Dalam keadaan pandemik ini, adakah kain rentang, banner, bunting masih relevan bagi bisnes anda?
Mungkin sebelum ini ramai takut nak melabur bagi menggunakan strategi ini namun kini kita boleh lihat ekonomi semakin dilonggar dengan sudah mula banyak bisnes kembali beroperasi di kedai.
Jalan-jalan raya seperti di Lembah Klang kembali sibuk dengan orang ramai mula melakukan aktiviti perniagaan dan kerja mereka mengikut SOP dan arahan ditetapkan kerajaan.
Malah sebelum ini juga, hasil menggunakan kain rentang, banner dan bunting berjaya dan membawa pulangan kepada bisnes berkenaan di samping soal pendigitalan dan online yang penting.
Contohnya, atas bimbingan MenThor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman kepada salah seorang anak didik beliau, Puan Kartika Wati dari Eskayvie telah menaikkan ratusan billboard ketika pandemik ini yang mana membawakan hasil jualan kepada bisnesnya.
Bagaimanapun anda kena tahu macam mana untuk mengeluarkan kain rentang, bunting, banner yang betul dan mampu menarik minat bakal pelanggan anda.
“Kreatif la peniaga ni buat iklan banner tu”
Dah selalu kan anda tengok peniaga iklankan produk mereka guna kain rentang, bunting atau banner. Ini adalah top striking strategy dalam bisnes.
Kalau anda buat, akan nampak kesan dia dengan cepat. Jangan percaya cakap kami, anda buat je. Baru tahu apa hasil dia. Betul ke betul?
Pasang sekurang-kurangnya 30-unit banner atau bunting di sekitar kawasan yang strategik dalam bandar atau daerah berhampiran.
Bisnes pasti akan jadi hura hara nanti. Nak buat tu, kena la buat cantik-cantik, ada warna…baru orang tengok. Kalau anda lah, jumpa bunting atau banner color hitam putih je, nak ke anda tengok dan baca? Sama la juga dengan orang lain.
Jadi, iklan anda mesti ada ayat marketing power dan rekaan yang menarik. Baru orang tengok. Betul kan?
4 tips untuk hasilkan kain rentang yang baik:
- Letak mesej dan ayat promosi
Jangan lupa letakkan mesej yang anda nak sampaikan kepada pelanggan dan ayat-ayat promosi produk anda. Tak perlu nak panjang pun sampai penuh satu iklan dengan gambar dan patah perkataan. Nanti orang tengok berserabut pula. Sebelum anda design iklan, anda kena lihat siapa customer anda dan apa yang mereka nak, apa permintaan yang anda boleh penuhi, apa masalah pelanggan yang anda boleh selesaikan dan sebagainya.
Jika anda nak berhubung dengan mereka lebih dekat, letak link media sosial atau no phone anda dalam iklan tersebut. Jadi, mereka akan connect direct dengan anda melalui media sosial atau datang terus ke kedai anda. Faham ke faham?
- Tahu mesej yang disampaikan
Anda kena tahu mesej apa yang nak disampaikan dalam iklan tersebut. Contohnya anda jual produk kesihatan. Jadi, dalam iklan tersebut, anda boleh letakkan gambar produk, khasiat produk tersebut, atau keistimewaan produk. Bila customer baca, mereka dah tahu kegunaan produk tu untuk mereka. Tapi, letakkan mesej yang penting sahaja. Segala maklumat tambahan, anda boleh masukkan dalam website atau media sosial anda.
- Iklan yang menarik perhatian
Cuba anda lihat iklan promosi percutian. Kalau lokasinya adalah pulau, cantik je gambar pulau yang mereka letak dalam iklan tu. Lepas tu, letak pula harga promosi yang kaw, terus je anda ushar kan? Sebab anda tak nak terlepas harga promosi tersebut dan anda dah tertarik dengan iklan yang mereka buat. Jadi, anda juga boleh lakukan perkara yang sama.
- Reka banner yang berkualiti pada harga murah
Ada sesetengah peniaga tak ambil berat pun keadaan banner dan bunting yang mereka print. Asal ada dan harga murah, tu dah cukup. Kadang-kadang, mereka guna gambar tak berkualiti, bila print jadi pecah, guna tulisan yang kecil sampai susah nak baca, banyak sangat guna perkataan, penggunaan warna yang tak sesuai dan sebagainya.
Kalau anda rajin, anda research tempat-tempat yang sediakan khidmat print banner yang berkualiti dengan harga yang murah. Biar senang mata orang yang lihat dan baca iklan anda.