Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya. Pasti ramai yang pernah mendengar pepatah ini. Juga pastinya ramai daripada kita mempunyai impian masing-masing antaranya kebebasan dari segi kewangan, masa dan pilihan bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.
Namun berapa ramai yang sanggup buat tindakan, melaburkan tenaga, masa malah wang ringgit dengan berusaha untuk mencapainya melalui bisnes yang dijalankan itu.
Rasanya tidak ramai yang sanggup melakukan tindakan dan berusaha untuk mencapainya disebabkan tiada betul-betul kesungguhan dalam diri, kebengangan dan big why yang jelas kenapa mereka nak merealisasikannya.
Pepatah Melayu : Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha, mustahil untuk kita capai impian dan membina bisnes yang berjaya. Seperti kata pepatah Melayu di atas jika anda tak pecahkah ruyung atau kulit kayu yang keras pokok Rumbia, macam mana nak dapatkan sagu.
Bagi mendapatkan sagu, kulit pada pokok rumbia tersebut perlu dipecah-pecahkan terlebih dahulu. Maksud pepatah ini kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya bermaksud sesuatu cita-cita atau matlamat itu
Pepatah yang berasal daripada adat resam dan berfungsi sebagai pedoman dalam kehidupan bermasyarakat ini bermaksud bahawa jika kita mahukan sesuatu, perlulah berusaha untuk mendapatkannya.
Malah sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda:
لَوْ أَنَّكُمْ تَتَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرَزَقَكُمْ كَمَا يَرْزُقُ الطَّيْرَ تَغْدُو خِمَاصاً وَتَرُوحُ بِطَاناً
Maksudnya: “Seandainya kamu semua benar-benar bertawakkal pada Allah, sungguh Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut pergi pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali petang harinya dalam keadaan kenyang.”
Riwayat Ahmad (1/30), al-Tirmizi (2344), Ibn Majah (4164),
Ibn Hibban (730) dan al-Hakim (7894)
Dalam menjelaskan maksud hadis ini, Imam al-Munawi berkata: Hal ini menunjukkan bahawa tawakal tidak boleh dengan meninggalkan usaha. Tawakal hendaklah dengan melakukan pelbagai usaha yang akan membawa kepada hasil yang diingini.
Hal ini kerana burung pun memperoleh rezeki dengan berusaha. Justeru, hal ini memberi petunjuk kepada kita untuk berusaha mencari rezeki.
Mengikut Kitab Tuhfah al-Ahwazi bi Syarh Jami’ al-Tirmizi, hadis di atas menunjukkan Rasulullah mengisyaratkan bahawa tawakal yang sebenarnya bukanlah bererti bermalas-malasan dan enggan melakukan usaha untuk mendapatkan rezeki, sebaliknya tawakal yang benar hendaklah dengan melakukan pelbagai jenis usaha dan cara yang dihalalkan untuk memperoleh rezeki.
Sama seperti dalam kehidupan, kita perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu perkara itu. Seperti ketika di sekolah, untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang memerlukan pelajar untuk belajar dan membuat ulang kaji serta latihan agar mendapatkan kefahaman dan dapat menghafalnya.
Pastinya sukar untuk pelajar yang tidak belajar dan membuat persediaan sebaiknya mendapatkan keputusan cemerlang, betul tak?
Sebab itulah betapa pentingnya usaha yang perlu dilakukan kita. Bagaimanapun, tidak semestinya pula selepas usaha dilakukan ia akan tercapai kerana segalanya atas ketentuan Allah SWT.
Satu perkara yang perlu kita ketahui, bahawa apabila kita merancang dan berusaha untuk mencapai apa dihajati sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang. Tidak semestinya apa yang kita usahakan itu akan dicapai.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Barangkali kamu membenci sesuatu pada hal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu pada hal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah al-Baqarah, ayat 216)
Segala yang terjadi kepada kita adalah ketentuan yang telah ditakdirkan cukup baik untuk setiap hamba-Nya. Allah SWT yang Maha Bijaksana lebih mengetahui sesuatu yang terbaik dan sesuai untuk kita semua.
Jangan lupa berdoa
Di samping itu, jangan lupa untuk memohon dan berdoa kepada Allah SWT, bergantunglah hanya kepada-Nya. Sentiasalah berdoa, mengharap, memohon dan bermunajat hanya kepada Allah SWT.
Sebagai seorang mukmin, kita digalakkan untuk berdoa kepada Allah. Firman Allah SWT :
وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya :” Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu….”
(Surah Ghafir :60)
Sheikh Dr Wahbah al-Zuhaili berkata :
“Doa adalah ibadah. Doa ialah mohon agar diberi manfaat dan dijauhkan daripada perkara yang buruk. Doa kepada selain dari Allah tidak langsung mendatangkan faedah. Yang mampu jawab hanyalah Allah dan Allah memerintahkan untuk berdoa serta berjanji untuk tunaikannya. Janji Allah adalah benar.”
Oleh demikian, dalam kita nak mengubah hidup ini, mencapai impian, membina bisnes yang berjaya perlulah ada usaha. Usaha sebaik-baiknya dengan ilmu yang betul apatah lagi ilmu daripada MenThor sudah membantu ramai orang di luar sana.
Dalam kita berusaha, jangan lupa kepada Allah SWT. Bertawakal kepada-Nya, berserah dan berdoa agar usaha dipermudahan dan dimakbulkan kelak. InsyaAllah.
1 Comment
Thanks for your feedback. Hopefully useful for you.