Apakah warna otak anda? Hijau? Merah? Ungu? Biru?
Pernah bertanya kenapa ada pasangan anda “jenis” terlalu cepat bertindak dan ada yang pasangan macam “siput” slow tindakan mereka?
Pernah bertanya kenapa ada orang macam “susah nak bagi faham” dan ada orang cepat kefahaman mereka?
Pernah rasa bengang bila kita berurusan dengan bos, rakan sekerja atau pelanggan yang suka bertanya banyak-banyak soalan untuk dapatkan informasi tetapi ada yang tidak bertanya banyak?
Semua soalan di atas mengenai psikologi cara manusia berfikir, memproses informasi serta membuat tindakan menggunakan teknik Colored Brain Communication atau bahasa senangnya Brain Color DC psychology.
Jangan salah faham! Bukanlah otak manusia itu ada pelbagai warna tetapi warna otak yang saya sebutkan ini adalah digunakan untuk mengkategorikan jenis-jenis “spesis” cara otak tersebut memproses maklumat.
4 jenis kategori warna otak :
1/ Hijau
2/ Merah
3/ Ungu
4/ Biru
Anda nak tahu apakah perbezaan 4 jenis kategori psikologi warna otak ini? Untuk nak mudahkan faham secara asas bagaimana setiap warna otak ini berfikir, contohnya seperti berikut.
Katalah ada 4 orang kawan wanita sedang bercakap-cakap mengenai mahu menghadiri seminar dan mereka tidak pernah hadir. Kita beri kod nama mereka sebagai Wanita A, B, C dan D.
Katalah keempat-empat mereka memang mempunyai masalah tekanan kewangan, hutang, telah bekerja lama tetapi tidak ada duit, banyak hutang, tidak ada masa dan hidup semakin tertekan, tetapi mereka ada keinginan mahu perbaiki hidup mereka.
Dan disaat ini, keempat-empat mereka sedang berbincang tentang apa yang mereka perlu lakukan untuk memperbaiki hidup dan kewangan mereka.
Wanita A: Beb, aku tensionlah dengan hidup aku. Kerja dah lama tapi hutang berlambak, aku nak berniagalah!
Wanita B: Kau tahu ke berniaga? Kau pernah belajar ke berniaga? Apa matlamat kau nak berniaga?
Wanita C: Entah!! Kau ada duit ke nak berniaga? Nak berniaga ni susah tau!! Kena guna banyak modal! Kau kena rancang semua perkara betul-betul dan rancang semua perkara sebelum kau nak lompat berniaga beb!!
Wanita D: Buat apa nak berniaga? Sekarang pun kau tak ada masa nak sama-sama borak-borak dengan kita semua, kau tak ada masa dengan keluarga dan mak bapa kau, nanti kau berniaga, lagilah kau tak ada masa.
Wanita A jawab: Ala, aku berniagalah apa-apa! Janji aku mulakan! Kalau aku cuba tak jadi nanti, aku cubalah berniaga benda lain! Cuba dulu, tak cuba tak tahu!
Wanita B jawab: Mana boleh macam tu!!!? Nak berniaga kena belajar dulu dan dapatkan informasi sebanyak mungkin!! Kena baca banyak buku, kena masuk kursus dan seminar! Pergilah belajar dulu sampai ilmu kau dah cukup semua!
Wanita C jawab: Aku setuju dengan Wanita B. Kau kena ambil kira semua faktor beb! Kos perbelanjaan, kos produk, kos iklan, kos kedai dan bisnes ni tak jadi, apa pelan B kau? Pelan C sampai Z?
Wanita D jawab: Betul tu!! Nanti kau sibuk gila beb!! Kau nak jawab call kitaorang pun tak sempat! Kau tak ada masa bersama dengan kita orang duduk duduk gosip gosip hal dalam kain orang lain.
Wanita A: Ok, jadi apa yang aku boleh buat SEKARANG?? Aku nak berniaga cepat ni! Aku nak belajar berniaga kat mana? Masuk kelas Datuk Wira Dr Azizan lah! Aku daftarlah Bina Bisnes Berjaya dia yang terdekat ini SEKARANG JUGA!!
Wanita B: Beb, nanti dulu beb!! Kau nak masuk kelas Dr Azizan?! Kau gila?? Kau kena siasat dulu beb! Kau kena cari dulu semua maklumat lengkap tentang dia dan seminar dia beb! Kau kena siasat sampai Luh Mahfuz siapa dia, siapa keturunan dia, siapa moyang dia semua beb. Jangan terus buat keputusan. Cari maklumat lengkap dulu, sahkan dulu beb. Lepas lengkap semua “siasatan” dan maklumat baru kau buat keputusan beb!
Wanita C: Betul tu!! Kau kena ambil kira banyak perkara! Berapa kos seminar dia, di mana dia buat, bila waktunya, mana jadualnya, apa yang dia akan ajar, berapa patah perkataan dia ajar dan semua kiraan langit dan bumi yang kau perlu sediakan sebelum kau buat keputusan. Dan kau kena rancang betul-betul dengan teliti, bagaimana kau nak ke seminar dia? Proses-proses SOP semua kena ada beb!
Wanita D: Kau tak payahlah ke seminar dia beb. Kau tak yahlah berniaga beb. Apa yang penting hati kita bahagia dan janji kita bersama. Nanti kau tak ada masa bercerita berbahagia rasa dengan kami beb. Jiwa kita kosong dan berjauhan.
————————————–
Hah amacam? Anda boleh tangkap tak 4 jenis cara fikir 4 orang wanita ini?
Warna Otak Wanita A – Hijau:
Wanita A adalah contoh Otak Hijau (Bukan Mak Kau Hijau!). Mereka yang kategori Otak Hijau adalah mereka yang cepat buat tindakan walaupun tidak banyak maklumat atau informasi yang mereka ada.
Bila disuruh buat sesuatu, mereka terus nak buat sekarang! Mereka tidak ambil masa yang lama untuk berfikir. Mereka hanya perlu tahu apa matlamat yang nak dicapai dan mereka buat dulu!
Mereka tidak takut buat silap sebab bagi mereka, jika silap, mereka akan betulkan janji mereka akan sampai ke matlamat yang mereka mahu. Masalah dengan mereka ini ialah mereka mungkin akan buat tindakan melulu dan menyebabkan prosesnya akan rugi beberapa kali sehingga mereka jumpa jalan yang betul.
Tapi mereka tidak kisah kerana bagi mereka, tidak ada kegagalan, semuanya proses pembelajaran untuk capai kejayaan. Amacam? Anda ada yang otak Hijau?
Warna Otak Wanita B – Merah:
Wanita B adalah kategori otak Merah. Mereka tidak akan buat sesuatu melainkan mereka perlukan maklumat jelas matlamat dan objektif yang nak dicapai. Mereka akan mahukan lebih banyak maklumat, maklumat dan maklumat. Kemudian maklumat lagi….. Bila sudah cukup jelas matlamat mereka dengan informasi yang ada, baru mereka buat keputusan atau tindakan.
Warna Otak Wanita C – Ungu:
Wanita C adalah di dalam kategori Otak Ungu. Otak ungu ini adalah mereka yang cara fikir mereka ini sistematik, tersusun, ada sistem. Sebelum lakukan sesuatu, mereka perlukan maklumat dan data, figures.
Mereka akan merancang dahulu dengan bersistem dengan pelbagai data dan maklumat yang dikumpulkan dari pelbagai sumber yang ada, mereka perlukan bukti-bukti sebagai penguat maklumat-maklumat yang ada untuk mereka rancang dan selepas semua itulah baru mereka buat keputusan.
Warna Otak Wanita D – Biru:
Wanita D adalah contoh Otak Biru. Keutamaan mereka di dalam memproses maklumat atau tindakan adalah amat mementingkan hati dan perasaan. Mereka lebih pentingkan perhubungan dengan orang lain dan kasih sayang. Amacam?
Inilah serba sedikit asas daripada pembelajaran dan kefahaman asas 4 jenis warna otak dan cara berfikir ini. Sebenarnya kena buat test untuk tahu lebih tepat ya.
5 Comments
Tq
I believe this is among the such a lot vital info for me. And i’m satisfied studying your article.
But want to remark on few general things, The site style is perfect, the articles is really nice : D.
Just right activity, cheers
Visit my homepage – babi lumpur
Thank you for your comment! Wish this article useful for you in the future.
Betul Saya otak hijau. Namun partner saya (suami) adalah biru.. penat saya nak faham kan dia🤪
Semoga artikel ini bermanfaat untuk Puan