimbing anda dalam tempoh senang mahupun susah.
2 Comments
I admire what you have carried out here. It is great to see your clarity on this important topic could be quickly observed. Tremendous post and will look forward to your future update.
Thanks for your positive feedback.