Nampak macam kecil, tapi fungsinya besar. Jika anda lihat di kedai serbaguna 7-Eleven dulunya, terdapat papan kenyataan.
Papan tersebut selalunya digunakan untuk mengiklankan rumah untuk disewa, bilik untuk disewa, kucing hilang, dan macam-macam lagi.
Idea untuk iklankan di papan kenyataan 7-Eleven ini juga boleh anda gunakan di mana-mana kedai lain atau yang selalu ada di kawasan kediaman kondominium, apartment, flat malahan boleh juga di gunakan di papan kenyataan di masjid, sekolah dan kawasan umum yang lain.
Ada beberapa kebaikan untuk menggunakan sebagai satu medium alat untuk komunikasi dan pasarkan perkhidmatan anda.
Selain menggunakan platform digital bagi pemasaran bisnes anda, jangan lupa gunakan cara papan kenyataan ini yang boleh dilakukan dalam kawasan kediaman dan ‘wilayah’ anda sendiri.
5 Kebaikan Papan Kenyataan Bagi Bisnes:
1) Mudah dan kos rendah
Jika anda baru mula nak berniaga, anda boleh gunakan perkhidmatan ini kerana ianya sangat-sangat mudah dan kosnya sangat rendah.
Anda hanya perlu cipta ayat menarik, tuliskannya di atas kertas atau dengan menggunakan sedikit kreativiti boleh design iklan mudah di atas kertas dan tampalkannya di mana-mana papan iklan.
2) Bersifat tempatan
Coverage iklan yang anda letakkan adalah sangat terhad tetapi ianya sangat sesuai dan menyasarkan terus kepada jenis pelanggan yang anda mahu. Contoh, jika anda buat perkhidmatan menghantar anak-anak ke sekolah, anda boleh iklankan perkhidmatan anda di papan kenyataan sekolah di kawasan anda.
Jadi, hanya ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut yang akan menggunakan perkhidmatan anda. Orang yang tinggal di kawasan lain dan menghantar anak ke sekolah lain, tidak akan nampak iklan anda, jadi ianya akan terus fokus kepada pelangan yang anda mahu.
3) Bersifat peribadi
Iklan yang anda letakkan di papan kenyataan di kawasan anda juga memberikan sentuhan peribadi. Maksudnya, orang yang melihat papan tersebut mungkin adalah orang yang anda kenal. Atau dikenali oleh kawan-kawan atau jiran anda yang lain.
Contoh, jika anda memberikan perkhidmatan mengasuh anak di rumah, dan anda letakkan iklan anda di masjid yang anda selalu pergi, atau di kedai 7 Eleven yang anda selalu kunjungi, orang yang nampak akan kata ” oh..Si A ada buat perkhidmatan mengasuh anak.” Dan ia akan menjadi referral dan words of mouth marketing di mana mereka akan bercerita kepada orang lain, “Si A, ada buat servis mengasuh anak, Si B kan tengah cari pengasuh, boleh la kenalkan dengan Si A..”
4) Tempat mendapat maklumat
Anda juga akan dapat peluang berbisnes jika anda selalu lihat papan kenyataan. Ramai orang akan post atau letakkan masalah mereka di papan kenyataan, contohnya mencari bilik sewa, mencari pengasuh anak, mencari pembantu rumah dan lain-lain.
Jika anda serius nak mulakan bisnes, anda boleh bantu mereka selesaikan masalah dengan tawarkan penyelesaian kepada mereka atau anda boleh tolong carikan orang yang boleh selesaikan masalah mereka.
5) Buat bisnes dengan papan kenyataan
Ini dah banyak dibuat di negara barat. Anda sebenarnya boleh buat bisnes dengan papan kenyataan di mana anda boleh tawarkan perkhidmatan ‘menjaga’ dan mengharmonikan papan kenyataan.
Di New Zealand dan Australia, ada satu jenis perkhidmatan yang dipanggil “notice board manager” di mana mereka menawarkan servis menjaga, menguruskan dan mengharmonikan papan kenyataan.
Mereka akan pastikan iklan yang disiarkan tidak berunsur negatif, mereka juga menyususn iklan sebaiknya, mencantikkannya dan ada juga yang memuatnaikkan iklan-iklan secara online. Anda hanya perlu berbincang dengan majlis tempatan untuk mendapat kebenaran dan anda boleh kenakan sedikit bayaran..ha..kan dah jadi bisnes!
12 Comments
Kalau nak berjaya boleh buat pelbagai cara supaya orang lebih kenal ape produk yang kita jual 😊
Betul! Semoga dapat memberi idea untuk bisnes puan.
Good & more knowledge i know about business
Terima kasih atas perkongsian. Semoga dapat diamalkan dalam bisnes puan.
Terima kasih di atas informasi, insya allah nk ikut
Terima kasih kerana kongsikan feedback yang poisitif. Semoga bermanfaat.
Sya perlu bantuan dari tuan t.kasih
Terima kasih atas comment anda. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi pegawai kami di talian 0192442244.
Anda Kaya dan Berjaya!
Terima kasih di atas perkongsian ilmu. Banyak membantu untuk saya dan isteri merangkak rangkak dalam perniagaan kerana pendidikan kami yg kurang. Terima kasih
Terima kasih kerana kongsikan feedback yang positif. Semoga dipermudahkan urusan tuan dan isteri dalam bisnes.
Terimakasih atas idea ini saya Akan Cuba praktikkan..
Terima kasih atas perkongsian. Anda Kaya & Berjaya!